08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Draf Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.1.4 Kemudahan Masyarakat

i. Tujuan

Penyediaan kemudahan masyarakat seperti kemudahan

pendidikan, keagamaan, kesihatan dan dewan adalah bertujuan

memenuhi keperluan penduduk. Penyediaan kemudahan ini

adalah berdasarkan kepada garispanduan dan piawaian

perancangan yang telah ditetapkan.

ii.

Cadangan

Cadangan kemudahan masyarakat di BP1 (Rawang Tengah)

adalah melibatkan penambahan unit-unit kemudahan baru dan

menaikkan taraf kemudahan sediada. Pada masa kini

kemudahan-kemudahan utama yang terdapat di kawasan ini

adalah balai polis, balai bomba, pusat kesihatan, pejabat pos,

TELEKOM dan Pejabat Perhutanan.

Namun demikian sebahagian daripada kemudahan termasuklah

balai bomba dan Pejabat Perhutanan akan dipindahkan ekoran

daripada pembangunan Bandar Baru Rawang. Balai bomba akan

dipindahkan ke kawasan Perindustrian Rawang Bersepadu yang

terletak di BP4 manakala Pejabat Perhutanan dipindahkan ke

kawasan Rawang Perdana di BP2. Lain-lain kemudahan yang

terdapat di BP1 adalah tokong cina, kuil hindu, gereja, tadika dan

balairaya.

3.1.5 Pengangkutan Dan Pengurusan Lalu Lintas

i. Tujuan

Cadangan sistem pengangkutan dan lalu lintas di BP 1 adalah

bertujuan untuk :-

• Mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu

puncak di pusat bandar Rawang.

• Meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya.

• Menyediakan sistem jalan raya yang menyeluruh dalam

menghubungkan kawasan - kawasan pembangunan dan

penempatan.

• Menyediakan sistem pengangkutan awam yang menyeluruh

dan efisyen bagi menggalakkan penggunaannya.

• Menyediakan laluan pejalan kaki yang menyeluruh dan

mengintegrasikannya dengan kawasan-kawasan tumpuan di

samping mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor di

pusat bandar

ii.

Cadangan Jalan Baru

Jalan baru yang dicadangkan di BP 1 adalah seperti berikut:-

Cadangan jalan ini merupakan jalan berkembar 2 lorong dengan

kelebaran rezab jalan selebar 40 meter. Persimpangan di

sepanjang laluan ini juga akan direkabentuk dengan baik untuk

mengelakkan kesesakan dan kemalangan jalan raya. Loronglorong

di persimpangan perlu dibina secukupnya mengikut

piawaian yang telah disediakan oleh JKR.

c. Cadangan Jalan Tempatan.

Cadangan jalan tempatan dengan rezab jalan selebar 20 meter

adalah dicadangkan di kawasan pembangunan 'infill'. Ianya

bertujuan untuk meningkatkan aksesibiliti ke kawasan

penempatan seperti Taman Hijau. Cadangan jalan ini juga akan

menjadi laluan alternatif yang akan menghubungkan lalu lintas

dari Bukit Rawang Jaya dan kawasan utara ke pusat bandar

Rawang atau sebaliknya.

Cadangan jalan baru di BP 1 ditunjukkan di dalam Rajah 3.5

manakala cadangan rekabentuk persimpangan ditunjukkan di

dalam Rajah 3.6.

iii.

Cadangan Pelebaran Jalan

Cadangan pelebaran jalan di BP 1 adalah cadangan pelebaran

Jalan Persekutuan 1 (Jalan Rawang-Serendah) dan Jalan Negeri

B27 (Jalan Rawang-Batu Arang) kepada jalan berkembar 2 lorong

dengan rezab jalan selebar 40 meter.

Cadangan tambahan kemudahan di BP1 termasuklah tadika,

klinik, dewan serbaguna dan dewan orang ramai. Rujuk Jadual 3.1

dan Rajah 3.4.

Cadangan kemudahan ini adalah berdasarkan kepada

keperluan penduduk dan agihan bilangan kemudahan ini dibuat

berdasarkan kepada Blok Perancangan Kecil (BPK). Cadangan ini

merupakan keperluan kemudahan yang diperlukan dan

terpulang kepada pihak yang berkenaan untuk membangunkan

kemudahan yang dinyatakan di dalam jangkamasa

perancangan.

Bagi pembangunan komited, terdapat dua buah surau

dicadangkan iaitu di BPK1.1 dan BPK1.2. Bagi penampung

keperluan pendidikan penduduk BP 1, rizab sekolah rendah seluas

6 ekar turut dicadangkandi BP1.2 iaitu di Taman Sri Hijau.

a. Cadangan Jalan Pintas 'Bypass' Bandar Rawang (projek

komited)

Cadangan jalan ini merupakan jalan berkembar dua lorong

dengan kelebaran rezab jalan selebar 40 meter. Jalan pintas ini

bertujuan untuk mengagihkan lalu lintas terus dari arah Selayang

ke Serendah atau sebaliknya dari menggunakan Jalan

Persekutuan 1(F1) (Jalan Rawang-Serendah) yang merentasi pusat

bandar Rawang. Rekabentuk persimpangan di sepanjang laluan

ini adalah mengikut piawaian JKR.

b. Cadangan Jalan Pintas Menghubungkan Jalan

Persekutuan 1 (Jalan Rawang-Serendah) ke Lebuhraya

Utara Selatan (PLUS) dan Jalan Negeri B27 (Jalan Rawang-

Batu Arang).

Cadangan jalan pintas ini bertujuan untuk mengagihkan lalu lintas

terus yang melalui pusat bandar Rawang terutamanya melibatkan

lalu lintas dari arah Selayang ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

dan Kuala Selangor.

Cadangan pelebaran jalan ini bertujuan untuk meningkatkan

kapasiti jalan sediada bagi menampung pertambahan lalu lintas

pada masa hadapan. Persimpangan di sepanjang jalan ini juga

perlu dipertingkatkan seperti simpang ke Bukit Rawang Jaya.

Cadangan pelebaran jalan di BP 1 ditunjukkan di dalam Rajah 3.5

manakala cadangan pembaikan rekabentuk persimpangan

ditunjukkan di dalam Rajah 3.6.

iv.

Cadangan Skim Pengurusan Lalu Lintas Di Pusat Bandar

Rawang

a. Aliran Lalu Lintas

Sistem sirkulasi lalu lintas adalah penting dalam setiap kawasan

bandar. Oleh itu, bagi melicinkan perjalanan lalu lintas di kawasan

bandar, cadangan sistem jalan sehala perlu diperluaskan di pusat

bandar Rawang.

3- 6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!