08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

Digalakkan pokok-pokok adalah dari jenis yang memberi

teduhan, berbunga dan tidak terlalu besar saiznya. Di antara

contoh pokok-pokok yang sesuai untuk ditanam di tepi jalan

kawasan perumahan adalah pokok bauhinia purpurea (tapak

kuda), casuarina nobile (ru bukit), gardenia caricata (cempaka

hutan) dan tanaman untuk halaman rumah adalah acalypha

siamensis (daun the), allamanda cathartica (golden trumpet),

hibiscus spp.(bunga raya), murraya paniculata (kemuning) dan

pisonia alba (kemudu). Rujuk Rajah 3.66

b. Landskap Kawasan Perindustrian

Kawasan perindustrian di BP8 merupakan kawasan lot industri

sesebuah dan teres yang merupakan sebahagian daripada

kawasan pembangunan Taman Bukit Rahman Putra serta

kawasan perindustrian tidak terancang yang tertumpu di

bahagian timur BP.

Penyediaan landskap di kawasan perindustrian adalah sebagai

zon penampan iaitu sebagai ruang pemisah antara kegunaan

industri dengan lain-lain gunatanah seperti perumahan dan

perniagaan. Oleh itu ruang penanaman pokok perlu disediakan

terutamanya bagi pengindahan kawasan pintu masuk kilang,

tempat letak kereta, sekitar pejabat atau kilang serta taman kecil

untuk kegunaan tempat berehat kakitangan. Penggunaan

landskap kejur mestilah direkabentuk dan digabungkan dengan

elemen landskap lembut.

Pemilihan tanaman hendaklah yang bertekstur padat, permukaan

daun yang berbulu dan berair supaya dapat mengurangkan

kesan bunyi dan penyerapan habuk. Antara contoh-contoh

pokok utama yang bersesuaian adalah shorea spp. (meranti),

tectona grandis (jati), manakala untuk pokok-pokok renek adalah

acalypha spp. (akalipha), baphia nitida (bafia), rdisia solanacea

(mata itik), ixora javanica (siantan).

c. Landskap Kawasan Persekitaran Jalanraya

Landskap persekitaran jalanraya memainkan peranan penting

untuk mewujudkan persekitaran jalanraya yang lebih redup,

selesa dan nyaman. Penyediaan penanaman landskap bagi

persekitaran jalanraya boleh menentukan fungsi sesuatu kawasan.

Terdapat 2 heirarki jalan utama di BP8 iaitu:-

• Jalan Pengagih Utama (40m)

Cadangan Lebuhraya Assam Jawa - Taman Rimba (LATAR).

• Jalan Tempatan (20m)

Jalan tempatan menghubungkan pekan Kuang ke Taman Impian

Indah.

Pokok-pokok di laluan pengagih utama hendaklah ditanam di

dalam keadaan lurus bagi membentuk `avenue' dan mempunyai

pandangan yang jauh. Manakala penanaman pokok di

sepanjang rezab jalan tempatan dan jalan 12m diperlukan bagi

pengindahan jalan ini.

Rezab landskap 2.5m dicadangkan bagi penanaman pokok yang

bersesuaian. Contoh jenis tanaman yang bersesuaian termasuklah

roystonea regia (royal palm), tectona grandis (jati), mesua ferrea

(penaga lilin) dan lain-lain.

d. Landskap Kawasan Laluan Keretapi/Komuter

Landskap kawasan laluan keretapi diperlukan bagi pengindahan

laluan dan juga kawasan sekitar perhentian keretapi. Landskap

kawasan sekitar stesen keretapi perlu disediakan bagi

mewujudkan suasana 'sense of welcome' terutama di laluan yang

menghampiri perhentian keretapi/komuter.

Lain-lain rizab laluan keretapi, tanaman semulajadi sediada

hendaklah dikekalkan bagi tujuan mengawal hakisan tanah dan

estetik. Penanaman pokok utama di sepanjang laluan keretapi

perlu dilakukan di kawasan tertentu untuk mempertingkatkan

kualiti persekitaran sediada. Di antara kawasan yang perlu diberi

perhatian termasuklah:-

• Kawasan laluan keretapi yang menghampiri stesen.

• Kawasan sekitar bangunan stesen keretapi.

• Kawasan laluan keretapi di dalam kawasan bandar.

Jenis tanaman yang bersesuaian adalah menanam hanya satu

jenis pokok utama di kedua-dua bahagian sempadan laluan

keretapi yang menghampiri stesen di mana pokok jenis rendah

diutamakan bagi tujuan keselamatan.

Antara jenis pokok yang sesuai adalah cassia siamea (kassod

tree), cinnamomum iners (kayu manis), gardenia caricata

(cempaka hutan), mimusops elengi (bunga tanjung) dan shorea

spp. (meranti).

3.8.7 Infrastruktur dan Utiliti

i. Cadangan Sistem Saliran

• Rekabentuk saliran perlulah mematuhi Manual Saliran Mesra

Alam Malaysia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran

• Rezab Sg. Serai dan sungai-sungai lain perlulah diwartakan

bagi tujuan penyelenggaraan dan pembangunan sungai di

masa hadapan. Selain daripada itu masalah pencerobohan

setinggan di tebing sungai juga dapat dibendung.

• Pembangunan berhadapan Sg. Serai perlulah mematuhi 'Garis

Panduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai oleh JPS '

bagi menjamin persekitaran semulajadi sungai dapat

dipelihara.

• Penyaluran air larian daripada pembangunan baru hendaklah

dipastikan berterusan ke parit utama dan tidak terhenti di luar

kawasan tersebut sahaja. Kapasiti parit sediada hendaklah

dipastikan mampu untuk menerima peningkatan air larian

daripada pembangunan tersebut , jika tidak kerja menaiktaraf

parit sedia ada perlu dibuat sebelum pembangunan tersebut

di mulakan.

• Pemasangan perangkap sampah disarankan diadakan di

setiap parit sekunder sebelum memasuki parit utama dan

sebelum parit utama memasuki sungai.

• Larangan pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai perlu

ditekankan kepada penduduk yang tinggal berhampiran

dengan sungai bagi memelihara ekologi sungai.

• Pelan Induk Saliran perlu disediakan bagi mengkaji

keberkesanan sistem saliran sedia ada dan keupayaannya

untuk menampung peningkatan air larian daripada

pembangunan berdekatan di samping mencadangkan kerjakerja

menaiktaraf saliran sediada dan cadangan bagi jajaran

saliran baru.

• Kerja penyelenggaraan saliran secara berkala atau bila perlu

seperti memotong rumput, membuang kelodak dan

membersihkan saliran daripada sampah-sarap perlu

diwujudkan bagi memastikannya dapat berfungsi dengan

sempurna.

3- 91

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!