08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.3.6 Alam Sekitar

i. Tujuan

Cadangan alam sekitar bertujuan untuk memelihara Sg. Rawang

serta mewujudkan kawasan perumahan yang selesa. Masalah

alam sekitar utama yang dijangka ialah pencemaran air sungai

serta pencemaran bunyi bising dan udara daripada jalan raya.

Rujuk Rajah 3.28.

ii.

Cadangan

Langkah-langkah pemuliharaan alam sekitar yang dicadangkan

untuk BP3 adalah seperti berikut:

• Loji-loji rawatan kumbahan perlu diselenggara dengan baik

untuk mematuhi Piawaian A. Kualiti air sungai perlu dijaga

kerana kawasan RTRK terletak di hulu takat pengambilan di Sg.

Selangor. Tanaman pokok dan hadangan lembut boleh

disediakan di zon penampan loji rawatan kumbahan.

• Air sisa daripada kawasan perdagangan seperti restoran dan

pasar tidak dibenarkan dibuang terus kepada sistem

perparitan, tetapi harus disalurkan kepada sistem

pembetungan untuk dirawat. Sistem perparitan sepatutnya

dikhaskan untuk mengalirkan air hujan sahaja yang tidak

dirawat sebelum dilepaskan ke sungai.

• Rizab Sg. Rawang hendaklah diwartakan sebagai koridor hijau.

Rizab sungai bertindak sebagai zon penampan yang

melindungi sungai dan mengekalkan persekitaran asli sungai

serta menapis air larian permukaan sebelum memasuki sungai.

Garispanduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai

oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu digunapakai

untuk menyediakan zon penampan sungai dan memastikan

pembangunan baru menghadapkan sungai. Perangkap

sampah perlu dipasang di hujung parit sebelum parit itu

bertemu sungai. Sistem pengutipan sisa pepejal perlu

diperbaiki supaya penduduk tidak membuang sampah ke

dalam sungai.

• Industri yang terletak di rizab sungai dan mencemarkan sungai

perlu ditempatkan semula.

• Kuari di kawasan bukit di BPK3.3 hendaklah ditutup apabila

lesen kuari itu tamat.

3.3.7 Landskap dan Rekreasi

i. Tujuan

Penyediaan kawasan landskap adalah bertujuan untuk

mewujudkan persekitaran yang lebih menarik kepada sesuatu

kawasan disamping memberi suasana yang lebih selesa dan imej

kepada kawasan tersebut. Penyediaan kawasan landskap

perlulah menyeluruh tetapi penekanan perlu diberikan kepada

kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan seperti kawasan

pusat Bandar Rawang, kawasan persekitaran jalanraya di mana

tumpuan perlu diberikan kepada kawasan persimpangan atau

jalan masuk ke sesuatu kawasan perumahan, kawasan rekreasi,

kawasan perkuburan dan sebagainya. Rujuk Rajah 3.28

ii.

Cadangan

Cadangan landskap dan rekreasi di BP 3 (Rawang Selatan)

sepertimana lain-lain blok akan merangkumi kawasan landskap

seperti:-

• Landskap Kawasan Perumahan

• Landskap Kawasan Perniagaan

• Landskap Kawasan Perindustrian

• Landskap Persekitaran Jalanraya

• Landskap Kawasan Laluan Keretapi

• Landskap Kawasan Pesisiran Sungai

i. Landskap Kawasan Perumahan

Terdapat taman perumahan dan beberapa perkampungan di

BP3 (Rawang Selatan) seperti Taman Dato’ Lim Kim Sai, Kampung

Muhibbah dan Kampung Bukit Kelapa. Kedudukan Kampung Bukit

Kelapa agak terasing daripada kawasan penempatan lain dan

dikelilingi oleh kawasan perindustrian. Penyediaan zon penampan

diperlukan di kawasan ini untuk memisahkan kawasan

perindustrian dan kawasan perumahan di mana penanaman

landskap yang bersesuaian diperlukan di kawasan ini.

Kampung Bukit Kelapa yang terletak berhampiran

kawasan perindustrian memerlukan landskap

zon penampan

Penyediaan landskap yang teratur di kawasan perumahan

adalah penting bagi mewujudkan kawasan petempatan yang

lebih terancang, tersusun dan selesa didiami. Bagi mewujudkan

imej yang baik bagi sesuatu kawasan perumahan, digalakkan

menanam satu jenis pokok bagi setiap jalan perumahan.

Digalakkan pokok-pokok adalah dari jenis yang memberi

teduhan, berbunga dan tidak terlalu besar saiznya.

Di antara contoh pokok-pokok yang sesuai untuk ditanam di tepi

jalan kawasan perumahan adalah pokok bauhinia purpurea

(tapak kuda), casuarina nobile (ru bukit), gardenia caricata

(cempaka hutan) dan tanaman untuk halaman rumah adalah

acalypha siamensis (daun the), allamanda cathartica (golden

trumpet), hibiscus spp.(bunga raya), murraya paniculata

(kemuning) dan pisonia alba (kemudu).

ii.

Landskap Kawasan Perniagaan

Beberapa kawasan perniagaan dicadangkan di BP3 iaitu

kawasan perniagaan di pesisiran Sungai Rawang dan kawasan

perniagaan yang terletak berhadapan dengan Jalan Persekutuan

1 iaitu di bahagian utara blok ini.

Kawasan perniagaan ini perlu dilandskapkan dengan landskap

yang bersesuaian bagi memberi teduhan dan suasana kehijauan

di kawasan perniagaan. Penyediaan landskap ini perlu

diintegrasikan dengan lain-lain komponen 'streetscape' seperti

laluan pejalan kaki, lampu jalan, tempat letak kereta dan

sebagainya.

• Zon penampan lebuh raya dan landasan keretapi perlu

disediakan untuk mengurangkan kesan pencemaran udara

dan bunyi bising.

Antara jenis pokok yang bersesuaian untuk kawasan perniagaan

termasuklah Cyrtostachys lakka (pinang merah), Cassia fruticosa

(droopy cassia) dan ixora javanica (siantan).

3- 42

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!