01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

64

Ulasan Operasi – Bahagian Pembahagian

Rangkaian Pembahagian Bekalan Elektrik

Yang Disalurkan Kepada Pengguna

Rangkaian Elektrik

Rangkaian

Penghantaran

Pencawang Elektrik

Pembahagian

Penjanaan Tenaga

Pencawang Masuk

Utama Penghantaran

Pelanggan

Komponen operasi pembekalan elektrik melibatkan

kerja-kerja merekabentuk, membina, mengendali

dan menyelenggara sistem. Bahagian Pembahagian

menyalurkan bekalan elektrik kepada 6.9 juta

pengguna melalui sistem rangkaian pembahagian

pada tahap voltan 33 kV dan ke bawah

(22 kV, 11kV, 6.6 kV dan 400/240 V)

Niali-Nilai Bersama

Sebagai sebahagian daripada organisasi TNB, kami

menghayati nilai-nilai bersama seperti berikut:

Mengutamakan Pelanggan

Integriti

Kecemerlangan Bisnes

Prihatin

Penambahbaikan Operasi

Bagi inisiatif untuk menambahbaik Pemberian Bekalan Tepat

Pada Masanya, Bahagian Pembahagian telah membangunkan

satu sistem pemantauan baru dikenali sebagai Sistem

Pemantauan Projek Pembahagian (DPMS) untuk membantu

pengurus projek mengurus dan memperbaiki pelaksanaan

projek mereka dalam memenuhi permintaan dan kehendak

pelanggan.

TNB telah memperluaskan penggunaan teknologi Pembacaan

Jangka Jarak Jauh (RMR) bagi Pelanggan Kuasa Besar Voltan

Rendah (LV-LPC). Setakat 31 Ogos 2008, seramai 37,000 LV-

LPC daripada jumlah 60,000 LV-LPC telah dipasang dengan

RMR. (Kesemua 3,800 Pelanggan Kuasa Besar Voltan Tinggi

dan Voltan Sederhana telah dipasang dan dipantau dengan

RMR). RMR membolehkan TNB dan pelanggannya memahami

profil beban atau pola penggunaan dengan lebih mudah

untuk membolehkan pelanggan menguruskan penggunaan

tenaganya dengan cara yang lebih cekap.

Unit Perkhidmatan Jangka (Meter) sedang melaksanakan

RMR untuk semua Pelanggan Kuasa Besar Voltan Tinggi

(HV), Voltan Sederhana (MV) dan Voltan Rendah (LV). Unit

tersebut akan juga melaksanakan projek perintis bacaan

jangka dengan menggunakan frekuensi radio untuk

Pelanggan Kuasa Biasa (OPC) di Lembah Klang.

TNB juga telah melaksanakan rancangan untuk meningkatkan

keupayaan/kompetensi pasukan Khas Pengekangan Kecurian

Arus atau Special Engagement Against Losses (SEAL). Ini

termasuk membangunkan perisian baru Kecurian Elektrik

untuk mengautomasikan analisis pra-serbuan bagi mencapai

kadar penangkapan dan produktiviti yang lebih tinggi.

Turut dibangunkan ialah modul Kecurian Elektrik untuk

mengenalpasti dan mencegah kecurian. Modul yang

dinaiktaraf itu akan menggunakan teknik terkini pencegahan

Kecurian Elektrik serta pendekatan-pendekatan yang

berkesan.

Satu lagi cara untuk memperoleh/berkongsi maklumat

dengan pelanggan ialah melalui kaji selidik Kualiti Kuasa

(PQ) yang melibatkan semua Pengguna Kuasa Besar (LPC).

Ini membolehkan TNB mengukur tahap pengetahuan LPC

tentang PQ, beban yang sensitif dalam premis dan

penyelesaian yang diperlukan untuk PQ. Di samping itu,

TNB telah juga melaksanakan beberapa inisiatif baru seperti

Sistem Pengawasan PQ yang mengawasi PQ di dalam

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!