08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.8.4 Pengangkutan Dan Pengurusan Lalulintas BP 8

i. Tujuan

Cadangan pengangkutan dan lalu lintas di BP 8 bertujuan untuk

meningkatkan aksesibiliti ke kawasan sebelah timur Lebuhraya

Utara Selatan (PLUS).

ii.

Cadangan Jalan Baru

Cadangan jalan baru di BP 8 adalah seperti berikut:-

a. Cadangan Lebuhraya Assam Jawa-Taman Rimba (LATAR).

Cadangan Lebuhraya ini bertujuan untuk meningkatkan aksesibiliti

ke kawasan RTRK.

b. Cadangan Jalan Tempatan.

Cadangan jalan tempatan dengan kelebaran rezab jalan selebar

20 meter menghubungkan pekan Kuang ke Taman Impian Indah.

Cadangan jalan ini akan meningkatkan aksesibiliti ke kawasan di

sebelah barat Lebuhraya Utara Selatan. Cadangan jalan ini juga

akan menyediakan kemudahan perhubungan kepada kawasan

pertanian.

Cadangan jalan baru di blok perancangan ini ditunjukkan di

dalam Rajah 3.59.

Contoh rekabentuk jalanraya tempatan

3.8.5 Alam Sekitar

i. Tujuan

Tujuan cadangan alam sekitar adalah untuk memastikan aktiviti

pertanian yang mesra alam. Pembangunan akan datang yang

terletak berhampiran dengan kawasan kuari perlu menyediakan

zon penampan 500m.

ii.

Cadangan

Rujuk Pelan Subjek Alam Sekitar BP8, Rajah 3.60. Langkah-langkah

pemuliharaan alam sekitar yang dicadangkan untuk BP8 adalah

seperti berikut:

• Zon penampan sekurang-kurangnya 30m perlu disediakan di

antara kawasan sensitif seperti perumahan dan lebuhraya

serta landasan keretapi. Zon penampan boleh digunakan

untuk gunatanah yang kurang sensitif seperti taman rekreasi

atau tempat letak kereta.

• Jalan masuk ke kuari perlu diturap dan dibersihkan untuk

mengurangkan penerbangan habuk.

• Zon penampan sekurang-kurangnya 500 m perlu disediakan di

antara sempadan kawasan kuari dengan perumahan.

• Kawalan hakisan perlu dilaksanakan apabila pembangunan

dijalankan di kawasan curam dan berlereng.

• Kerja-kerja kuari yang dijalankan berhampiran petempatan

orang asli akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara

(habuk dan ekzos kenderaan berat), pencemaran bunyi bising

(letupan dan jentera/lori), pemendakan sungai, gegaran(jika

letupan tidak dijalankan dengan betul). Oleh itu, pihak

Jabatan Hutan perlu mengawasi aktiviti-aktiviti kuari dengan

sempurna untuk memastikan ianya tidak menjejaskan

ketenteraman dan keselamatan penduduk orang asli.

3.8.6 Landskap dan Rekreasi

i. Tujuan

Penyediaan kawasan landskap adalah bertujuan untuk

mewujudkan persekitaran yang lebih menarik kepada sesuatu

kawasan disamping memberi suasana yang lebih selesa dan imej

kepada kawasan tersebut.

Penyediaan kawasan landskap perlulah menyeluruh tetapi

penekanan perlu diberikan kepada kawasan-kawasan yang

sering menjadi tumpuan kawasan persekitaran jalanraya di mana

tumpuan perlu diberikan kepada kawasan persimpangan atau

jalan masuk ke sesuatu kawasan perumahan, kawasan rekreasi,

kawasan perkuburan dan sebagainya.

ii.

Cadangan

Cadangan landskap dan rekreasi di BP8 akan ditumpukan di

kawasan-kawasan tersebut:-

• Landskap Kawasan Perumahan

• Landskap Kawasan Perindustrian

• Landskap Persekitaran Jalanraya

• Landskap Laluan Keretapi/Komuter

Zon penampan perlu disediakan di antara kawasan sensitif

seperti perumahan dan landasan keretapi

a. Landskap Kawasan Perumahan

Kawasan perumahan di BP8 tertumpu di bahagian selatan blok ini.

Antara perumahan tradisi yang terdapat di sini adalah Kampung

Tersusun Kampung Matang Pagar dan petempatan orang asli

Kampung Ulu Kuang.

Manakala pembangunan perumahan terancang di kawasan ini

adalah sebahagian daripada pembangunan Taman Bukit

Rahman Putra Taman Sri Putra, Taman Impian Indah, Taman

Saujana Akasia dan projek perumahan yang dimajukan oleh

pemaju Genting Jelas Sdn.Bhd.

Penyediaan landskap yang teratur di kawasan perumahan

adalah penting bagi mewujudkan kawasan penempatan yang

lebih terancang, tersusun dan selesa didiami. Bagi mewujudkan

imej yang baik bagi sesuatu kawasan perumahan, digalakkan

menanam satu jenis pokok bagi setiap jalan perumahan.

3- 90

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!