08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Peta Cadangan

Cadangan lebuhraya ini akan meningkatkan lagi hubungan

antara wilayah bagi kawasan RTRK.

Rangkaian Jalan Raya Antara Bandar.

Bagi meningkatkan rangkaian jalanraya antara bandar,

beberapa cadangan jalan baru dan pelebaran jalan

dicadangkan seperti berikut:

• Cadangan jalan Kuang-Taman Perindustrian Bersepadu

Rawang.

• Cadangan Jalan Kundang-Sungai Buloh.

• Pelebaran Jalan Negeri B27 (Jalan Rawang-Batu Arang).

• Pelebaran Jalan Negeri B149 (Jalan Kundang-Kuang).

Cadangan Jalan Pintas (Bypass)

Cadangan jalan pintas bertujuan untuk mengagihkan lalulintas

dari memasuki bandar Rawang. Cadangan jalan pintas adalah

seperti berikut:-

• Cadangan Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah (LE

KLAS).

• Cadangan Lebuhraya Assam Jawa-Taman Rimba (LATAR).

• Cadangan jalan baru menghubungkan Jalan Persekutuan

1 (Jalan Rawang-Serendah)-Lebuhraya Utara Selatan.

• Cadangan jalan Kundang-Sungai Buloh.

Cadangan Jalan Dalaman

Cadangan ini bertujuan meningkatkan tahap aksesibiliti bagi

kawasan pembangunan dan penempatan di dalam kawasan

RTRK. Cadangan jalan dalaman dalam kawasan RT adalah

cadangan jalan pintas (bypass), cadangan jalan lingkaran dan

cadangan jalan di dalam kawasan pembangunan "infill".

b. Sistem Perparitan dan Saliran

Kejadian banjir yang kerap berlaku di Kg. Kenanga, Kg. Gombak

dan Kg. Setia di Kuang dijangka dapat diatasi dengan

perlaksanaan beberapa Rancangan Tebatan Banjir oleh Jabatan

Pengairan Dan Saliran(JPS) Gombak di bawah Rancangan

Malaysia ke-8. Rujuk Rajah 2.3.

Rancangan tebatan banjir ini akan melibatkan kerja-kerja

menaiktaraf seperti mendalamkan sungai bagi Sg. Rawang ( BPK

1.1 dan BPK 2.1 ), Sg. Terentang , anak sungai di Kg. Kenanga dan

Sg. Kuang (BPK 9.1 dan BPK 9.2). Contoh kerja-kerja tebatan banjir

ditunjukkan di dalam pelan sisipan. Rujuk Rajah 2.4.

Semua pembangunan baru perlulah mematuhi garis panduan

'Manual Saliran Mesra Alam'(MSMA) yang lebih menumpu kepada

konsep mengawal/mengatasi banjir dengan mengambil langkah

proaktif dengan mengawal/mengurus air lebihan hujan/larian

daripada puncanya.

Ini dilaksanakan dengan pelbagai kaedah seperti

setoran/takungan, kolam takungan, parit resapan, jalanraya telap

air dan sebagainya. Kaedah yang direkabentuk menggunakan

MSMA ini hendaklah mengambilkira semua aspek keadaan tapak,

perundangan tanah, alam sekitar, ekonomi, kos kerja

penyelenggaraan, pentadbiran dan lain-lain. Contoh tipikal

takungan air hujan ditunjukkan di dalam pelan sisipan. Rujuk Rajah

2.4.

Selain daripada itu, dicadangkan agar sistem saliran di BP 3 dan

BP 4 turut dinaiktaraf bagi menampung peningkatan air larian

daripada pembangunan di sekitarnya yang mempunyai jaringan

perparitan yang tidak menyeluruh dan terhenti di pembangunan

tersebut sahaja. Penggazetan rezab sungai wajar dilaksanakan

bagi mengelakkan pencerobohan rezab sungai dan gangguan

kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf sungai.

Rujuk Rajah 2.4.

c. Pembetungan

Pelaksanaan sistem pembetungan berpusat oleh pihak Jabatan

Perkhidmatan Pembetungan (JPP) yang melibatkan kawasan

Rawang, TRM Kuang dan Batu Arang dijangka dapat merawat

hampir 58,500 PE menjelang tahun 2011.

Pembinaan bagi fasa 1 yang melibatkan 29,250 PE dijangka

dimulakan pada tahun 2004 dan akan beroperasi menjelang

tahun 2007 dan diikuti oleh fasa 2 pada tahun 2008 dan akan

beroperasi pada tahun 2011 dengan kapasiti yang sama.

Cadangan tapak loji rawatan kumbahan berpusat ini adalah di

BPK 4.1 dengan keluasan 2.48 hektar dengan menggunakan

sistem mekanikal .

Pemasangan perangkap minyak dicadangkan di paip sanitari

premis seperti restoran dan bengkel sebelum memasuki paip

pembetung awam bagi membendung minyak daripada

menghalang sistem pembetungan.

d. Sisa Pepejal

Peluasan kawasan operasi Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB)

dicadangkan ke seluruh kawasan RTRK di samping penggunaan

kenderaan pemungut 'compactor master' bagi meningkatkan

perkhidmatan pemungutan sisa pepejal. Penguatkuasaan

'Larangan Membuang Sampah' wajar diperketatkan lagi dengan

mengenakan kompaun yang lebih tinggi kepada individu yang

terlibat.

Penggunaan tong sampah yang mencukupi dan mesra alam

serta kenderaan pemungut berteknologi tinggi dicadangkan bagi

meningkatkan kecekapan pemungutan dan mengurangkan

gangguan kepada alam sekitar. Perancangan pengurusan sisa

pepejal secara komprehensif yang melibatkan aktiviti

pengurangan penjanaan sisa pepejal, guna semula dan kitar

semula.

e. Bekalan Elektrik

Penyelenggaraan bekalan elektrik yang lebih konsisten

dicadangkan bagi meminimakan gangguan bekalan kepada

pengguna.

f. Bekalan Air

Kerja-kerja menaiktaraf dan penggantian paip air lama dari jenis

'cement asbestos' kepada paip besi keluli dan 'HDPE' wajarlah

disegerakan bagi mengurangkan kadar kehilangan air tak

terakaun di samping meningkatkan kerja penyelenggaraan bagi

meminimakan gangguan kepada pengguna di seluruh kawasan

RTRK. Rujuk Rajah 2.3.

g. Telekomunikasi

Kapasiti ibusawat sediada perlulah dipertingkatkan bagi

menampung keperluan talian sediada di samping menampung

keperluan di tahun 2015. Selain itu juga dicadangkan agar

penyediaan kemudahan telefon awam yang mencukupi serta

berketahanan tinggi daripada aktiviti 'vandalisme' digunakan bagi

kepentingan pengguna di kawasan rekreasi, institusi dan taman

perumahan di seluruh kawasan RTRK.

2- 2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!