08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Draf Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.1.6 Alam Sekitar

i. Tujuan

Cadangan alam sekitar bertujuan untuk mewujudkan persekitaran

bandar yang sihat. Isu alam sekitar utama ialah pencemaran

udara dan bunyi bising daripada lalulintas kenderaan. Perhatian

khusus patut diberi kepada keperluan zon penampan dan isu

pencemaran udara daripada kenderaan.

ii.

Cadangan

Setiap pembangunan baru perlu mengikut semua garispanduan

perancangan bandar yang terkini berkaitan dengan zon

penampan untuk mengurangkan pencemaran bunyi bising, bau,

udara dan sebagainya. Rujuk Rajah 3.8.

Langkah-langkah pemuliharaan alam sekitar yang dicadangkan

untuk BP1 adalah seperti berikut:

• Aliran lalulintas perlu dikurangkan untuk mengurangkan

pencemaran udara di pusat bandar. Sistem pengangkutan

awam harus diberi perhatian sewajarnya dalam perancangan

fizikal kawasan perumahan dan perdagangan.

• Bengkel berselerak di tepi Laluan Persekutuan 1 perlu

ditempatkan semula di BPK1.3. Pembangunan industri di

BPK1.3 harus dilengkapi dengan kawalan pencemaran yang

berkesan. Industri harus menuju ke proses kering dan

pelepasan sifar ("zero emission"). Pengurusan sisa pepejal yang

berkesan perlu dilaksanakan.

• Zon penampan untuk kawasan industri BPK1.3 perlu disediakan

untuk mengurangkan pencemaran bunyi bising.

• Zon penampan perlu disediakan di antara landasan keretapi

dan kawasan sensitif seperti perumahan untuk mengurangkan

pencemaran bunyi bising.

• Air sisa daripada kawasan komersial seperti restoran dan pasar

tidak dibenarkan dibuang terus kepada sistem perparitan,

tetapi harus disalurkan kepada sistem pembetungan untuk

dirawat. Sistem perparitan sepatutnya dikhaskan untuk

mengalirkan air hujan sahaja yang dirawat sebelum

dilepaskan ke sungai.

• Semua pelepasan air sisa harus mematuhi Piawaian A kerana

seluruh kawasan RTRK terletak di hulu takat pengambilan air di

Sg. Selangor.

3.1.7 Landskap, Rekreasi dan Rekabentuk Bandar

i. Tujuan

Penyediaan kawasan landskap adalah bertujuan untuk

mewujudkan persekitaran yang lebih menarik kepada sesuatu

kawasan disamping memberi suasana yang lebih selesa dan imej

kepada kawasan tersebut.

Penyediaan kawasan landskap perlulah menyeluruh tetapi

penekanan perlu diberikan kepada kawasan-kawasan yang

sering menjadi tumpuan seperti kawasan pusat Bandar Rawang,

kawasan persekitaran jalanraya di mana tumpuan perlu diberikan

kepada kawasan persimpangan atau jalan masuk ke sesuatu

kawasan perumahan, kawasan rekreasi, kawasan perkuburan dan

sebagainya.

ii.

Cadangan

Cadangan landskap di BP1 ditumpukan kepada kawasankawasan

berikut :-

a. Kawasan Pusat Bandar Rawang

Kawasan pusat bandar Rawang termasuk Bandar Rawang

sediada dan Bandar Baru Rawang. Cadangan landskap di

kawasan ini akan menjadi sebahagian daripada komponen

rekabentuk bandar di mana imej antara bandar lama dan

bandar baru akan diintegrasikan bagi mengelakkan

percanggahan imej yang keterlaluan terutama dari segi

rekabentuk bangunan lama dan baru.

Penyediaan landskap kejur dan lembut yang bersesuaian amat

penting di kawasan pusat bandar untuk mewujudkan suasana

pusat bandar yang lebih harmoni dan selesa dikunjungi. Rajah 3.8

menunjukkan pelan subjek bagi cadangan landskap, rekreasi dan

rekabentuk bandar.

b. Kawasan perumahan

Terdapat tiga taman perumahan di BP1 iaitu Taman Hijau, Taman

Sri Hijau dan Taman Hijau Baru dan sebuah kampung iaitu Kg. Lim

Tan. Penyediaan landskap yang teratur di kawasan perumahan

akan mewujudkan petempatan yang lebih terancang, tersusun

dan selesa didiami. Bagi mewujudkan imej bagi kawasan

perumahan, digalakkan menanam satu jenis pokok bagi setiap

jalan perumahan.

Pokok-pokok yang digalakkan adalah dari jenis yang memberi

teduhan, berbunga dan tidak terlalu besar saiznya seperti

bauhinia purpurea (tapak kuda), ixora sunkist (siantan) dan

sebagainya.

c. Kawasan perindustrian

Fungsi utama kawasan landskap di kawasan perindustrian adalah

sebagai zon penampan iaitu sebagai ruang pemisah antara

kegunaan industri dengan lain-lain gunatanah seperti perumahan

atau perniagaan. Kawasan industri utama terletak di BPK 1.3 iaitu

Taman Perindustrian Hijau dan Cadangan Kawasan Perindustrian

PKNS.

Bagi kawasan industri lot-lot sesebuah, ruang penanaman pokok

perlu disediakan bagi pengindahan kawasan pintu masuk, tempat

letak kereta, sekitar pejabat atau kilang serta taman kecil untuk

kegunaan tempat berehat kakitangan. Penggunaan landskap

kejur mestilah direkabentuk dan digabungkan dengan elemen

landskap lembut.

Pemilihan tanaman hendaklah yang bertekstur padat, permukaan

daun yang berbulu dan berair supaya dapat mengurangkan

kesan bunyi dan penyerapan habuk. Antara contoh -contoh

pokok yang bersesuaian adalah Baphia Nitida, Cassia Spectabilis

(Yellow cassia), Medang teja, kayu manis, wild cinnamon dan

sebagainya.

d. Kawasan Persekitaran Jalanraya

Landskap persekitaran jalanraya memainkan peranan penting

untuk mewujudkan persekitaran jalanraya yang lebih redup,

selesa dan nyaman. Penyediaan penanaman landskap bagi

persekitaran jalanraya boleh menentukan fungsi sesuatu kawasan.

Terdapat 3 hirarki utama jalan di BP1 iaitu :

• Jalan Pengagih Utama (40m)

Pelebaran Jalan Persekutuan 1 dan cadangan Jalan Pintas

Bandar Rawang.

• Jalan Pengagih Sekunder (20m)

Jalan utama sediada di kawasan pusat bandar Rawang dan

kawasan perumahan

3- 12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!