08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.9 Blok Perancangan 9 (TRM Kuang)

3.9.1 Perniagaan

i. Tujuan

Kawasan perniagaan baru yang dicadangkan di BPK 9.2

merupakan sebahagian daripada Pusat Petempatan Utama

untuk kawasan Kuang. Ia akan memainkan peranan utama

sebagai pusat aktiviti awam, swasta dan perniagaan yang

menawarkan barangan dan perkhidmatan order sederhana

kepada kawasan Lembah Kuang, Tanah Rizab Melayu Kuang dan

di sekitarnya.

Penyediaan ruang termasuk :

• Perniagaan runcit dan perkhidmatan dalam bentuk kedai

pejabat

• Bank, kewangan, insurans dan hartanah

• Klinik swasta, kedai pos

• Cawangan agensi dan perkhidmatan profesional

• Pasar dan medan selera

• Tapak pasar malam di kawasan lapang

Pusat-pusat kejiranan di BPK 9.1 dan BPK 9.3 perlu diintegrasikan

dengan kemudahan-kemudahan masyarakat seperti surau,

kawasan sukan dan rekreasi, tadika dan sebagainya.

ii.

Cadangan

Pembangunan perniagaan perlu menitikberatkan pembangunan

yang berhadapan sungai sebagai salah satu tarikan. Penjagaan

sungai juga diberi keutamaan dengan mematuhi garispanduan

perancangan alam sekitar.

• Kemudahan tempat letak kereta perlu disediakan dengan

mencukupi.

3.9.2 Perumahan

i. Tujuan

Tujuan perumahan di BP9 adalah untuk membangunkan Tanah

Rizab Melayu sebagai sebuah petempatan yang berkualiti

disamping membangunkan kawasan ini secara teratur dan

berdasarkan konsep unit kejiranan yang selesa dan serba lengkap

dengan kemudahan masyarakat dan infrastruktur.

ii.

Cadangan

Cadangan perumahan di BP 9 telah mengambilkira kesesuaian

tanah dan adalah seperti berikut:

a. Pembangunan Lot-lot Kecil

Cadangan ini membolehkan tuan tanah membangunkan

tanahnya secara individu dan pada masa yang berbeza. Tuan

tanah yang ingin membangunkan tanahnya dikehendaki

menyumbangkan wang untuk menyediakan kawasan lapang dan

kemudahan masyarakat seperti sekolah, surau dan balairaya.

Tuan tanah juga menyerahkan tanah untuk pembinaan jalanraya

dan perparitan mengikut pelan induk yang disediakan oleh Majlis

Perbandaran Selayang. Kepadatan yang dicadangkan adalah

kepadatan rendah dan jenis rumah yang dibenarkan adalah

rumah sesebuah.

b. Penyusunan Semula Tanah secara Koperatif (Cooperative

Relotting)

Tuan-tuan tanah dikehendaki menyediakan satu pelan induk yang

menunjukkan garisan sempadan baru lot-lot tanah yang

dirancangkan berdasarkan kontor. Pelan induk tersebut juga perlu

menunjukkan rezab jalan dan saliran.

Pembangunan baru perlu memenuhi keperluan-keperluan berikut:

• Saiz tapak pembangunan yang minimum ialah 10 hektar

• Menyediakan rangkaian infrastruktur dan utiliti

• Menyediakan kemudahan masyarakat yang mencukupi

• Kepadatan pembangunan rendah dan terdiri daripada rumah

sesebuah

Rujuk Rajah 3.63 dan 3.64

3.9.3 Kemudahan Masyarakat

i. Tujuan

Penyediaan kemudahan masyarakat seperti kemudahan

pendidikan, keagamaan, kesihatan dan dewan adalah bertujuan

memenuhi keperluan penduduk. Penyediaan kemudahan ini

adalah berdasarkan kepada garispanduan dan piawaian

perancangan yang telah ditetapkan.

ii.

Cadangan

Bagi kemudahan masyarakat di BP9, tambahan kemudahan

adalah seperti tadika, klinik desa, pondok polis, pejabat pos dan

dewan orangramai. Cadangan kemudahan ini adalah

berdasarkan kepada unjuran penduduk sekiranya keseluruhan

TRM Kuang dibangunkan mengikut peta cadangan. Tanah

kerajaan akan diberi keutamaan untuk pembinaan kemudahan

masyarakat.

Cadangan kawasan untuk pusat perniagaan yang baru perlu

mempertimbangkan status tanah dan proses membangunkan

tanah tersebut. Rujuk Rajah 3.62.

Adalah dicadangkan :

• Pembangunan mestilah bersesuaian dengan keadaan

persekitaran dari segi fizikal seperti ketinggian bangunan,

penggunaan warna dan rekabentuk fasad untuk

pembangunan fizikal yang harmoni dan menarik;

• Kemudahan akses keluar masuk yang utama dan aliran trafik

dalam kawasan perniagaan perlu dirancang secara

menyeluruh; dan

Cadangan ini digunapakai untuk kawasan berbukit di BP 9, di

mana pembangunan lot-lot kecil adalah tidak dapat

dibangunkan kerana bentuk yang tidak sesuai dan tidak teratur

serta keadaan topografi yang berbukit. Walau bagaimanapun

pemilik lot-lot kecil digalakkan untuk membangunkan tanah

mereka secara 'Cooperative Relotting'.

Dalam cadangan ini, tuan-tuan tanah digalak memajukan

tanahnya secara koperatif atau berkumpulan supaya dapat

mengoptimumkan penggunaan tanah di samping mencapai

pembangunan yang terancang dan menyeluruh.

Rujuk Jadual 3.7 dan Rajah 3.65.

3- 96

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!