08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Pendahuluan

1.8.2. Potensi Dan Halangan Pembangunan

Beberapa potensi dan halangan telah dikenalpasti di dalam

pembangunan kawasan Rancangan Tempatan seperti:-

i. Potensi

• Pembangunan Bandar Baru Rawang

Pembangunan Bandar Baru Rawang yang terletak bersebelahan

dengan Bandar Rawang dijangka akan melengkapkan dan

memperkukuhkan lagi pembangunan Bandar Rawang sediada

secara konsep 'Infill and Consolidation'.

Bandar Rawang sediada yang kini merupakan deretan kedai

lama zaman kolonial telah bercampur aduk dengan

pembangunan baru yang tidak seragam. Dengan pembangunan

Bandar Baru Rawang yang kebanyakannya adalah bangunan

komersil, dijangkakan Bandar Baru Rawang akan mengambilalih

fungsi Bandar Rawang sebagai pusat perniagaan utama dan

melengkapi aktiviti sediada di Bandar Rawang.

• Kawasan Rekreasi

Kawasan rekreasi di kawasan Rancangan Tempatan lebih

menjurus kepada kawasan rekreasi semulajadi yang berasaskan

kepada kawasan perhutanan. Di antaranya adalah Taman Rimba

Komanwel, Taman Rimba Templer dan kawasan Air Terjun

Kanching. Kawasan ini sering menjadi tumpuan pengunjung dari

sekitar Lembah Klang terutamanya pada hujung minggu. Selain

daripada itu terdapat juga dua buah padang golf di kawasan ini

iaitu Padang Golf Perangsang dan Templer Park Country Resort.

• Kawasan Industri

Perindustrian adalah antara aktiviti gunatanah utama di kawasan

Rancangan Tempatan. Kawasan Perindustrian Bersepadu Rawang

merupakan kawasan industri utama selain daripada kawasan

industri Rawang Perdana.

Namun demikian masih banyak lot-lot kosong yang masih belum

dibangunkan di kawasan ini walaupun penyediaan infrastruktur

dan jalanraya sudah tersedia. Berbanding dengan kawasan

industri Rawang Perdana, kawasan industri ini sudah 'establish'

tetapi telah menimbulkan masalah kerana ianya dikelilingi oleh

kawasan perumahan.

• Rangkaian Jalanraya dan Sistem Pengangkutan

Kawasan Rancangan Tempatan mempunyai sistem rangkaian

jalanraya yang komprehensif dan menyeluruh. Ianya boleh

dihubungi dari semua arah di mana jalan utamanya adalah Jalan

Persekutuan 1 (F1) yang akan dinaiktaraf kepada jalan 'dualcarriegeway'

memandangkan kapasiti lalulintas yang tinggi yang

melalui jalan ini.

Cadangan jalan pintas (by-pass) yang melalui Bandar Baru

Rawang dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas

di Bandar Rawang. Selain itu ia juga boleh dihubungi dari

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di bahagian barat dengan jalan

B27. Jalan B27 juga perlu dinaiktarafkan kepada jalan 'dualcarriegeway'

memandangkan jalan ini sering mengalami

kesesakan lalulintas.

Terdapat 2 cadangan lebuhraya baru yang merentasi kawasan

Rancangan Tempatan iaitu Lebuhraya Assam Jawa-Taman Rimba

(LATAR) dan Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah (KLAS).

Lebuhraya LATAR merupakan jalan alternatif bagi mengatasi

masalah kesesakan lalulintas di Jalan Persekutuan 1. Ianya adalah

laluan terus menghubungkan 'outer ring road' Lembah Kelang dan

merupakan jalan pintas ke Plaza Tol tanpa melalui Bandar

Rawang.

Cadangan Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah (KLAS)

adalah cadangan jalan pintas di bahagian utara tanpa melalui

Bandar Rawang. Ianya juga adalah jalan alternatif bagi

mengatasi masalah kesesakan Jalan Persekutuan 1.

Selain daripada rangkaian jalanraya, terdapat laluan keretapi

dan 2 stesen iaitu Stesen Keretapi Rawang dan Stesen Keretapi

Kuang. Ini memberi potensi yang cukup baik bagi pengguna atau

penduduk Rawang-Kuang untuk berulang-alik menggunakan

perkhidmatan KTM KOMUTER.

Rujuk Rajah 1.3

ii. Halangan Pembangunan

• Pembangunan 'Ad-Hoc'

Pembangunan secara 'ad-hoc' atau secara 'piece-meal' sering

menimbulkan masalah terutama untuk jangkamasa panjang. Ini

berlaku di kawasan-kawasan perumahan dan perkampungan di

kawasan Rancangan Tempatan seperti Taman Hijau, Taman Sri

Rawang, Kampung Lim Tan dan Kampung Rajah.

Kebanyakan kawasan ini dibangunkan oleh pemaju swasta

secara 'piece-meal' tanpa mengambilkira perancangan secara

keseluruhannya. Kesan ketara adalah dari segi hierarki jalanraya

dan sistem perparitan di mana tiadanya jalan utama keluar masuk

ke kawasan-kawasan perumahan dan sistem perparitan yang

tidak terancang yang boleh menyebabkan banjir kilat berlaku.

• Keadaan Bentuk Mukabumi

Sebahagian besar daripada kawasan Rancangan Tempatan

merupakan kawasan Rizab Hutan yang berbukit-bukau yang

terletak di bahagian timur kawasan Rancangan Tempatan.

Kawasan Rizab Hutan ini tidak akan dibangunkan kecuali untuk

tujuan rekreasi dan penyelidikan.

Kawasan rezab ini juga menjadi pemisah antara kawasan

pembangunan di bahagian timur dan kawasan pembangunan

bandar Baru Selayang di baratnya. Ianya seolah-olah menjadi zon

penampan atau kawasan hijau yang besar antara dua kawasan

pembangunan ini.

Rujuk Rajah 1.4

iii. Arah Tekanan Pembangunan

• Kawasan Pembangunan Sekitar

Pembangunan bandar-bandar baru yang berskala besar yang

terletak di bahagian barat memberi kesan yang ketara terhadap

pembangunan di kawasan Rancangan Tempatan

memandangkan kebanyakan pembangunan di kawasan

Rancangan Tempatan lebih kepada pembangunan secara 'in-fill'

dan 'consolidation'.

Antara pembangunan-pembangunan tersebut adalah

pembangunan Bandar Tasik Puteri, Bandar Country Homes, Taman

Industri Kundang, Pura Development dan cadangan Korridor

Guthrie yang sebahagiannya termasuk di dalam kawasan

Rancangan Tempatan.

Jika dilihat daripada senario ini didapati arah tekanan

pembangunan berskala besar adalah lebih tertumpu kepada

kawasan sekitar berbanding dengan pembangunan di dalam

1-8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!