08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015 Penyataan Bertulis 66

• Kegiatan kolam ikan air masin perlu dikawal supaya tidak

mencemarkan air sungai dan air tanah. Pelepasan daripada

kolam-kolam ini mesti dirawat terlebih dahulu untuk

mengeluarkan garam dan sisa organik.

• Bukit Anak Takun yang telah dikenalpasti sebagai kawasan

sensitif alam sekitar bernilai warisan harus dipulihara sebagai

ciri unik dan khazanah geologi. Zon penampan 50 m perlu

disediakan di sekeliling tapak bukit batu kapur ini.

• Pencerobohan ke dalam rizab hutan perlu dicegah melalui

penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama di antara

MPS dan Jabatan Perhutanan.

3.5.4 Landskap dan Rekreasi

i. Tujuan

Penyediaan kawasan landskap adalah bertujuan untuk

mewujudkan persekitaran yang lebih menarik kepada sesuatu

kawasan di samping memberi suasana yang lebih selesa dan imej

kepada kawasan tersebut. Penyediaan kawasan landskap

perlulah menyeluruh tetapi penekanan perlu diberikan kepada

kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan seperti kawasan

pusat Bandar Rawang, kawasan persekitaran jalanraya di mana

tumpuan perlu diberikan kepada kawasan persimpangan atau

jalan masuk ke sesuatu kawasan perumahan, kawasan rekreasi,

kawasan perkuburan dan sebagainya. Rujuk Rajah 3.43.

ii.

Cadangan

Cadangan landskap dan rekreasi di BP5 akan ditumpukan

kepada beberapa komponen memandangkan kawasan ini lebih

kepada kawasan rekreasi padang golf dan kawasan pertanian.

Antara cadangan landskap untuk kawasan ini adalah:-

• Landskap Kawasan Perumahan

• Landskap Persekitaran Jalanraya

• Landskap Pesisiran Sungai Rawang

• Landskap Kawasan Institusi /Bangunan Awam

i. Landskap Kawasan Perumahan

Kawasan perumahan di BP5 merupakan kawasan perumahan

sesebuah di kawasan peranginan Templer Park Country Resort

dan Perangsang Golf Resort. Pintu masuk ke kawasan ini telah

dilandskap dengan baik.

Penyediaan landskap yang teratur di kawasan ini adalah penting

bagi mewujudkan imej kawasan elit dan kawasan penginapan

yang selesa didiami. Bagi mewujudkan imej yang baik bagi

sesuatu kawasan perumahan, digalakkan menanam satu jenis

pokok bagi setiap jalan perumahan. Digalakkan pokok-pokok

adalah dari jenis yang memberi teduhan, berbunga dan tidak

terlalu besar saiznya.

Di antara contoh pokok-pokok yang sesuai untuk ditanam di tepi

jalan kawasan atau taman perumahan adalah pokok bauhinia

purpurea (tapak kuda), casuarina nobile (ru bukit), gardenia

caricata (cempaka hutan) dan tanaman untuk halaman rumah

adalah acalypha siamensis (daun the), allamanda cathartica

(golden trumpet), hibiscus spp.(bunga raya), murraya paniculata

(kemuning) dan pisonia alba (kemudu).

ii.

Landskap Kawasan Persekitaran Jalanraya

Landskap persekitaran jalanraya memainkan peranan penting

untuk mewujudkan persekitaran jalanraya yang lebih redup,

selesa dan nyaman. Penyediaan penanaman landskap bagi

persekitaran jalanraya boleh menentukan fungsi sesuatu kawasan.

Terdapat 3 heirarki utama jalan di BP5 iaitu:-

• Jalan Pengagih Utama (40m)

Pelebaran Jalan Persekutuan 1 dan cadangan Lebuhraya Assam

Jawa - Taman Rimba (LATAR).

• Jalan Pengagih Sekunder (30m)

Cadangan jalan menghubungkan Lebuhraya Assam Jawa –

Taman Rimba (LATAR) dan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional.

• Jalan Tempatan (20m)

Jalan utama sediada di kawasan perumahan.

• Jalan Perkhidmatan (12m)

Jalan tempatan kawasan perumahan.

Landskap bagi Jalan Persekutuan 1 F1 memerlukan landskap yang

sempurna bagi mewujudkan persekitaran yang lebih nyaman dan

selesa kepada pemandu kenderaan yang melalui kawasan ini.

Penanaman pokok di kawasan ini perlulah pokok-pokok yang

memberi teduhan dan imej bagi kawasan peranginan dan

kawasan taman rimba.

Pokok-pokok di laluan 40m hendaklah ditanam di dalam keadaan

lurus bagi membentuk `avenue' dan mempunyai pandangan

yang jauh. Manakala penanaman pokok di sepanjang rezab jalan

20m dan jalan 12m diperlukan bagi pengindahan jalan ini. Rizab

landskap 2.5m dicadangkan bagi penanaman pokok yang

bersesuaian. Contoh jenis tanaman yang bersesuaian termasuklah

roystonea regia (royal palm), tectona grandis (jati), mesua ferrea

(penaga lilin) dan lain-lain.

iii.

Landskap Kawasan Pesisiran Sungai Rawang

Pesisiran atau rizab Sungai Rawang yang terletak di blok ini perlu

diperindahkan bagi mewujudkan persekitaran sungai yang lebih

menarik memandangkan sebahagian besar daripada kawasan

pesisiran sungai ini tidak dijaga dan terbiar dilitupi oleh semaksamun.

Pesisiran sungai ini mampu menjadi satu elemen tarikan di

kawasan ini kerana kedudukannya bersebelahan dengan Jalan

Persekutuan 1 yang menjadi laluan utama kawasan ini.

Usaha-usaha pengindahan dan penyelenggaraan yang teratur di

samping menjaga kebersihan sungai dari menjadi tempat

pembuangan sampah perlu dilakukan oleh pihak yang

bertanggungjawab seperti Jabatan Pengairan dan Saliran dan

Majlis Perbandaran Selayang.

Pengekalan tumbuhan semulajadi adalah digalakkan tetapi

memerlukan penyelenggaraan yang teratur agar ianya tidak

menjadi kawasan semak-samun. Antara jenis-jenis tanaman yang

bersesuaian untuk ditanam di kawasan pesisiran sungai adalah

bambusa spp.(buluh), callistemon viminalis (bottle brush), cocos

nucifera (kelapa), eugenia grandis (jambu laut), ficus refusa

(beringin) dan gardenia caricata (cempaka hutan).

iv.

Landskap Kawasan Institusi/Bangunan Awam

Kawasan institusi utama di kawasan ini adalah Kraftangan

Malaysia dan Kem Pengakap Selangor. Di samping itu terdapat

juga cadangan untuk membangunkan Pusat Pengajian

Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di BPK 5.2.

Penyediaan kawasan landskap bangunan awam adalah perlu

bagi memastikan kawasan bangunan tersebut lebih teratur dan

cantik dipandang. Keperluan ruang bagi bangunan awam untuk

tujuan landskap dan kawasan bangunan adalah tertakluk kepada

jenis bangunan.

Penyediaan landskap di kawasan ini juga perlu untuk

pengindahan kawasan bangunan tersebut di samping memberi

suasana yang lebih hijau dan redup. Di antara jenis-jenis pokok

yang bersesuaian untuk ditanam termasuklah bauhinia purpurea

(tapak kuda), ficus microcarpa (jejawi), roystonea regia (palma

raja), plumeria spp. (kemboja) dan pisonia alba (kemudu siam).

3- 66

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!