01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

translasi matawang sebanyak RM469.6

juta. Ini mengakibatkan keuntungan

translasi matawang bersih sebanyak

hanya RM53.2 juta bagi keseluruhan

tahun TK2008. Matawang yang lemah

juga menyebabkan harga arang batu

serta kos barangan, peralatan,

perkhidmatan serta kadar faedah

meningkat pada separuh akhir tahun

ini.

Dalam tempoh empat tahun yang lalu,

usaha Syarikat untuk menyediakan

perkhidmatan yang berkualiti kepada

pelanggan, di samping memberikan

nilai atau pulangan kepada pemegang

saham, telah menghasilkan nilai

penjimatan berjumlah RM2.6 bilion atau

lebih kurang RM652.8 juta pada kadar

purata tahunan. Malangnya, ketidaktentuan

dalam harga pasaran arang

batu bagi TK2008 telah mengakibatkan

peningkatan sebanyak RM1.3 bilion di

dalam kos pembelian arang batu TNB

serta menjejaskan keuntungan bagi

tahun tersebut. Berikutan margin

keuntungan operasi yang lebih rendah,

TNB merekodkan kerugian ekonomi

(economic loss) sebanyak RM2.0 bilion

bagi TK2008 berbanding dengan

kerugian ekonomi sebanyak RM741.4

juta pada TK2007.

Kearah Kecemerlangan

Perkhidmatan

Bagi TK2008, TNB masih meneruskan

Pelan Tindakan Strategik 20 Tahun.

Dirumuskan dalam tahun 2005, Pelan ini

merangka arah tuju strategi TNB bagi

jangkamasa 2006-2025. Setelah tamat

fasa pertama iaitu Strategi T7 yang

berakhir pada tahun TK2007, fasa

seterusnya iaitu Program SE10/10

sekarang sedang berjalan lancar.

Di bawah program SE10/10, yang

menggariskan bahawa TNB akan

mencapai Kecemerlangan Perkhidmatan

pada tahun 2010, TNB akan berusaha

untuk menjadi syarikat yang diuruskan

dengan terbaik menjelang 2010 serta

diiktiraf sebagai antara syarikat

terkemuka di rantau ini. Matlamat jangka

p a n j a n g k i t a a d a l a h m e n e r a j u i

kepimpinan global dalam berbagai

aspek perniagaan menjelang tahun

2025, di samping mengukuhkan

kedudukan sebagai sebuah rakan bisnes

yang kuat serta meneraju dalam

membentuk nilai atau pulangan kepada

pemegang-pemegang saham. TNB

bercita-cita untuk dikenali sebagai salah

satu syarikat yang terunggul di dunia.

SE10/10 memerlukan komitmen Syarikat

untuk membina kesetiaan pelanggan

dan pemegang saham, meningkatkan

kecemerlangan perkhidmatan serta

keberkesanan operasi, di samping

memperluaskan perniagaan, di dalam

dan luar negara.

Walaupun mengalami tekanan faktor

luaran ke atas operasi Kumpulan, TNB

masih berjaya mencapai pelbagai

objektif strategik di bawah program

SE10/10. Malahan, usaha kita untuk

terus meningkatkan kadar kecekapan

dan produktiviti telah membuahkan hasil

d e n g a n p e n e r i m a a n a n u g e r a h

pengurusan kualiti yang terunggul, iaitu

Anugerah Perdana Menteri bagi

Kecemerlangan Industri. Anugerah ini

diterima dua tahun lebih awal dari tarikh

sasaran 2010.

Bagi memastikan situasi operasi Syarikat

adalah sejajar dengan keperluan bisnes

pada masa hadapan, TNB perlu

mengkaji semula Pelan tersebut dan

menilai semula strategi perlaksanaan

bagi fasa 2011-2015 untuk memperluaskan

perniagaan secara global. Di dalam

program Syarikat melaksanakan Pelan

tersebut, kita masih terus menumpukan

usaha untuk memperbaiki diri agar

dapat memperkukuhkan pertumbuhan

Syarikat secara berterusan serta

menghasilkan lebih nilai atau pulangan

kepada pemegang saham.

Menyediakan Khidmat Pelanggan

yang lebih baik

Salah satu keutamaan dalam program

SE10/10 adalah untuk memberikan

khidmat pelanggan yang lebih baik.

Bagi TK2008, kita telah menumpukan

usaha kita untuk memperbaiki lagi sistem

penyampaian kita menerusi usaha-usaha

yang berorientasikan khidmat pelanggan

yang boleh meningkatkan tahap

kepuasan dan keyakinan pelanggan

kepada TNB.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!