08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.6 Blok Perancangan 6 (Kanching - Lagong)

3.6.1 Perumahan

i. Tujuan

Tujuan pembangunan perumahan adalah untuk memastikan

pembangunan perumahan di dalam kawasan perumahan baru

di BPK6.5 dapat dijalankan dengan teratur dan tidak secara 'adhoc'

serta mengambilkira sensitiviti kawasan sekitar.

Antara kemudahan-kemudahan yang sesuai dibangunkan di

kawasan hutan yang dikenalpasti untuk tujuan rekreasi adalah:

• Trek pejalan kaki

• Pondok rehat

• Tapak perkhemahan

• Taman permainan kanak-kanak

• Tong sampah dan sistem pengumpulan sampah

• Tandas awam

• Papan tanda

ii.

Cadangan

Skim perumahan baru dicadangkan di BPK 6.5. Namun demikian,

syarat-syarat berikut perlu dipenuhi sebelum pembangunan

perumahan dijalankan di kawasan ini iaitu :

Pihak MPS dan Jabatan Perhutanan perlu bekerjasama untuk

memastikan pembangunan dan penggunaan sumber hutan yang

mampan dan berfaedah. Peningkatan nilai hutan ini sebagai

tarikan rekreasi dan pelancongan tempatan mahupun asing perlu

dijadikan teras pembangunan di sini.

• Kepadatan pembangunan perumahan yang dicadangkan

adalah berkepadatan rendah dan jenis perumahan yang

digalakkan adalah rumah sesebuah, berkembar dan teres.

• Menyediakan kemudahan awam yang mencukupi

• Tapak pembangunan hendaklah mempunyai kecerunan yang

kurang daripada 25 darjah

3.6.2 Alam Sekitar

i. Tujuan

Cadangan alam sekitar bertujuan untuk memelihara kawasan

rizab hutan yang luas dan memastikan sumber asli digunakan

secara mampan. Aktiviti rekreasi terkawal dicadangkan di

beberapa tempat di kawasan hutan ini. Kuari perlu diawasi untuk

mengelakkan masalah pencemaran dan keselamatan.

ii.

Cadangan

Langkah-langkah pemuliharaan alam sekitar yang dicadangkan

untuk BP6 adalah seperti berikut:

Rizab hutan perlu dikekalkan untuk tujuan seperti rekreasi,

pendidikan, penyelidikan, pemuliharaan tanah dan tadahan air.

Menurut Rancangan Struktur MPS, hanya pembangunan yang

tidak menjejaskan keaslian dan keadaan semulajadi hutan ini

dibenarkan. Pembangunan kemudahan pelancongan perlu

sesuai dengan keadaan setempat dan tidak merosakkan keaslian

hutan. Keupayaan tampung kawasan hutan harus diberi

perhatian dan tidak dilampaui. Kegiatan rekreasi dan

pelancongan di rizab hutan perlu dikawal supaya tidak

merosakkan hutan.

Kawasan hutan simpan semulajadi perlu dikekalkan untuk

menyeimbangkan ekosistem alam

• Penyelenggaraan kemudahan rekreasi awam perlu

dipertingkatkan untuk membolehkan utiliti hutan digunakan

sepenuhnya.

• Kualiti air sungai yang bersih perlu dikekalkan. Air terjun boleh

dijadikan tarikan pelancongan jika dijaga dan dipromosikan

dengan giat.

• Kawasan tadahan air untuk Loji Pembersihan Air Sg. Rangkap

perlu dikekalkan dan dilindungi. Sumber air minum ini yang

bernilai patut dikekalkan untuk memastikan bekalan air minum

yang berterusan. Selain itu, kualiti air sungai di sungai-sungai

lain juga perlu dijaga kerana seluruh kawasan RTRK terletak di

hulu takat pengambilan air di Sg. Selangor.

• Bukit Takun perlu dipulihara sebagai khazanah geologi dan ciri

unik yang menambahkan nilai estetik kepada kawasan ini. Zon

penampan 50 m perlu disediakan di sekeliling tapak bukit batu

kapur ini.

• Semasa pembinaan lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah

(LE KLAS) yang merentasi hutan, langkah-langkah kawalan

pencemaran perlu diambil untuk mengurangkan kesan negatif

kepada Hutan Lipur Kanching. Jajaran lebuhraya ini sebaikbaiknya

mengelakkan kawasan tadahan Sg. Chul Tinggi dan

air terjun. Lebuh raya ini harus mengikut sistem tertutup dan

pembangunan di kawasan hutan di sepanjang lebuh raya

tidak dibenarkan.

• Pengusaha kuari hendaklah menyediakan dan melaksanakan

pelan pengurusan alam sekitar, termasuk pemantauan kualiti

udara, bunyi bising, getaran dan kualiti air. Langkah-langkah

pencegahan dan kawalan hakisan perlu diambil untuk

melindungi sungai.

• Pembukaan kuari baru tidak disyorkan demi pemuliharaan

tanah dan hutan. Rujuk Rajah 3.46.

3- 70

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!