08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.8 Blok Perancangan 8 (Lembah Kuang)

3.8.1 Perumahan

i. Tujuan

Tujuan pembangunan di BP8 adalah untuk menyatukan kawasan

pembangunan perumahan yang berada di BPK 8.1. Selain itu, ia

juga menjadi panduan untuk pembangunan perumahan baru di

BPK 8.2.

ii.

Cadangan

a. Skim Perumahan 'Infill' di BPK 8.1

Cadangan ini bertujuan menyatukan kawasan perumahan baru

di dalam kawasan perumahan sediada. Sempadan

pembangunan di bahagian timur terbentuk daripada Lebuhraya

PLUS dan rentasan jalan keretapi di bahagian barat. Kepadatan

penduduk haruslah bersesuaian dengan kepadatan sediada dan

jenis perumahan harus berdasarkan jenis sediada.

Pembangunan 'infill' berdekatan Kampung Matang Pagar

dicadangkan dengan kepadatan rendah dan jenis rumah

sesebuah adalah sesuai untuk kawasan tersebut.

b. Skim Perumahan Baru di BPK 8.2 dan BPK 8.3

• Kepadatan pembangunan adalah rendah dan jenis rumah

adalah sesebuah.

c. Pengekalan Perumahan Sediada dan Komited

Adalah dicadangkan bahawa perumahan sediada dan komited

dikekalkan. Kepadatan kediaman yang dicadangkan untuk

kawasan ini adalah ditunjukkan dalam Pelan Subjek Perumahan.

Cadangan kepadatan baru akan digunapakai sekiranya

keadaan berikut berlaku :

• Tempoh kelulusan kebenaran merancang bagi pembangunan

komited telah luput/tamat

• Pindaan ke atas pelan tatatur yang telah diluluskan

• Cadangan pembangunan baru di sesebuah tapak cadangan

Rujuk Rajah 3.57

3.8.2 Perindustrian

i. Tujuan

Pembangunan industri sedia ada dikekalkan dan dihadkan

kepada gunatanah industri sedia ada dengan tumpuan kepada

industri ringan jenis A, B dan Industri Sederhana.

ii.

Cadangan

3.8.3 Kemudahan Masyarakat

i. Tujuan

Penyediaan kemudahan masyarakat seperti kemudahan

pendidikan, keagamaan, kesihatan dan dewan adalah bertujuan

memenuhi keperluan penduduk. Penyediaan kemudahan ini

adalah berdasarkan kepada garispanduan dan piawaian

perancangan yang telah ditetapkan.

ii.

Cadangan

Bagi kemudahan masyarakat di BP8, tambahan kemudahan

adalah seperti klinik, pondok polis, pejabat pos, dewan serbaguna

dan dewan orangramai.

Cadangan kemudahan ini adalah berdasarkan kepada

keperluan penduduk dan agihan bilangan kemudahan ini dibuat

berdasarkan kepada blok perancangan kecil (BPK). Cadangan ini

merupakan keperluan kemudahan yang diperlukan dan

terpulang kepada pihak yang berkenaan untuk membangunkan

kemudahan yang dinyatakan di dalam jangkamasa

perancangan.

Pembangunan komited bagi kemudahan keagamaan disediakan

di BP8 iaitu 2 buah surau di BPK 8.1dan sebuah Pusat Perubatan

Swasta. Rujuk Rajah 3.58.

Kawasan ini merupakan kawasan yang masih belum dibangunkan

dan kekurangan penyediaan kemudahan infrastruktur yang

sempurna. Blok perancangan ini sedang menghadapi tekanan

pembangunan dari kawasan yang berdekatan. Oleh itu,

cadangan ini bertujuan memberi panduan untuk pembangunan

perumahan.

Beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum pembangunan

perumahan baru dicadangkan, iaitu:

• Berdekatan dengan pembangunan sediada

• Mempunyai kemudahan akses yang baik ke lot-lot tanah

• Menyediakan rangkaian infrastruktur dan utiliti yang lengkap

untuk memanfaatkan kawasan pembangunan dan juga

kawasan sekitar

• Menyediakan kemudahan awam yang mencukupi

• Saiz lot tanah yang minimum untuk pembangunan adalah 10

hektar. Lot-lot yang kecil daripada 10 hektar digalakkan

bergabung dengan lot tanah berdekatan untuk

pembangunan

Kawasan perindustrian sedia ada memerlukan pengawalan alam

sekitar yang ketat dengan cadangan memperbaiki kemudahan

infrastruktur dan keadaan persekitaran.

Adalah dicadangkan :

• kilang-kilang haram di kawasan ini perlu melalui proses

pemutihan kilang

• pengindahan landskap di sekitar dan sempadan kawasan

perindustrian

• kemudahan infrastruktur dari segi akses keluar masuk dan

sistem perparitan perlu dinaiktaraf.

Rujuk Rajah 3.56

3- 86

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!