01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

170

Perkhidmatan-Perkhidmatan Lain

– Pengurusan Produktiviti dan Kualiti

Jabatan Pengurusan Produktiviti dan

Kualiti (PQM) bertanggungjawab untuk

meningkatkan produktiviti dan kualiti

secara keseluruhannya dalam TNB serta

mengendalikan program transformasi

korporat. Jabatan ini terdiri daripada

tiga unit iaitu Unit Pengurusan

Perubahan, Unit Pengurusan Polisi dan

Unit Pembangunan Organisasi & Kualiti.

Unit Pengurusan Perubahan

Unit Pengurusan Perubahan (CMU)

m e m b a n t u B a h a g i a n - b a h a g i a n

membangunkan inisiatif-inisiatif penting

serta mencapai sasaran Program

Korporat yang ditetapkan. Objektif unit

ini adalah untuk meningkatkan kadar

k e j a y a a n d e n g a n m e m b a n t u

mengenalpasti dan menghapuskan

sekatan-sekatan dan mengenalpasti

semua intervensi. Jabatan ini juga

b e r t a n g g u n g j a w a b m e m a n t a u

pelaksanaan dan pencapaian inisiatifinisiatif

penting setiap Bahagian di

bawah program transformasi korporat.

TNB sedang berusaha untuk mencapai

kecemerlangan perkhidmatan di bawah

Program Transformasi Kecemerlangan

Perkhidmatan 10/10 (SE10/10) yang

dijadualkan tamat pada 2010. Unit ini

juga membantu setiap Bahagian

m e n c a p a i p e n i n g k a t a n m e l a l u i

pelaksanaan projek-projek khas jangka

pendek dan melalui pengendalian

bengkel dan aktiviti “team building”.

Unit Pengurusan Polisi

Unit Pengurusan Polisi mempunyai

t a n g g u n g j a w a b b e s a r d a l a m

penyelarasan aktiviti-aktiviti Sistem

Pengurusan Kualiti (QMS) TNB mengikut

Skim Pensijilan Sistem SIRIM. Untuk

menunaikan tanggungjawab ini, Unit

Pengurusan Polisi telah menetapkan

objektif-objektif seperti berikut:

• M e m a s t i k a n p e n c a p a i a n d a n

pengekalan piawaian proses dan

penambahbaikan (PSI) dalam TNB

dengan membantu Bahagian/

Jabatan mendokumenkan semua

proses, prosedur dan arahan kerja

mengikut Keperluan Piawaian ISO

9000.

• Memastikan ketersediaan dan

penggunaan polisi-polisi, prosedurprosedur

dan pekeliling terkini di

seluruh TNB.

Untuk menyokong objektifnya, unit ini

telah memainkan peranan seperti

berikut:

A.

B.

PIAWAIAN PROSES DAN

PENAMBAHBAIKAN

(MS ISO 9001:2000)

• Khidmat nasihat dan panduan

kepada Bahagian/Jabatan

mengenai pelaksa naan PSI dan

pengekalannya.

• Membangun dan mengemaskini

kurikulum dan modul

latihan PSI dengan ILSAS

secara berterusan.

PENGUMPULAN POLISI

Menyelaras pengumpulan semua

polisi, prosedur dan pekeliling.

Unit Pembangunan Organisasi

dan Kualiti

Unit Pembangunan Organisasi dan

Kualiti bertanggungjawab dalam mempromosikan

kualiti di seluruh organisasi

melalui inisiatif-inisiatif seperti Anugerah

Kualiti Presiden (AKP), Pasukan

Peningkatan Kerja (WIT), 5S, “team

building” dan lain-lain.

Mulai tarikh kajian, penilaian AKP

diadakan dua tahun sekali. Tempoh

yang lebih lama ini telah memberi TNB

masa yang cukup untuk lebih bersedia

bagi penyertaan pada Anugerah

Kecemerlangan Pengurusan Kualiti

(Kategori 4). Usaha ini telah beroleh

hasil apabila TNB memenangi anugerah

itu dan seterusnya memenangi Anugerah

Kecemerlangan Industri Perdana Menteri

(AKIPM) bagi tahun 2007.

TNB terus menghidupkan tradisi

peningkatan kualiti secara berterusan

khususnya dalam WIT di mana terdapat

kira-kira 700 pasukan WIT yang aktif

dalam Kumpulan dan subsidiarisubsidiarinya.

Bagi TK2007/2008,

pasukan-pasukan WIT telah memenangi

beberapa anugerah seperti berikut:

• anugerah ketua pengarah

perbadanan produktiviti malaysia

– untuk penyertaan dan kejayaan

TNB dalam Konvensyen ICC

Kebangsaan MPC. Anugerah itu

telah diterima oleh Dato’ Abdul

Razak bin Abdul Majid, Naib

Presiden Kanan (Hal Ehwal Korporat)

bagi pihak TNB.

• anugerah prism kategori 1 –

pingat emas – dianugerahkan

kepada WIT EG dari Stesen

Janaelektrik Sultan Iskandar, Pasir

Gudang, Johor di Konvensyen

Kualiti Indonesia 2008 yang diadakan

di Cisarua, Jakarta, Indonesia.

• naib Johan sektor perkhidmatan

dimenangi oleh WIT Impian dari

Stesen Janaelektrik Gelugor, Pulau

Pinang di Konvensyen ICC

Kebangsaan 2008 yang diadakan

pada 19-22 Ogos 2008 setelah

menewaskan 38 pasukan lain dari

seluruh negara.

• anugerah pingat perak kepada WIT

K Power dari Bahagian Pembahagian

Kuala Lipis, Pahang di Konvensyen

QCC Antarabangsa (ICQCC) di

Beijing pada 23-26 Oktober 2007.

TNB terus melaksanakan konsep 5S di

seluruh organisasi untuk mewujudkan

tempat kerja yang selesa dan selamat.

Walaupun konsep ini bukan objektif

utamanya, beberapa unit bisnes telah

dianugerahkan pensijilan 5S daripada

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Selain itu Stesen Janaelektrik Tuanku

Jaafar Port Dickson pula telah dipilih

sebagai pemenang Pengamal 5S

Kebangsaan MPC 2007.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!