01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

196

Nota Kepada Penyata Kewangan

2 ringkasan Dasar perakaunan utama (samb.)

(y) geran pembangunan kerajaan

Geran pembangunan kerajaan berkaitan dengan pembinaan hartanah, loji dan kelengkapan adalah termasuk dalam

tanggungan jangka panjang dan dikreditkan kepada penyata pendapatan berasaskan kaedah lurus sepanjang tempoh

15 tahun.

(z) tanggungan luar jangka

Kumpulan tidak mengiktiraf tanggungan luar jangka tetapi mendedahkan kewujudannya dalam penyata kewangan.

Tanggungan luar jangka adalah obligasi yang mungkin, timbul daripada peristiwa lalu yang kewujudannya akan

disahkan oleh masa depan tidak pasti yang di luar kawalan Kumpulan ataupun obligasi semasa yang tidak diiktiraf

disebabkan tidak mungkin adanya sumber aliran keluar diperlukan untuk melaksanakan obligasi terbabit.

(aa) pengiktirafan hasil

Jualan adalah diiktiraf apabila nilai yang diinvoiskan bagi perkhidmatan disediakan selepas pelarasan bil.

Pendapatan operasi lain yang diperoleh oleh Kumpulan dan Syarikat terdiri daripada pendapatan faedah dan pajakan

serta pendapatan dividen. Pendapatan faedah dan pajakan diakru, kecuali jika kutipannya meragukan. Pendapatan

dividen diiktiraf apabila hak para pemegang saham untuk menerima bayaran disahkan.

Pendapatan faedah diiktiraf berdasarkan ukuran tempoh yang juga mengambil kira penyerahan yang memberi kesan

ke atas aset.

(ab) mata wang asing

(i) Mata wang fungsian dan pengemukaan

Item disertakan dalam penyata kewangan bagi setiap entiti diukur menggunakan mata wang persekitaran ekonomi

utama di mana entiti beroperasi (‘mata wang fungsian’). Penyata kewangan dikemukakan dalam Ringgit Malaysia,

yang merupakan mata wang fungsian dan pengemukaan Syarikat.

(ii) Transaksi dan keseimbangan

Urus niaga mata wang asing ditukar kepada mata wang fungsian menggunakan kadar pertukaran yang berkuat

kuasa pada tarikh urus niaga. Aset dan tanggungan monetari dalam mata wang asing ditukar pada kadar

pertukaran yang ditentukan pada tarikh kunci kira-kira. Semua perbezaan pertukaran diuruskan menerusi penyata

pendapatan.

(iii) Syarikat kumpulan

Keputusan dan kedudukan kewangan semua entiti kumpulan (tiada mana-mana yang mempunyai mata

wang ekonomi inflasi melampau), yang mempunyai mata wang fungsian yang berbeza daripada mata wang

pengemukaan, telah ditranslasikan kepada mata wang pengemukaan seperti berikut:

• aset dan tanggungan bagi setiap kunci kira-kira dikemukakan adalah yang telah ditranslasikan mengikut

kadar tutup pada tarikh kunci kira-kira;

• pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap penyata pendapatan ditranslasi pada kadar tukaran purata

(melainkan purata ini bukan satu anggaran munasabah kesan kumulatif kadar utama pada tarikh transaksi,

dalam kes di mana pendapatan dan perbelanjaan ditranslasikan pada kadar tarikh transaksi berkenaan);

dan

• kesemua perbezaan yang wujud diiktiraf sebagai satu komponen berasingan ekuiti.

Sebaik disatukan, perbezaan tukaran yang terbit daripada translasi pelaburan bersih dalam operasi asing dibawa

kepada ekuiti para pemegang saham. Apabila sesuatu operasi asing dijual sebahagiannya ataupun sepenuhnya,

perbezaan tukaran yang direkodkan dalam ekuiti diiktiraf dalam penyata pendapatan sebagai sebahagian

daripada keuntungan atau kerugian ke atas jualan.

Penyesuaian muhibah dan nilai saksama yang timbul ekoran pengambilalihan sesebuah entiti asing dianggap

sebagai aset dan tanggungan entiti asing dan ditranslasikan pada tarikh tutup.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!