01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

150

Terma Rujukan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah

7.4 audit Dalaman

7.4.1 Meluluskan Piagam Audit Korporat bagi

fungsi audit dalaman Kumpulan.

7.4.2 Memastikan supaya fungsi audit dalaman

mempunyai kedudukan yang sewajarnya

dalam Kumpulan dan mempunyai kuasa,

sumber dan kompetensi yang perlu untuk

menjalankan tugas mereka. Ini termasuk

satu kajian terhadap struktur organisasi,

sumber, bajet dan kelayakan anggota kerja

audit dalaman.

7.4.3 Mengkaji laporan audit dalaman dan maklum

balas pengurusan serta tindakan yang

diambil berkaitan dengannya. Jika

pengurusan tidak mengambil tindakan dalam

tempoh masa yang mencukupi, BAC akan

melaporkan perkara tersebut kepada

Lembaga Pengarah.

7.4.4 Mengkaji kecukupan rancangan audit

dalaman dan skop audit serta memastikan

supaya fungsi audit dalaman dijalankan

tanpa halangan.

7.4.5 Menilai prestasi Ketua Audit Dalaman.

7.4.6 Dimaklumkan berhubung dengan perletakan

jawatan dan pemindahan anggota kerja

kanan audit dalaman dan memberi peluang

kepada anggota kerja yang meletak jawatan/

berpindah untuk mengutarakan pandangan

mereka.

7.4.7 Mengarah sebarang penyiasatan khas

dijalankan oleh Audit Dalaman.

7.5 audit luaran

7.5.1 Menamakan Juruaudit Luar berserta fungsifungsi

mereka yang lain seperti yang

dipersetujui oleh Lembaga Pengarah dan

mengesyorkan untuk kelulusan Lembaga

Pengarah yuran audit luar serta mempertimbangkan

sebarang persoalan berhubung

dengan peletakan jawatan atau pemecatan.

7.5.2 Mengkaji laporan audit luar dan tindak balas

pengurusan serta tindakan yang diambil

berkaitan dengannya. Jika pengurusan tidak

mengambil tindakan dalam tempoh masa

yang mencukupi, BAC akan melaporkan

perkara tersebut kepada Lembaga

Pengarah.

7.5.3 Mengkaji rancangan dan skop kerja audit

luaran.

7.5.4 BAC akan bermesyuarat dengan Juruaudit

Luaran dan Juruaudit Dalaman atau keduaduanya

sekurang-kurangnya dua kali setahun

untuk mem bincangkan masalah-masalah dan

pandangan yang timbul daripada audit luar

dan sebarang perkara yang mungkin ingin

dibincangkan oleh juruaudit, tanpa kehadiran

pengurusan, Pengarah-pengarah Eksekutif

atau para Pengarah bukan bebas jika perlu.

7.6 tadbir urus korporat

7.6.1 Mengkaji keberkesanan sistem pemantauan

pematuhan dengan undang-undang dan

peraturan serta keputusan penyiasatan

pengurusan dan tindakan susulan (termasuk

tindakan tatatertib) terhadap sebarang

kejadian ketidakpatuhan.

7.6.2 Mengkaji penemuan daripada sebarang

pemeriksaan oleh pihak penguat kuasa

peraturan.

7.6.3 Mengkaji sebarang urusniaga dengan pihak

berkaitan dan situasi konflik kepentingan

yang mungkin timbul dalam Kumpulan

termasuk sebarang urusniaga, prosedur atau

tatacara yang menimbulkan persoalan

berhubung kewibawaan.

7.6.4 Mengkaji dan meluluskan Penyata Tadbir

Urus Korporat bagi Laporan Tahunan seperti

yang diperlukan di bawah Keperluan

Penyenaraian Bursa Malaysia.

7.6.5 Mengkaji program perhubungan pelabur

dan dasar komunikasi pemegang saham

Syarikat.

7.6.6 Memeriksa kejadian dan hal-hal yang

mungkin menjejaskan prinsip-prinsip tadbir

urus korporat dan melaporkannya kepada

Lembaga Pengarah.

7.6.7 Membangun dan mengkaji secara kerap

Kod Tadbir Urus Korporat dan Etika

Perniagaan TNB.

7.6.8 Jika BAC berpendapat bahawa perkara yang

dilaporkan olehnya kepada Lembaga

Pengarah tidak diselesaikan secara memuaskan

sehingga menyebabkan pelanggaran

Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia,

BAC hendaklah dengan segera melaporkan

perkara sedemikian kepada Bursa Malaysia.

8. Mesyuarat Jawatankuasa

8.1 Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat

apabila diperlukan dan sekurang-kurangnya enam

kali dalam tempoh setahun kewangan TNB.

8.2 Bilangan mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan

dalam tempoh setahun dan butir-butir kehadiran

bagi setiap ahli berkaitan dengan mesyuarat yang

diadakan hendaklah didedahkan dalam laporan

tahunan.

8.3 Pengerusi Jawatankuasa atau Setiausaha hendaklah,

pada bila-bila masa, memanggil mesyuarat Jawatankuasa

di dalam tempoh yang berpatutan jika

diminta oleh mana-mana ahli, Ketua Audit Dalaman

atau Juruaudit Luar. Notis mesyuarat Jawatankuasa

tidak perlu diberi kepada mana-mana ahli yang

tidak ada di Malaysia pada masa tersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!