01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

190

2 ringkasan Dasar perakaunan utama (samb.)

(d) syarikat bersekutu

Nota Kepada Penyata Kewangan

Pelaburan dalam syarikat bersekutu diambil kira dalam Penyata Kewangan Disatukan berdasarkan kaedah perakaunan

ekuiti dan pada awalnya diiktiraf pada kos. Pelaburan Kumpulan dalam syarikat-syarikat bersekutu termasuk muhibah

yang dikenal pasti ke atas pengambilalihan, bersih pengurangan kerugian terkumpul (lihat Nota 2(e)).

Bahagian Kumpulan dalam keuntungan ataupun kerugian pascapengambilalihan diakui dalam Penyata Pendapatan

Disatukan, dan sahamnya dalam pergerakan pascapengambilalihan dalam simpanan diiktiraf dalam rizab. Pergerakan

pascapengambilalihan terkumpul diubah suai dengan amaun dibawa dalam pelaburan. Apabila bahagian kerugian

Kumpulan dalam syarikat bersekutu sama ataupun melebihi kepentingan dalam syarikat bersekutu, termasuk apa-apa

penghutang tak bercagar, kepentingan Kumpulan dikurangkan sehingga kosong dan pengiktirafan kerugian lanjut

dihentikan melainkan Kumpulan berhadapan dengan obligasi undang-undanag ataupun konstruktif ataupun membuat

pembayaran bagi pihak syarikat bersekutu.

Keuntungan tidak direalisasi ke atas transaksi antara Kumpulan dan syarikat bersekutu dihapuskan sebahagian

sehingga ke satu tahap kepentingan Kumpulan dalam syarikat bersekutu; kerugian tidak direalisasi juga akan

dihapuskan melainkan transaksi tersebut menyediakan maklumat mengenai pengurangan aset dipindahkan. Apabila

perlu, dalam melaksanakan kaedah ekuiti, pengubahsuaian dibuat ke atas penyata kewangan syarikat bersekutu demi

memastikan konsistensi dasar perakaunan Kumpulan.

Pencairan keuntungan dan kerugian dalam syarikat bersekutu diiktiraf dalam Penyata Pendapatan Disatukan.

Bagi kepentingan yang mengalami peningkatan dalam syarikat bersekutu, tarikh pengambilalihan merupakan tarikh

di mana pengaruh yang signifikan diperoleh. Muhibah dikira pada setiap tarikh pembelian berdasarkan nilai saksama

aset dan tanggungan yang dikenal pasti. Pegangan yang diperoleh sebelum ini dipertingkatkan sehingga nilai

saksama dan bahagian keuntungan dan pergerakan ekuiti bagi pegangan yang diperolehi sebelum ini tidak diiktiraf

memandangkan ia telah pun disertakan dalam peningkatan berkenaan.

(e) muhibah

Muhibah mewakili lebihan kos pengambilalihan ke atas perkongsian Kumpulan bagi nilai saksama aset bersih

yang dikenal pasti termasuk tanggungan luar jangka subsidiari, syarikat bersekutu serta usaha sama pada tarikh

pengambilalihan.

Muhibah dipermodalkan diuji untuk pengurangan sekurang-kurangnya setiap tahun atau jika perkembangan ataupun

persekitaran yang terjadi mencerminkan pengurangan kemungkinan berlaku.

Muhibah dan pengubahsuaian nilai saksama muncul daripada pengambilalihan daripada satu entiti asing dianggap

sebagai aset dan tanggungan entiti yang diambil alih dan direkodkan mengikut kadar tukaran pada tarikh

pengambilalihan.

(f) hartanah, loji dan kelengkapan

Hartanah, loji dan kelengkapan dinyatakan pada kos atau penilaian ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian jejas

nilai yang terkumpul. Kos termasuklah perbelanjaan yang secara langsung diatributkan kepada pembinaan ataupun

pengambilalihan item dan membawanya ke lokasi dan keadaan ia digunakan untuk tujuan operasi dalam tatacara

diinginkan oleh Kumpulan. Kumpulan memperuntukkan kos item hartanah, loji dan kelengkapan bagi sistem yang

signifikan dan bahagian komponen.

Para Pengarah telah menggunakan peruntukan perubahan dalam Piawaian Perakaunan Antarabangsa No. 16 (Pindaan)

“Hartanah, Loji dan Kelengkapan” seperti yang digunakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang

membenarkan tanah milik bebas, tanah pajakan, bangunan dan kerja-kerja awam dinyatakan pada penilaian tahun

sebelumnya selepas mengambil kira susut nilai.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!