01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

148

Terma Rujukan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah

1. Penubuhan

1.1 Selaras dengan Artikel 146 Tataurusan Syarikat

Tenaga Nasional Berhad (TNB), Lembaga Pengarah

TNB telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa

Lembaga Pengarah yang dikenali sebagai

Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah (BAC)

melalui Minit No. 39/90 pada 9 Oktober 1990.

1.2 Fungsi dan kuasa BAC meliputi TNB dan semua

subsidiari, syarikat usaha sama dan syarikat

bersekutunya di mana tanggungjawab pengurusan

dipikul oleh TNB atau subsidiari-subsidiari TNB

(secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan”).

2. Komposisi Jawatankuasa

2.1 Ahli-ahli BAC hendaklah dilantik oleh Lembaga

Pengarah TNB dan hendaklah terdiri daripada tiga

(3) orang ahli. Semua ahli jawatankuasa audit

hendaklah terdiri daripada Pengarah Bukan

Eksekutif, dengan majoriti daripada mereka

hendaklah bebas selaras dengan definisi Keperluan

Penyenaraian Bursa Malaysia.

2.2 Jika keahlian BAC kurang daripada tiga (3) orang,

Lembaga Pengarah hendaklah dalam masa tiga (3)

bulan, melantik ahli-ahli baru bagi memenuhi

keperluan ahli minimum seramai tiga orang.

2.3 Sekurang-kurangnya seorang (1) ahli Jawatankuasa

hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh

Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia, iaitu:i)

hendaklah merupakan ahli Institut Akauntan

Malaysia; atau

ii) jika beliau bukan ahli Institut Akauntan

Malaysia, beliau hendaklah mempunyai

sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman

bekerja, dan:a)

beliau hendaklah lulus peperiksaan seperti

yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual

Pertama Akta Akauntan 1967; atau

b) beliau hendaklah merupakan ahli salah

sebuah persatuan akauntan yang

dinyatakan dalam Bahagian II Jadual

Pertama Akta Akauntan 1967.

2.4 Lembaga Pengarah hendaklah memilih Pengerusi

daripada Jawatankuasa yang hendaklah merupakan

pengarah bebas seperti yang ditetapkan dalam

Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.

2.5 Tempoh dan prestasi jawatankuasa hendaklah dikaji

semula oleh Lembaga untuk memastikan

Jawatankuasa telah menjalankan tugas mengikut

terma rujukan mereka.

2.6 Pengarah gantian tidak boleh dilantik menganggotai

BAC.

3. Pengerusi Jawatankuasa

3.1 Berikut adalah tugas dan tanggungjawab utama

Pengerusi Jawatankuasa:

3.1.1 mengemudi Jawatankuasa bagi mencapai

matlamatnya;

3.1.2 memberi kepimpinan kepada Jawatankuasa

dan memastikan aliran maklumat yang sesuai

kepada Jawatankuasa, mengkaji kecukupan

dan ketepatan masa dokumentasi;

3.1.3 memberi masa yang mencukupi untuk

perbincangan semasa mesyuarat Jawatankuasa.

Menyusun dan membentangkan

agenda untuk mesyuarat Jawatankuasa

berdasarkan input daripada Ahli-ahli dan

memastikan supaya semua isu yang berkaitan

dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat.

Selain itu, Pengerusi hendaklah menggalakkan

penilaian yang objektif dan bebas;

3.1.4 memastikan supaya kata putus dapat dicapai

dalam setiap resolusi Jawatankuasa dan jika

perlu, memutuskan supaya undian dilakukan

dan keputusan akan dibuat berdasarkan

majoriti mudah; percanggahan pendapat

perlu diambil perhatian;

3.1.5 mengurus proses dan fungsi Jawatankuasa

dan memastikan supaya Jawatankuasa

menjalankan tanggungjawabnya;

3.1.6 memastikan supaya semua ahli mengambil

bahagian dalam perbincangan bagi

membolehkan keputusan yang berkesan

dibuat; dan

3.1.7 Pengerusi BAC hendaklah bersedia untuk

menjawab soalan-soalanberkenaan fungsi

jawatankuasa semasa Mesyuarat Agung

Tahunan Syarikat.

4. Ahli-Ahli Jawatankuasa

4.1 Setiap ahli Jawatankuasa hendaklah:-

4.1.1 memberi pendapat bebas terhadap

penemuan fakta, analisis dan proses membuat

keputusan Jawatankuasa, berdasarkan kepada

pengalaman dan pengetahuan mereka;

4.1.2 mempertimbangkan pandangan ahli-ahli

Jawatankuasa lain; serta membuat keputusan

dan syor demi kepentingan Kumpulan;

4.1.3 sentiasa dikemaskinikan dengan garis

panduan tadbir urus korporat terkini yang

berkaitan dengan Jawatankuasa dan Lembaga

Pengarah secara keseluruhannya; dan

4.1.4 secara terus-menerus berusaha mendapatkan

amalan terbaik bagi proses-proses yang

digunakan oleh Jawatankuasa, yang mana

kemungkinan ia diterima pakai perlu diperbincangkan

dengan seluruh Jawatankuasa.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!