01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

166

program ‘Mobile Cancer Screening’

TNB bekerjasama dengan Majlis Kanser

Negara (MAKNA) menganjurkan satu

program pengesanan awal kanser buah

dada, servikal, prostat dan perut

prasymtomatik menerusi unit-unit

bergerak yang dihantar ke lokasi-lokasi

strategik di seluruh negara. TNB

memberi sokongan kepada program ini

dengan memberi peruntukan sebanyak

RM200,000 setahun untuk selama lima

tahun.

Menjana Mutu Pendidikan

Tanggungjawab Sosial Korporat

TNB percaya bahawa pendidikan mampu

mengubah impian menjadi kenyataan.

Syarikat mempunyai tradisi yang kukuh

dalam melahirkan golongan cerdik

pandai dan penyelidik-penyelidik yang

bertaraf dunia menerusi programprogram

pendidikan dan biasiswa. Ramai

golongan korporat di negara ini

merupakan penerima pemberian

biasiswa TNB dan menikmati kemudahan

pendidikan yang disediakan oleh

Syarikat.

universiti tenaga nasional

Sebagai sebuah institusi pengajian

tinggi, UNITEN mempunyai tanggungjawab

yang besar dan penting dalam

membantu Kerajaan melahirkan individu

yang serba boleh. UNITEN juga

memberi fokus penting dalam aktiviti

penyelidikan dan pembangunan yang

menggalak dan melahirkan budaya

inovasi dan persaingan di kalangan

tenaga akademik dan juga pelajar.

Kerjasama strategik antara UNITEN dan

sektor industri menyediakan akses dan

peluang bagi pelajar dan tenaga

akademik untuk menguasai pengetahuan

malah kepakaran saintifik dan teknikal

yang relevan untuk keperluan industri

dan pasaran.

pintar

PINTAR atau Promoting Intelligence,

Nurturing Talent and Advocating

Responsibility merupakan program

pendidikan di bawah pengendalian

bersama TNB dan Khazanah Nasional

Berhad (Khazanah). Ia bertujuan

memupuk kesedaran pendidikan para

pelajar dari kalangan keluarga miskin.

Tumpuan khas diberi kepada mereka

yang tinggal di Wilayah Ekonomi

Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi

Pantai Timur (ECER) dan Kawasan

Pembangunan Iskandar (IDR).

Pelaksanaan PINTAR adalah selaras

dengan seruan Kerajaan yang menggalakkan

perkongsian swasta-kerajaan

dalam pembangunan pendidikan di

bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan

Bajet 2006. Dua teras utama Misi

PINTAR ialah meningkatkan motivasi

untuk berbelajar di kalangan kanakkanak

dan memastikan persekitaran

pembelajaran yang sesuai.

23 buah sekolah rendah di seluruh negara

telah diterima sebagai sekolah anak

angkat TNB di bawah program ini.

Sebanyak RM520,000 diperuntukkan bagi

tujuan meningkatkan kecemerlangan

akademik pelajar-pelajar sekolah luar

bandar yang akan mengambil peperiksaan

UPSR. Sumbangan ini bertujuan membiayai

yuran tiusyen, mengendalikan sesi-sesi

dialog dengan ibu bapa, menjalankan

kursus-kursus motivasi dan bengkel

pembangunan kemahiran. Sehingga kini,

seramai 2,387 pelajar telah menerima

manfaat dari program ini.

program motivasi/pintar 2008

Program motivasi ini dikendalikan

sepenuhnya oleh penuntut-penuntut

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di

bawah Persatuan Pembimbing Rakan

Sebaya (PRS) bertujuan meningkatkan

semangat, keazaman dan keyakinan

pelajar-pelajar dalam menghadapi

peperiksaan UPSR. Seramai 150 murid

Darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan

Bayan Lepas, Bertam Indah dan Sekolah

Kebangsaan Sg. Ara, Pulau Pinang

dipilih untuk menyertai program selama

tiga hari itu.

program Jejak kegemilangan

Di bawah program ini, pelajar-pelajar

cemerlang dari luar bandar dan dari

keluarga yang tidak berkemampuan

telah menyertai lawatan sambil belajar

ke Kuala Lumpur termasuk lawatan ke

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

yang bertujuan mendedahkan mereka

kepada kehidupan di kampus di samping

mendorong mereka memperoleh

kejayaan yang lebih cemerlang.

program kem remaja bestari

Satu program perkhemahan pendidikan

yang diadakan untuk anak warga kerja

TNB dan juga anak-anak yatim untuk

membimbing dan merangsang mereka

mencipta kecemerlangan dalam

peperiksaan-peperiksaan seperti UPSR,

PMR dan SPM.

biasiswa dan pinjaman pelajaran

TNB memberi biasiswa dan pinjaman

pelajaran kepada pelajar-pelajar

cemerlang dan layak menerima bantuan

melalui badan yayasannya iaitu Yayasan

Tenaga Nasional. Bagi tahun kewangan

yang dikaji, YTN telah menyediakan

pinjaman berjumlah RM53 juta kepada

pelajar-pelajar terbaik untuk melanjutkan

pengajian peringkat tinggi di universitiuniversiti

tempatan dan luar negara

yang terkenal sebagai salah satu usaha

untuk membina kumpulan terpelajar

bagi TNB dan negara.

pusat perkhidmatan pendidikan khas

(3pk)

TNB melalui YTN telah menjadikan

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

(3PK) sebagai program angkat untuk

tempoh 5 tahun mulai 2008-2011. Pusat

ini merancangkan pelbagai perkhidmatan

bagi membantu kanak-kanak berkeperluan

khas ke arah kualiti hidup yang

lebih baik.

Ceramah motivasi pendidikan

TNB telah menganjurkan ceramah

motivasi pendidikan untuk pelajar-pelajar

Darjah 5 dari Sekolah Kebangsaan

Bebar, Pekan, Pahang dan Sekolah

Kebangsaan Dato’ Seri Kamaruddin,

Manjung, Perak. Program ini bertujuan

membimbing pelajar-pelajar dalam

teknik pembelajaran yang sistematik

dan berkesan di samping merangsang

mereka untuk terus berusaha mencapai

kecemerlangan dalam pelajaran dan

aktiviti ko-kurikulum. Kebanyakan

mereka yang dipilih adalah dari keluarga

miskin yang kurang berkemampuan.

program ‘Taking Motorsports to

School’

T N B t i d a k m e m b a t a s k a n a s p e k

pembelajaran hanya boleh diperolehi di

dalam bilik darjah sahaja sebagai salah

satu wadah pembelajaran. TNB telah

membawa 100 pelajar dari Sekolah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!