08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

iii.

Landskap Kawasan Perindustrian

Kawasan perindustrian di blok ini terletak di bahagian barat di

mana ianya termasuk kawasan perindustrian sediada dan

cadangan. Industri sediada di kawasan ini lebih merupakan

kepada lot-lot sesebuah. Penyediaan landskap di kawasan

perindustrian adalah sebagai zon penampan iaitu sebagai ruang

pemisah antara kegunaan industri dengan lain-lain gunatanah

seperti perumahan dan perniagaan.

Oleh itu ruang penanaman pokok perlu disediakan terutamanya

bagi pengindahan kawasan pintu masuk kilang, tempat letak

kereta, sekitar pejabat atau kilang serta taman kecil untuk

kegunaan tempat berehat kakitangan. Penggunaan landskap

kejur mestilah direkabentuk dan digabungkan dengan elemen

landskap lembut.

Kawasan industri yang memerlukan lebih banyak penanaman

pokok terutamanya di sepanjang jalan kawasan perindustrian dan

jalan masuk ke lot industri

Pemilihan tanaman hendaklah yang bertekstur padat, permukaan

daun yang berbulu dan berair supaya dapat mengurangkan

kesan bunyi dan penyerapan habuk. Antara contoh-contoh

pokok utama yang bersesuaian adalah shorea spp. (meranti),

tectona grandis (jati), manakala untuk pokok-pokok renek adalah

acalypha spp. (akalipha), baphia nitida (bafia), ardisia solanacea

(mata itik), ixora javanica (siantan).

Terdapat 3 hierarki utama jalan di BP3(Rawang Selatan) iaitu :

• Jalan Pengagih Utama (40m)

Pelebaran Jalan Persekutuan 1 (F1) dan cadangan lebuhraya

Assam Jawa - Taman Rimba (LATAR).

• Jalan Pengagih Tempatan (20m)

Jalan utama sediada di kawasan perumahan dan kawasan

perindustrian.

• Jalan Perkhidmatan (12m)

Jalan kawasan perumahan.

Landskap bagi Jalan Persekutuan 1 dan cadangan lebuhraya

Assam Jawa - Taman Rimba (LATAR) memerlukan landskap yang

sempurna bagi mewujudkan persekitaran yang lebih nyaman dan

selesa kepada pemandu kenderaan yang melalui kawasan ini.

Pokok-pokok di jalan pengagih utama hendaklah ditanam di

dalam keadaan lurus bagi membentuk 'avenue' dan mempunyai

pandangan yang jauh. Manakala penanaman pokok di

sepanjang rezab jalan sekunder dan jalan tempatan diperlukan

bagi pengindahan jalan ini. Rezab landskap 2.5m dicadangkan

bagi penanaman pokok yang bersesuaian. Contoh jenis tanaman

yang bersesuaian termasuklah roystonea regia (royal palm),

tectona grandis (jati), mesua ferrea (penaga lilin) dan lain-lain.

v. Landskap Kawasan Laluan Keretapi/Komuter

Landskap kawasan laluan keretapi diperlukan bagi pengindahan

laluan dan juga kawasan sekitar perhentian keretapi. Landskap

kawasan sekitar stesen keretapi perlu disediakan bagi

mewujudkan suasana 'sense of welcome' terutama di laluan yang

menghampiri perhentian keretapi/komuter.

Lain-lain rizab laluan keretapi, tanaman semulajadi sediada

hendaklah dikekalkan bagi tujuan mengawal hakisan tanah dan

estetik. Penanaman pokok utama di sepanjang laluan keretapi

perlu dilakukan di kawasan tertentu untuk mempertingkatkan

kualiti persekitaran sediada. Di antara kawasan yang perlu diberi

perhatian termasuklah:

• Kawasan laluan keretapi yang menghampiri stesen.

• Kawasan sekitar bangunan stesen keretapi.

• Kawasan laluan keretapi di dalam kawasan Bandar Rawang &

Pekan Kuang

Jenis tanaman yang bersesuaian adalah menanam hanya satu

jenis pokok utama di kedua-dua bahagian sempadan laluan

keretapi yang menghampiri stesen di mana pokok jenis rendah

diutamakan bagi tujuan keselamatan. Antara jenis pokok yang

sesuai adalah cassia siamea (kassod tree), cinnamomum iners

(kayu manis), gardenia caricata (cempaka hutan), mimusops

elengi (bunga tanjung) dan shorea spp. (meranti).

vi.

Landskap Kawasan Pesisiran Sungai

Pesisiran atau rizab Sungai Rawang yang terletak di blok ini perlu

diperindahkan bagi mewujudkan persekitaran sungai yang lebih

menarik memandangkan sebahagian besar daripada kawasan

pesisiran sungai ini tidak dijaga dan terbiar dilitupi oleh semaksamun.

Usaha-usaha pengindahan terutamanya di sekitar

kawasan perkedaian di Jalan Persekutuan 1 adalah perlu di mana

satu pelan tindakan akan disediakan untuk kawasan ini. Elemenelemen

landskap kejur dan lembut akan disediakan yang akan

diintegrasikan dengan komponen pergeraian. Rujuk Pelan Sisipan

Rajah 3.29.

iv.

Landskap Kawasan Persekitaran Jalanraya

Landskap persekitaran jalanraya memainkan peranan penting

untuk mewujudkan persekitaran jalanraya yang lebih redup,

selesa dan nyaman. Penyediaan penanaman landskap bagi

persekitaran jalanraya boleh menentukan fungsi sesuatu kawasan.

Penanaman pokok yang bersesuaian di sekitar kawasan yang

menghampiri stesen keretapi/komuter yang boleh mewujudkan

suasana 'sense of welcoming'

Keadaan Sg. Rawang yang berpotensi untuk projek pengindahan

pesisiran sungai di mana penanaman pokok yang bersesuaian

perlu bagi menambahkan keindahan pesisiran sungai ini

3- 44

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!