08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

iii.

Cadangan Pelebaran Jalan

Cadangan menaiktaraf jalan di BP 7 adalah cadangan

menaiktaraf sebahagian Jalan Negeri B25 (Jalan Rawang-Kuang)

berhampiran kilang Malayan Cement Berhad kepada jalan 30

meter. Cadangan-cadangan pelebaran tersebut bertujuan

mempertingkatkan lagi keupayaan jalan sedia ada bagi

menampung aliran lalu lintas pada masa hadapan dan juga

memberikan keselesaan yang maksima kepada pengguna jalan

raya di kawasan RTRK.

iv. Cadangan Mempertingkatkan Perkhidmatan

Pengangkutan Awam

a. Perkhidmatan Bas

Cadangan perkhidmatan bas dari Rawang ke Kuang perlu

diperkenalkan. Kekerapan jadual perjalanan bagi laluan bas

sediada antara Kuala Lumpur dan Kuang perlu dipertingkatkan

kepada sekurang-kurangnya 15-20 minit bagi setiap sela masa.

b. Perkhidmatan Teksi

Perkhidmatan teksi perlu disediakan bagi menyokong

perkhidmatan pengangkutan bas terutamanya kawasan yang

tidak mendapat liputan bas dan di luar waktu perkhidmatan bas.

3.7.7 Infrastruktur dan Utiliti

i. Cadangan Sistem Saliran

• Rekabentuk saliran perlulah mematuhi Manual Saliran Mesra

Alam Malaysia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran

• Kerja penyelenggaraan saliran secara berkala atau bila perlu

seperti memotong rumput, membuang kelodak dan

membersihkan saliran daripada sampah-sarap perlu

diwujudkan bagi memastikannya dapat berfungsi dengan

sempurna.

• Peruntukan rezab Sg. Gong (30m) dan sungai-sungai lain

perlulah diwartakan bagi tujuan penyelenggaraan dan

pembangunan sungai di masa hadapan . Selain daripada itu

masalah pencerobohan setinggan di tebing sungai juga

dapat dibendung.

• Pembangunan berhadapan Sg. Gong perlulah mematuhi

'Garis Panduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai

oleh JPS ' bagi menjamin persekitaran semulajadi sungai dapat

dipelihara.

• Pemasangan perangkap sampah adalah disarankan di

adakan di setiap parit sekunder sebelum memasuki parit

utama dan sebelum parit utama memasuki sungai.

• Larangan pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai perlu

ditekankan kepada penduduk yang berjiran dengan sungai

bagi memelihara ekologi sungai.

ii.

Cadangan Sistem Pembetungan

• Pelaksanaan Pelan Induk Pembetungan oleh Jabatan

Perkhidmatan Pembetungan wajarlah disegerakan seperti

yang dijadualkan bagi memastikan air kumbahan dapat

dirawat dengan sempurna.

• Penyediaan tangki septik dicadangkan bagi premis yang tidak

mempunyai sebarang kaedah rawatan kumbahan bagi

mengelakkan pembuangan air kumbahan ke dalam saliran

tanpa sebarang rawatan.

• Pengosongan tangki septik setiap 2 tahun atau bila perlu

hendaklah dilaksanakan bagi mempastikan air kumbahan

dapat dirawat dengan sempurna dan membendung masalah

pengumpulan air kumbahan yang berlebihan yang boleh

menimbulkan masalah pencemaran bau kepada penduduk

sekitarnya.

iii.

Cadangan Pengurusan Sisa Pepejal

• Perluasan kawasan operasi AFSB disarankan meliputi

keseluruhan BP bagi memastikan kesemua sampah sarap

dapat dillupuskan dengan selamat.

• Penyediaan tong sampah mesra alam dan seiring dengan

penghasilan sisa pepejal perlu diadakan bagi mengelakkan

limpahan sampah-sarap di sekitarnya.

• Penggunaan kenderaan pemungut 'compacter master'

adalah digalakkan bagi meningkatkan keberkesanan

pemungutan sisa pepejal.

iv.

Cadangan Sistem Bekalan Elektrik

• Kerja penyelenggaraan bekalan elektrik perlulah

dipertingkatkan bagi meminima gangguan kepada

pengguna.

• Penyediaan sistem multiple loop dicadangkan bagi

membolehkan bekalan elektrik disalurkan melalui laluan

pelbagai dan memendekkan tempoh pemulihan bekalan

elektrik yang terputus.

v. Cadangan Bekalan Air

• Pengantian paip air lama dari jenis simen asbestos kepada

paip jenis besi keluli ( M.S ) atau 'High density polyethylene'

(HDPE) perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi

mengatasi masalah kehilangan air tidak terakaun semasa

yang tinggi ( 36%) iaitu sejumlah 1.64 juta gelen sehari bagi

kawasan RT.

• Kerja penyelenggaraan infrastruktur bekalan air perlulah

dipertingkatkan seperti membaiki paip pecah, bocor dan

memastikan sambungan injap-injap berfungsi dengan baik

bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna di

samping dapat mengurangkan kehilangan air tidak terakaun.

• Pemeriksaan dan penyelenggaraan pili bomba perlulah

dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikannya dapat

berfungsi dengan baik dan mengelakkan daripada

disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

vi.

Cadangan Sistem Telekomunikasi

• Penyediaan telefon awam yang lebih baik dan berketahanan

daripada 'vandalisme' perlulah diadakan dan ditempatkan di

kawasan perumahan dan perdagangan yang strategik.

Rujuk Rajah 3.55.

• Galakan kitar semula dan guna semula barangan boleh

mengurangkan kadar penghasilan sisa pepejal.

3- 82

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!