01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Sungguhpun kita merasa optimistik

tentang peluang perniagaan di luar

negara, namun TNB perlu mengambil

maklum akan cabaran kelembapan

ekonomi sedunia dan cabaran dalam

mendapatkan bantuan pembiayaan

kewangan kerana pembinaan loji baru

memerlukan pelaburan kewangan yang

besar.

Mara Ke Hadapan

Dunia dijangka akan terus dibebani

tekanan berikutan harga bahan api yang

tidak menentu, serta krisis kewangan

dan ekonomi sedunia.

Walaupun Bajet 2009 pada bulan Ogos

2008 menjangkakan pertumbuhan KDNK

sebanyak 5.4%, Institut Penyelidikan

Ekonomi Malaysia telah meramalkan

KDNK yang lebih rendah iaitu 3.4%

untuk tahun 2009 akibat kesan ekonomi

sedunia yang merudum. Pergolakan

dalam pasaran kewangan sedunia jika

berterusan akan menjejaskan permintaan

global dan secara tidak langsung

melemahkan pertumbuhan ekonomi

serantau termasuklah ekonomi Malaysia.

A k i b a t n y a , p e r t u m b u h a n d a l a m

permintaan elektrik dijangka akan

menurun lebih rendah dari pertumbuhan

6.1% yang dicapai pada tahun TK2008.

Dalam mengorak langkah ke hadapan,

kebimbangan terhadap kenaikan harga

tenaga dan bahan api global,

terutamanya ketidaktentuan dalam harga

arang batu, penambahan pembayaran

kapasiti IPP dan tekanan inflasi akan

terus menjadi cabaran kepada TNB.

Keputusan tahun ini merupakan

manifestasi yang jelas mengenai

fenomena ini.

Selain daripada itu, TNB akan

menghadapi cabaran yang lebih ketara

pada tahun TK2009 apabila Stesen

Janaelektrik Jimah yang berkapasiti

1,400 MW dilancarkan, di mana

pembayaran kapasiti dan rizab tenaga

dinaikkan. Ditambah pula dengan

kelemahan matawang Ringgit, ini akan

mengakibatkan harga bahan api dan

kos perolehan untuk bahan impot,

peralatan dan perkhidmatan yang lebih

tinggi; berserta kenaikan kos faedah ke

atas pinjaman menggunakan US Dollar

dan Yen.

Kedudukan kewangan TNB adalah

bergantung kepada sejauh mana

kenaikan kos pengeluaran elektrik dapat

dipulihkan. Isu kenaikan kos ini juga

akan menjejaskan keupayaan Syarikat

untuk membuat pelaburan masa

hadapan dengan tepat. Walaupun kita

tidak dapat mengubah atau menyakinkan

kuasa pasaran yang mengawal harga

bahan api, kita akan terus memperbaiki

kecekapan operasi bagi mengawal kos

dan menguatkan lagi tahap daya saing

kita. TNB akan sentiasa memberikan

fokus untuk memperkukuhkan kedudukan

kewangan Syarikat dan akan terus

memberi perkhidmatan berkualiti

kepada pelanggan. Pada masa yang

sama, TNB akan terus menjadi

pemangkin kepada kemajuan negara

dan memastikan pulangan ekonomi

yang positif kepada pemegang saham.

Memandangkan keadaan ekonomi

global yang tidak menentu, permintaan

untuk elektrik yang lebih rendah, dan

kos operasi yang lebih tinggi, keadaan

kewangan Kumpulan bagi TK2009

adalah amat mencabar. TNB masih lagi

komited untuk memberikan pelanggan

bekalan elektrik yang mencukupi serta

meningkatkan lagi tahap kecemerlangan

perkhidmatan dan operasi. Syarikat akan

meneruskan usaha SE10/10 bagi

memastikan pertumbuhan Kumpulan

akan terus mara kehadapan.

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan terima

kasih kepada Kerajaan Malaysia,

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi,

Kementerian Kewangan, Kementerian

Industri dan Perdagangan Antarabangsa,

Suruhanjaya Tenaga, Lembaga Kemajuan

Perindustrian Malaysia (MIDA) dan

agensi-agensi Kerajaan yang lain atas

sokongan padu mereka. Ucapan terima

kasih tidak terhingga juga kami tujukan

kepada kesemua pemegang saham

serta pelanggan TNB di atas keyakinan

yang tidak berbelah bagi mereka

terhadap TNB.

S a y a j u g a i n g i n m e r a k a m k a n

penghargaan yang tidak terhingga

kepada kesemua warga kerja TNB di

atas ketahanan dan mutu kerja yang

cemerlang mereka walaupun berhadapan

dengan keadaan operasi yang tidak

menentu. Akhir sekali, penghargaan

tulus ikhlas saya kepada Lembaga

Pengarah di atas kebijaksanaan dan

wawasan mereka. Saya yakin akan terus

mendapat sokongan penuh dari

kesemua pemegang saham TNB dalam

usaha untuk terus maju kehadapan.

DatO’ sri Che khalib

bin mOhamaD nOh

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!