08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

• menapis permohonan pembangunan di RTRK. Dengan ini,

pembangunan industri dan perniagaan yang berpotensi

mencemarkan alam sekitar tidak akan diluluskan ataupun

akan diluluskan dengan syarat.

• menilai prestasi industri sebagai satu syarat pembaharuan

lesen perniagaan.

• menjalankan program-program kesedaran awam tentang

alam sekitar. Kumpulan sasaran yang khusus perlu dikenalpasti

untuk komunikasi yang berkesan. Contohnya, pelajar sekolah

merupakan suatu golongan yang boleh dididik melalui

program ko-kurikulum yang dijalankan di kawasan hutan

rekreasi.

• menjalankan program-program kesedaran khusus untuk pihak

swasta. Contohnya, pengurus dan pemilik kilang-kilang industri

kecil dan sederhana boleh diberi kursus dan ceramah

mengenai faedah pengurangan pencemaran bagi industri

masing-masing. Mereka harus digalakkan mengamalkan

pengurusan alam sekitar dalam industri masing-masing. Kursus

latihan juga boleh dianjurkan dengan bantuan pakar-pakar

daripada agensi lain.

3.9.6 Landskap dan Rekreasi

i. Tujuan

i. Landskap Kawasan Perumahan

Sebahagian besar daripada BP9 adalah kawasan perumahan

memandangkan kawasan ini merupakan kawasan rezab melayu.

Kebanyakan perumahan adalah perumahan kampung yang

merupakan rumah lot-lot sesebuah. Rumah-rumah sesebuah ini

dibina di atas lot-lot yang dimiliki sendiri oleh tuan tanah di

samping terdapat juga perumahan teres yang dibangunkan

secara kecil-kecilan oleh pemilik tersebut untuk tujuan disewakan.

Penyediaan landskap yang teratur di kawasan perumahan

adalah penting bagi mewujudkan kawasan penempatan yang

lebih terancang, tersusun dan selesa didiami. Bagi mewujudkan

imej yang baik bagi sesuatu kawasan perumahan, digalakkan

menanam satu jenis pokok bagi setiap jalan perumahan.

Digalakkan pokok-pokok adalah dari jenis yang memberi

teduhan, berbunga dan tidak terlalu besar saiznya.

Di antara contoh pokok-pokok yang sesuai untuk ditanam di tepi

jalan kawasan atau taman perumahan adalah pokok bauhinia

purpurea (tapak kuda), casuarina nobile (ru bukit), gardenia

caricata (cempaka hutan) dan tanaman untuk halaman rumah

adalah acalypha siamensis (daun the), allamanda cathartica

(golden trumpet), hibiscus spp.(bunga raya), murraya paniculata

(kemuning) dan pisonia alba (kemudu).

ii.

Landskap Kawasan Perniagaan

Pokok-pokok di laluan pengagih utama hendaklah ditanam di

dalam keadaan lurus bagi membentuk 'avenue' dan mempunyai

pandangan yang jauh. Manakala penanaman pokok di

sepanjang rezab jalan tempatan dan jalan 12m diperlukan bagi

pengindahan jalan ini. Rezab landskap 2.5m dicadangkan bagi

penanaman pokok yang bersesuaian. Contoh jenis tanaman yang

bersesuaian termasuklah roystonea regia (royal palm), tectona

grandis (jati), mesua ferrea (penaga lilin) dan lain-lain.

iv.

Landskap Kawasan Laluan Keretapi/Komuter

Landskap kawasan laluan keretapi diperlukan bagi pengindahan

laluan dan juga kawasan sekitar perhentian keretapi. Landskap

kawasan sekitar stesen keretapi perlu disediakan bagi

mewujudkan suasana 'sense of welcome' terutama di laluan yang

menghampiri perhentian keretapi/komuter. Lain-lain rizab laluan

keretapi, tanaman semulajadi sediada hendaklah dikekalkan bagi

tujuan mengawal hakisan tanah dan estetik. Penanaman pokok

utama di sepanjang laluan keretapi perlu dilakukan di kawasan

tertentu untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran sediada.

Di antara kawasan yang perlu diberi perhatian termasuklah:-

• Kawasan laluan keretapi yang menghampiri stesen.

• Kawasan sekitar bangunan stesen keretapi.

• Kawasan laluan keretapi di dalam kawasan bandar.

Penyediaan kawasan landskap adalah bertujuan untuk

mewujudkan persekitaran yang lebih menarik kepada sesuatu

kawasan disamping memberi suasana yang lebih selesa dan imej

kepada kawasan tersebut. Penyediaan kawasan landskap

perlulah menyeluruh tetapi penekanan perlu diberikan kepada

kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan seperti Pekan

Kuang, kawasan persekitaran jalanraya di mana tumpuan perlu

diberikan kepada kawasan persimpangan atau jalan masuk ke

sesuatu kawasan perumahan, kawasan rekreasi, kawasan

perkuburan dan sebagainya.

ii.

Cadangan

Cadangan landskap dan rekreasi di BP9 akan ditumpukan di

kawasan-kawasan tersebut:-

• Landskap Kawasan Perumahan

• Landskap Kawasan Perniagaan

• Landskap Persekitaran Jalanraya

• Landskap Laluan Keretapi/Komuter

Satu pusat petempatan utama dicadangkan di blok ini yang akan

berfungsi sebagai kawasan perniagaan utama untuk kawasan ini.

Penyediaan landskap di kawasan perniagaan akan diintegrasikan

dengan penyediaan perabut jalan dan lain-lain komponen `street

scape' seperti laluan pejalan kaki, papantanda, lampu jalan dan

sebagainya. Antara pokok-pokok yang bersesuaian untuk

kawasan perniagaan termasuklah pokok-pokok cordyline spp.

(jenjuang), canna limbata (canna), acalypha wilkesiana (copper

plant) dan veitchia merrillii (palma manila).

iii.

Landskap Kawasan Persekitaran Jalanraya

Landskap persekitaran jalanraya memainkan peranan penting

untuk mewujudkan persekitaran jalanraya yang lebih redup,

selesa dan nyaman. Penyediaan penanaman landskap bagi

persekitaran jalanraya boleh menentukan fungsi sesuatu kawasan.

Terdapat 3 hierarki jalan utama di BP9 iaitu:-

• Jalan Pengagih Utama (40m)

• Jalan Pengagih Sekunder (30m)

• Jalan Tempatan (20m)

Antara pokok-pokok yang bersesuaian untuk kawasan

perniagaan termasuklah pokok-pokok cordyline spp. (jenjuang),

canna limbata (canna), acalypha wilkesiana (copper plant) dan

veitchia merrillii (palma manila). Jenis tanaman yang bersesuaian

adalah menanam hanya satu jenis pokok utama di kedua-dua

bahagian sempadan laluan keretapi yang menghampiri stesen di

mana pokok jenis rendah diutamakan bagi tujuan keselamatan.

Antara jenis pokok yang sesuai adalah cassia siamea (kassod

tree), cinnamomum iners (kayu manis), gardenia caricata

(cempaka hutan), mimusops elengi (bunga tanjung) dan shorea

spp. (meranti).

3- 102

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!