01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

40

Dengan peningkatan kos bahan api

fosil, kita perlu terus mengenalpasti

serta menerokai potensi kuasa hidro

yang ada di Semenanjung Malaysia dan

Sarawak. Dua projek hidroelektrik yang

besar kini di peringkat perolehan –

Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu

(dengan kapasiti sebanyak 250 MW)

dan Projek Hidroelektrik Ulu Jelai

(kapasiti sebanyak 372 MW), masingmasing

dijangka siap pada tahun 2013

dan 2014.

Projek Janakuasa Arang Batu 300 MW

IPP di Sabah, yang telah diberikan

kapada sebuah anak syarikat TNB tahun

lepas, terpaksa dialihkan ke tapak yang

lain. Usaha-usaha untuk mendapatkan

kelulusan dari Kerajaan Negeri sedang

diperolehi bagi memulakan projek

tersebut.

Tahun ini juga memperlihatkan kita

meneruskan peningkatan sistem bagi

menguatkan lagi rangkaian serta

memperbaiki jaminan bekalan. Sejumlah

tiga puluh lapan projek penghantaran

telah disiapkan dan dilancarkan pada

tahun ini sahaja. Talian Penghantaran

500 KV yang menghubungkan Stesen

Janaelektrik Arang Batu IPP Jimah

dengan Pencawang Lenggeng dan

Pencawang Olak Lempit telah disiapkan

pada Januari 2008. Pencawang 500/275

kV Lenggeng juga telah disiapkan dalam

bulan yang sama. Di sebelah pantai

timur, Pencawang 275/132 kV Kandis

telah dimulatugaskan pada bulan

Disember 2007 kini berfungsi sebagai

punca bekalan alternatif dari Grid

Nasional sehingga ke Negeri Kelantan.

Ia juga merupakan pencawang utama

bagi pembangunan Koridor Ekonomi

Pantai Timur.

Bagi memenuhi keperluan elektrik

negara, TNB telah menandatangi satu

perjanjian (Head of Agreement) dengan

Sarawak Energy Berhad (SEB) pada

7 Mei 2008 untuk membekalkan tenaga

ke Semenanjung Malaysia dari sumber

kuasa hidro dan arang batu di Sarawak

melalui talian HVDC dan kabel dasar

laut. Di dalam perjanjian ini, selain dari

Projek Bakun, SEB juga bersetuju untuk

membekalkan 3,000 MW tenaga eletrik

kepada TNB dari tahun 2017 sehingga

2020 dan sebanyak 5,000 MW lagi

Ulasan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif

antara tahun 2021 hingga 2030. Bagi

mengurangkan isu jaminan pembekalan

tenaga, TNB sedang menerokai

penggunaan kuasa nuklear sebagai satu

sumber alternatif untuk masa depan.

TNB sedang bekerjasama dengan pihakpihak

berkepentingan yang lain dan

juga agensi-agensi seperti Agensi

Nuklear Malaysia (Nuclear Malaysia) dan

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

(AELB) untuk menerokai peluang ini.

Akhir sekali, kita juga sedang meninjau

cara yang sesuai untuk meningkatkan

penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui

(Renewable Energy) dan Kecekapan

Tenaga (Energy Efficiency) sebagai

langkah alternatif kepada usaha-usaha

sedia ada agar bekalan tenaga negara

terjamin pada masa hadapan.

Memacu Pembangunan Modal

Insan

Aset paling bernilai TNB ialah warga

kerjanya yang berjumlah hampir 25,000

orang dan Syarikat memberikan

komitmen untuk membangunkan

keupayaan mereka. Di samping

menerokai cabaran-cabaran baru,

syarikat juga memberikan tumpuan

kepada sekumpulan warga kerja yang

berpotensi untuk memenuhi sasaran

jangkamasa panjang syarikat serta

memastikan kita mengekalkan daya

saing. Sejajar dengan seruan Kerajaan

untuk membangunkan modal insan,

langkah-langkah telah diambil untuk

memastikan warga kerja dan pengurusan

kita mempunyai kecekapan yang tinggi

serta integriti yang kukuh.

Program Pengurusan Penggantian TNB

bertujuan untuk memastikan wujudnya

sekumpulan pemimpin dan para

profesional yang mempunyai kemahiran

tertentu untuk mempertahankan

perniagaan kita dan membawa TNB

terus maju ke hadapan. Program ini

menggariskan pelan pembangunan

individu untuk pegawai yang mempunyai

potensi agar dapat menyediakan mereka

untuk posisi yang lebih tinggi. Sehingga

kini, terdapat seramai 288 eksekutif

yang telah dikenalpasti di dalam

Himpunan Bakat (Talent Pool) TNB

untuk mengisi 254 jawatan utama.

Sebanyak 85% dari jawatan-jawatan ini

telah pun dikenalpasti bagi mereka

yang berpotensi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!