01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

3.7 proses penilaian risiko projek

Kaedah permulaan untuk Proses Penilaian Risiko Projek telah diluluskan oleh GRMWC dan GRMC. Proses ini bertugas

sebagai satu alat penilaian risiko bagi mengenalpasti, menganalisa dan menguruskan risiko yang berkaitan dengan

projek sepanjang projek dijalankan. Penambahan kepada ciri-ciri proses ini dan pembentukan sistem on-line penilaian

risiko projek bagi sesuatu projek telah pun dirancang untuk tahun kewangan yang seterusnya.

3.8 pelaksanaan dan kajian semula kurikulum untuk pengurusan risiko

Jabatan EWRM telah berjaya membentuk dan melaksanakan kurikulum yang pertama untuk “Pengenalan kepada

Pengurusan Risiko” dengan bantuan dan kerjasama institut latihan TNB, ILSAS. Untuk tahun di bawah kajian,

sekurang-kurangnya dua program latihan telah dijalankan oleh jurulatih bertauliah dengan peserta-peserta dari

pelbagai jabatan. Satu kajian semula mengenai kurikulum ini telah dijalankan pada hujung tahun tersebut bagi

memperbaiki modul tersebut.

4. Pelan Tindakan Kecemasan Korporat (CERP)

Pelan Tindakan Kecemasan Korporat TNB (CERP) telah dibentuk untuk memberi satu rangka kerja yang membolehkan

tindakan yang cepat, teratur dan efektif pada situasi-situasi kecemasan, sama ada yang dijangka dan yang tidak dijangka.

Jawatankuasa Induk CERP, yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan (Operasi & Teknikal) yang juga Komander Krisis TNB,

memberi panduan kepada pembentukan CERP dan penyebaran pelan tersebut ke semua jabatan di TNB. Jawatankuasa

Induk juga memastikan bahawa ujian berstruktur dan latihan simulasi dijalankan dan latihan yang mencukupi diberikan

kepada kakitangan terlibat termasuklah ahli dalam Kumpulan Pengurusan Krisis.

Tambahan juga, dokumen CERP untuk Kecemasan Berkaitan Sistem telah dicetak dan diagihkan kepada kakitangankakitangan

terlibat dalam TNB. Sesi-sesi latihan kesedaran dijalankan di seluruh Kumpulan dengan kerjasama Jabatan

Sistem Operasi, Bahagian Penghantaran bagi meningkatkan lagi pemahaman terhadap elemen-elemen berkaitan CERP,

untuk memastikan kesediaan untuk menangani sebarang situasi kecemasan dan untuk memberi penekanan akan

kepentingan kerjasama antara jabatan-jabatan utama.

Jawatankuasa Induk CERP telah mengkaji semula dokumen CERP untuk Kecemasan Bukan Berkaitan dengan Sistem

seperti banjir dan pandemik. Dokumen ini dijadualkan untuk kelulusan dan pelaksanaan pada tahun kewangan

seterusnya.

Sebagai sebuah syarikat yang membekalkan perkhidmatan yang penting bagi keselamatan negara, TNB terus berkerjasama

dengan pihak luaran serta pelbagai agensi kerajaan terutama sekali Majlis Keselamatan Negara, Ketua Pegawai

Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan. TNB juga telah mengambil bahagian dalam

pelbagai latihan kecemasan untuk bencana alam serta ugutan siber yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan yang

berkenaan.

5. Penutup

Punca kejayaan pengurusan risiko ialah keupayaannya untuk menyerap budaya pengurusan risiko serta proses-prosesnya

ke dalam Kumpulan. Inisiatif-inisiatif pengurusan risiko dalam TNB akan terus diperkuatkan bagi memastikan TNB berupaya

untuk bertindak secara efektif terhadap perubahan berterusan dalam persekitaran perniagaan sambil mencapai objektifnya

untuk melindungi dan meningkatkan nilai kepada pemegang sahamnya.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

141

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!