08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.4.6 Alam Sekitar

i. Tujuan

Cadangan alam sekitar bertujuan untuk mengawal pencemaran

daripada aktiviti perindustrian yang merupakan isu alam sekitar

yang utama. Kualiti udara dan air sungai perlu diawasi untuk

membolehkan tindakan kawalan dan pencegahan pencemaran

diambil.

ii.

Cadangan

Rujuk Pelan Subjek Alam Sekitar BP4, Rajah 3.38. Langkah-langkah

pemuliharaan alam sekitar yang dicadangkan untuk BP4 adalah

seperti berikut:

• Industri di BPK 4.2 perlu digalakkan untuk mengamalkan

pengitaran semula dan pelepasan sifar. Penggunaan

teknologi bersih dan pengurangan sisa juga wajar digalakkan.

Semua pelepasan air sisa mesti mematuhi Piawaian A kerana

kawasan ini terletak di hulu takat pengambilan air di Sg.

Selangor. Piawaian A adalah merujuk kepada piawaian

effluen yang dibenarkan yang tersenarai di dalam Jadual

Ketiga, Peraturan Kualiti Alam sekeliling (Kumbahan Dan

Effluen Industri) 1979. Sisa terjadual harus diuruskan mengikut

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual)

1989.

• Mengikut garispanduan Jabatan Alam Sekitar, zon

penampan 500m perlu disediakan di sekitar kilang simen. Zon

penampan itu boleh digunakan untuk pembangunan industri

lain. Zon penampan boleh dilandskap untuk menambahkan

nilai estetik di sekitar kilang itu. Langkah-langkah

mengurangkan habuk daripada punca-punca berselerak

("fugitive emissions") perlu diambil. Kawasan perumahan

sediada di dalam zon penampan tidak dibenar dibangunkan

semula untuk perumahan.

• Perangkap sampah perlu dipasang di hujung parit sebelum

parit itu bertemu sungai. Sistem pengutipan sisa pepejal perlu

diperbaiki untuk meliputi lebih banyak kawasan perumahan

khususnya di kawasan perkampungan supaya penduduk tidak

membuang sampah ke dalam sungai.

• Jalanraya hendaklah dibersihkan untuk mengurangkan habuk.

Bahu jalan perlu diturap.

• Kegiatan pertanian dengan teknik yang moden patut

diperkenalkan. Cara pertanian mesra alam patut diamalkan,

contohnya pengurangan penggunaan pestisid dan

penggunaan sistem pengairan yang lebih cekap.

• Dicadangkan satu stesen pemantauan kualiti udara

diwujudkan di sekolah SRJK Tamil di BPK 4.1. Satu stesen

pemantauan kualiti air dicadangkan di Sg. Rawang di

jambatan Jalan B27.

3.4.7 Landskap dan Rekreasi

i. Tujuan

Penyediaan kawasan landskap adalah bertujuan untuk

mewujudkan persekitaran yang lebih menarik kepada sesuatu

kawasan disamping memberi suasana yang lebih selesa dan imej

kepada kawasan tersebut.

Penyediaan kawasan landskap perlulah menyeluruh tetapi

penekanan perlu diberikan kepada kawasan-kawasan yang

sering menjadi tumpuan seperti kawasan pusat Bandar Rawang,

kawasan persekitaran jalanraya di mana tumpuan perlu diberikan

kepada kawasan persimpangan atau jalan masuk ke sesuatu

kawasan perumahan, kawasan rekreasi, kawasan perkuburan dan

sebagainya. Rujuk Rajah 3.38.

ii.

Cadangan

i. Landskap Kawasan Perumahan

Terdapat beberapa taman perumahan dan perkampungan di

BP4 seperti Taman Garing, Taman Garing Jaya, Taman Sri Rawang,

Kampung Kuala Garing dan Kampung Rawang Tin. Penyediaan

landskap yang teratur di kawasan perumahan adalah penting

bagi mewujudkan kawasan penempatan yang lebih terancang,

tersusun dan selesa didiami. Bagi mewujudkan imej yang baik bagi

sesuatu kawasan perumahan, digalakkan menanam satu jenis

pokok bagi setiap jalan perumahan.

Digalakkan pokok-pokok adalah dari jenis yang memberi

teduhan, berbunga dan tidak terlalu besar saiznya. Di antara

contoh pokok-pokok yang sesuai untuk ditanam di tepi jalan

taman perumahan adalah pokok bauhinia purpurea (tapak

kuda), casuarina nobile (ru bukit), gardenia caricata (cempaka

hutan) dan tanaman untuk halaman rumah adalah acalypha

siamensis (daun the), allamanda cathartica (golden trumpet),

hibiscus spp.(bunga raya), murraya paniculata (kemuning) dan

pisonia alba (kemudu).

ii.

Landskap Kawasan Perindustrian

Sebahagian besar daripada kawasan ini merupakan kawasan

perindustrian di mana kawasan industri utamanya adalah

kawasan Perindustrian Bersepadu Rawang dan Malayan Cement.

Penyediaan landskap di kawasan perindustrian adalah sebagai

zon penampan iaitu sebagai ruang pemisah antara kegunaan

industri dengan lain-lain gunatanah seperti perumahan dan

perniagaan.

Oleh itu ruang penanaman pokok perlu disediakan terutamanya

bagi pengindahan kawasan pintu masuk kawasan kilang, tempat

letak kereta, sekitar pejabat atau kilang serta taman kecil untuk

kegunaan tempat berehat kakitangan. Penggunaan landskap

kejur mestilah direkabentuk dan digabungkan dengan elemen

landskap lembut.

• Kuari batu kapur memerlukan zon penampan 500m. Langkahlangkah

pencegahan habuk perlu dilaksanakan di kuari itu.

• Rizab Sg. Rawang perlu diwartakan sebagai koridor hijau. Zon

penampan bertujuan untuk mengekalkan persekitaran

semulajadi sungai dan menapis air larian permukaan sebelum

memasuki sungai. Garispanduan Konsep Pembangunan

Berhadapan Sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

perlu digunapakai untuk menyediakan zon penampan sungai

dan memastikan pembangunan baru menghadap sungai.

Cadangan landskap dan rekreasi di BP4 sepertimana lain-lain blok

akan ditumpukan kepada kawasan-kawasan berikut:

• Landskap Kawasan Perumahan

• Landskap Kawasan Perniagaan

• Landskap Kawasan Perindustrian

• Landskap Kawasan Persekitaran Jalanraya

• Landskap Kawasan Perkuburan

• Landskap Kawasan Rekreasi

Pemilihan tanaman hendaklah yang bertekstur padat, permukaan

daun yang berbulu dan berair supaya dapat mengurangkan

kesan bunyi dan penyerapan habuk.

Antara contoh-contoh pokok utama yang bersesuaian adalah

shorea spp. (meranti), tectona grandis (jati), manakala untuk

pokok-pokok renek adalah acalypha spp. (akalipha), baphia

nitida (bafia), ardisia solanacea (mata itik), ixora javanica

(siantan).

3- 57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!