01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

126

Penyata Tadbir Urus Korporat

Untuk melengkap dan menyediakan Tenaga Nasional Berhad (TNB atau

Syarikat) dengan daya ketahanan bagi menghadapi cabaran-cabaran

persekitaran semasa, perubahan ekonomi yang mendadak dan

mendesak, kos bahan dan operasi yang berubah-ubah, adalah penting

bagi proses dan struktur kawalan dalaman dikaji dan dipertingkatkan dari

masa ke semasa agar pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan boleh

menjalankan tugasan mereka untuk memastikan nilai-nilai yang dijanjikan

kepada pemegang saham dipenuhi. Berikut adalah perkara-perkara

utama bagi inisiatif amalan pentadbiran korporat yang baik untuk diambil

kira bagi tahun di bawah kajian.

Satu kajian semula ke atas fungsi dan

peranan pejabat Presiden/Ketua Pegawai

Operasi untuk memastikan tumpuan ke

atas isu strategik dan untuk menyelaraskan

semua aktiviti per niagaan telah

diluluskan oleh pihak Lembaga Pengarah

pada bulan Disember 2007. Tiga buah

Bahagian baru iaitu Hal Ehwal Korporat,

Perancangan dan Perolehan telah

diwujudkan hasil dari kajian semula

tersebut, Struktur organisasi yang

disusun semula boleh dilihat di muka

surat 118 Laporan Tahunan ini.

Di awal Tahun Kewangan, pihak

Lembaga telah meluluskan penubuhan

satu Jawatankuasa Eksekutif Perolehan

Bahan Api yang bertanggungjawab

untuk membuat keputusan melibatkan

pembelian bahan api, terutamanya

arang batu, untuk menjamin bekalan

bahan api ke stesen janakuasa dan

seterusnya dapat menghalang gangguan

operasi bekalan elektrik harian oleh

sistem penjanaan kuasa.

Komposisi dalam Lembaga Pengarah

diperkasakan lagi oleh perlantikan Tan

Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob yang

membawa bersamanya latar belakang

bertauliah sebagai seorang ahli

perundangan di Malaysia. Beliau dikenali

sebagai seorang yang berwibawa dan

ahli profesional yang tersohor.

Pengetahuan serta pengalaman nya

dalam bidang perundangan akan dapat

dimanfaatkan oleh Lembaga sebelum

sebarang keputusan dibuat.

Pihak Lembaga Pengarah juga telah

menggariskan perkara-perkara yang

boleh diwakilkan dalam membuat

sesuatu keputusan serta perkara yang

hanya boleh diputuskan oleh pihak

Lembaga Pengarah melalui penggunaan

Had Kuasa (LOA). LOA sentiasa dikaji

dan telah diguna pakai oleh Anak-anak

syarikat. Ia melibatkan isu kewangan

dan isu bukan kewangan dan had kuasa

ini adalah untuk mengesyor dan

meluluskan aktiviti operasi dan

pengurusan syarikat sebelum ianya

dijalankan. LOA ialah satu komponen

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!