08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.2.6 Alam Sekitar

i. Tujuan

Tujuan cadangan alam sekitar adalah untuk mencegah masalah

berkaitan dengan pembangunan di cerun bukit. Zon penampan

untuk industri dan jalan raya perlu dilaksanakan untuk

mengurangkan pencemaran bunyi bising dan udara.

ii.

Cadangan

Rujuk Pelan Subjek Alam Sekitar BP2, Rajah 3.19. Langkah-langkah

pemuliharaan alam sekitar yang dicadangkan untuk BP2 adalah

seperti berikut:

• Kawasan berbukit melebihi kecerunan 25° harus dikekalkan

sebagai kawasan hijau. Pembangunan di kawasan berbukit

mesti mematuhi Garispanduan Perancangan Pemeliharaan

Topografi Semulajadi Dalam Perancangan dan Pembangunan

Fizikal serta Garispanduan Pembangunan Kawasan Berbukit

yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa. Kawalan hakisan harus dilaksanakan di kawasan

berbukit.

• Hanya industri ringan dan sederhana dibenarkan di BPK 2.2.

Kilang-kilang harus dilengkapi dengan kawalan pencemaran

yang berkesan. Pelepasan air sisa harus mematuhi Piawaian A.

Piawaian A merujuk kepada piawaian efluen yang dibenarkan

yang tersenarai dalam Jadual Ketiga, Peraturan Kualiti alam

Sekeliling (Kumbahan Dan Efluen Industri)1979. Dalam jangka

panjang, industri harus menuju ke proses kering

(mengurangkan pelepasan air sisa) dan pelepasan sifar ("zero

emission").

• Industri perkhidmatan hendaklah mengurangkan penjanaan

sisa pepejal.

• Penghadang bunyi perlu disediakan untuk melindungi

kawasan perumahan daripada bunyi bising jalan raya pintas

dan cadangan lebuh raya KLAS.

• Loji-loji rawatan kumbahan perlu diselenggara dengan baik

untuk mematuhi Piawaian A. Kualiti air sungai perlu dijaga

kerana kawasan RTRK terletak di hulu takat pengambilan di Sg.

Selangor. Tanaman pokok dan hadangan lembut boleh

disediakan di zon penampan loji rawatan kumbahan.

Air sisa daripada kawasan komersil seperti restoran dan pasar tidak

dibenarkan dibuang terus kepada sistem perparitan, tetapi harus

disalurkan kepada sistem pembetungan untuk dirawat. Sistem

perparitan sepatutnya dikhaskan untuk mengalirkan air hujan

sahaja yang tidak dirawat sebelum dilepaskan ke sungai.

3.2.7 Landskap dan Rekreasi

i. Tujuan

Penyediaan kawasan landskap adalah bertujuan untuk

mewujudkan persekitaran yang lebih menarik kepada sesuatu

kawasan disamping memberi suasana yang lebih selesa dan imej

kepada kawasan tersebut. Penyediaan kawasan landskap

perlulah menyeluruh tetapi penekanan perlu diberikan kepada

kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan seperti kawasan

pusat Bandar Rawang, kawasan persekitaran jalanraya di mana

tumpuan perlu diberikan kepada kawasan persimpangan atau

jalan masuk ke sesuatu kawasan perumahan, kawasan rekreasi,

kawasan perkuburan dan sebagainya.

ii.

Cadangan

Kawasan yang perlu diberi tumpuan untuk penyediaan landskap

adalah:-

• Kawasan Perumahan

• Kawasan Perindustrian

• Kawasan Perniagaan

• Kawasan Persekitaran Jalanraya

• Kawasan Perkuburan

• Kawasan Rekreasi

i. Kawasan Perumahan

Terdapat 2 buah taman perumahan di BP2 iaitu Taman Rawang

Perdana dan Bukit Rawang Jaya manakala kampung-kampung

yang terdapat di BP ini adalah Kampung Batu 16, Kampung

Kenanga dan Kampung Sungai Terentang.

Penyediaan landskap yang teratur di kawasan perumahan

adalah penting bagi mewujudkan kawasan penempatan yang

lebih terancang, tersusun dan selesa didiami. Bagi mewujudkan

imej yang baik bagi sesuatu kawasan perumahan, digalakkan

menanam satu jenis pokok bagi setiap jalan perumahan.

Digalakkan pokok-pokok dari jenis yang memberi teduhan,

berbunga dan tidak terlalu besar saiznya.

Di antara contoh pokok-pokok yang sesuai untuk ditanam di tepi

jalan kawasan atau taman perumahan adalah pokok bauhinia

purpurea (tapak kuda), casuarina nobile (ru bukit), gardenia

caricata (cempaka hutan) dan tanaman untuk halaman rumah

adalah jenis acalypha siamensis (daun the), allamanda cathartica

(golden trumpet), hibiscus spp. (bunga raya), murraya paniculata

(kemuning) dan pisonia alba (kemudu).

ii.

Kawasan Perindustrian

Fungsi utama kawasan landskap di kawasan perindustrian adalah

sebagai zon penampan iaitu sebagai ruang pemisah antara

kegunaan industri dengan lain-lain gunatanah seperti perumahan

dan perniagaan.

Kawasan industri utama yang terletak di BPK 2.2 adalah kawasan

Perindustrian Rawang Perdana. Lot-lot yang terdapat di kawasan

ini kebanyakannya adalah lot-lot sesebuah. Oleh itu ruang

penanaman pokok perlu disediakan terutamanya bagi

pengindahan kawasan pintu masuk, tempat letak kereta, sekitar

pejabat atau kilang serta taman kecil untuk kegunaan tempat

berehat kakitangan.

Penggunaan landskap kejur mestilah direkabentuk dan

digabungkan dengan elemen landskap lembut. Pemilihan

tanaman hendaklah yang bertekstur padat, permukaan daun

yang berbulu dan berair supaya dapat mengurangkan kesan

bunyi dan penyerapan habuk.

Antara contoh-contoh pokok utama yang bersesuaian adalah

horea spp. (meranti), tectona grandis (jati), manakala untuk

pokok-pokok renek yang ditanam di pintu masuk atau kawasan

bangunan adalah acalypha spp. (akalipha), baphia nitida (bafia),

ardisia solanacea (mata itik), ixora javanica (siantan).

Rujuk Rajah 3.19

iii.

Kawasan Persekitaran Jalanraya

Landskap persekitaran jalanraya memainkan peranan penting

untuk mewujudkan persekitaran jalanraya yang lebih redup,

selesa dan nyaman. Penyediaan penanaman landskap bagi

persekitaran jalanraya boleh menentukan fungsi sesuatu kawasan.

Terdapat 3 heirarki utama jalan di BP2 iaitu:

3- 28

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!