01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2 ringkasan Dasar perakaunan utama (samb.)

(m) sekuriti boleh pasar dan pelaburan jangka pendek

Sekuriti boleh pasar dan pelaburan jangka pendek dinyatakan pada kadar terendah antara kos dan nilai pasaran pada

agregat asas portfolio. Kos dicapai pada asas purata berwajaran. Nilai pasaran pula dikira menggunakan rujukan

kepada paras siling harga disebut pasaran saham yang relevan ketika urus niaga ditutup pada tarikh kunci kira-kira.

Sebarang langkah menurunkan nilai pasaran pelaburan ataupun kemudiannya dimasuk kira semula kepada kos, diteliti

dengan menyeluruh dalam penyata pendapatan.

(n) pengurangan nilai aset

Hartanah, loji dan kelengkapan dan aset bukan semasa yang lain termasuk aset tidak ketara dikaji semula berhubung

aspek pengurangan nilai aset apabila peristiwa ataupun perubahan dalam persekitaran menunjukkan bahawa jumlah

yang dibawa kemungkinan tidak boleh diperoleh semula. Pengurangan nilai aset diiktiraf bagi jumlah di mana jumlah

yang dibawa bagi aset adalah melebihi jumlah yang boleh didapatkan semula. Jumlah yang boleh didapatkan semula

adalah tinggi daripada nilai saksama tolak kos ke atas jualan. Bagi tujuan penilaian pengurangan nilai aset, aset

dikumpulkan pada kadar terendah di mana terdapat aliran tunai boleh dikenali pasti secara berasingan.

Pengurangan nilai aset dicaj kepada penyata pendapatan melainkan ia membalikkan penilaian yang dibuat sebelum

ini, yang mana ia dicaj kepada lebihan penilaian semula. Sebarang peningkatan susulan dalam jumlah yang boleh

diperoleh semula diakui dalam penyata kewangan kecuali ia membalikkan kerugian pengurangan nilai pada aset

dinilai semula dalam keadaan di mana ia diambil kira untuk lebihan penilaian semula.

(o) pendapatan tertunda

Sumbangan yang diterima daripada para pelanggan untuk membiayai kos projek modal dikreditkan kepada akaun

pendapatan tertunda. Jumlah dalam akaun ini dimasukkan kepada penyata pendapatan mengikut kaedah lurus

selama 15 tahun iaitu purata jangka hayat faedah projek berkenaan.

(p) pajakan kendalian

Aset yang dipajak sebagai pajakan operasi adalah disertakan dalam lingkungan hartanah, loji dan kelengkapan dalam

kunci kira-kira dan ia mengalami susut nilai sepanjang tempoh hayat faedah aset berkenaan yang dijangkakan mengikut

satu asas konsisten berbanding mana-mana aset yang serupa.

(q) inventori

Inventori dinyatakan pada paras terendah antara kos dan nilai direalisasi bersih.

Kos kerja yang sedang dilaksanakan dan barangan siap merangkumi bahan mentah, buruh langsung dan sebahagian

overhed pengeluaran. Kos ditentukan berdasarkan purata wajaran dan menggunakan asas masuk-awal-keluar-awal.

Nilai realisasi bersih adalah harga jualan anggaran pada bisnes biasa, ditolak kos penyiapan dan perbelanjaan jualan.

(r) penghutang perdagangan

Penghutang perdagangan dibawa pada nilai yang dijangka boleh direalisasikan. Hutang lapuk dilupuskan dalam

tempoh ia dikenal pasti. Peruntukan dibuat bagi hutang diragui berasaskan kepada semakan semula jumlah

tertunggak pada akhir tahun kewangan.

(s) pemiutang perdagangan

Pemiutang perdagangan dinyatakan pada kos, yang merupakan nilai saksama pembayaran yang akan dijelaskan pada

masa hadapan untuk barangan dan perkhidmatan yang diterima.

(t) tunai dan setara tunai

Bagi tujuan penyata aliran tunai, tunai dan setara tunai merangkumi tunai dalam tangan, deposit dipegang atas

panggilan dengan bank, overdraf bank dan jangka pendek, pelaburan cairan tinggi yang tersedia ada untuk ditukar

kepada sejumlah kadar tunai diketahui dan yang tertakluk kepada risiko tidak signifikan perubahan dalam nilai.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

193

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!