01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

192

Nota Kepada Penyata Kewangan

2 ringkasan Dasar perakaunan utama (samb.)

(h) aset bukan semasa dipegang untuk jualan

Kumpulan seharusnya mengklasifikasikan aset bukan semasa yang dipegang untuk jualan jika amaun dibawa boleh

didapatkan semula sepenuhnya menerusi transaksi jualan berbanding penggunaan berterusan.

Aset yang diklasifikasikan sebagai aset bukan semasa dipegang untuk jualan akan diukur pada kadar amaun dibawa

dan nilai saksama ditolak kos jualan.

Tiada susut nilai ataupun lunasan disediakan ke atas aset berkenaan ketika ia diklasifikasikan sebagai aset dipegang

untuk jualan.

Aset seharusnya tidak diiktiraf sebaik dijual dan perbezaan antara hasil jualan bersih dan amaun dibawa diiktiraf

sebagai keuntungan atau kerugian dalam tempoh jualan.

Sesuatu aset tidak lagi wujud yang diklasifikasikan sebagai aset-aset bukan semasa dipegang untuk jualan seharusnya

diukur rendah pada amaun yang dibawa sebelum aset diklasifikasikan sebagai aset bukan semasa dipegang untuk

jualan, diubah suai untuk apa juga susut nilai, lunasan atau penilaian semula yang akan dianggap aset berkenaan

tidak diklasifikasikan sebagai aset bukan semasa dipegang untuk jualan, dan amaun yang boleh diperolehi pada

tarikh keputusan yang dibuat untuk tidak menjualnya.

(i) aset tidak ketara

Perbelanjaan ke atas hak yang diambil alih, paten, cap perdagangan dan lesen dipermodalkan dan dilunaskan

berasaskan kaedah lurus sepanjang anggaran hayat kegunaan. Aset tidak ketara tidak dinilai semula.

(j) penyelidikan dan pembangunan

Perbelanjaan ke atas aktiviti penyelidikan, yang dijalankan dengan prospek untuk memperoleh pengetahuan saintifik

ataupun teknikal yang baru dan kefahaman, diiktiraf dalam penyata pendapatan sebagai perbelanjaan yang wujud.

Perbelanjaan ke atas aktiviti pembangunan, di mana penemuan kajian digunakan dalam pelan ataupun reka bentuk

bagi pengeluaran proses ataupun produk baru atau yang diperbaiki secara terus-menerus, digunakan sepenuhnya

jika produk atau proses berkenaan dari segi teknikal dan komersial adalah berdaya maju dan Kumpulan mempunyai

sumber-sumber yang secukupnya untuk menyempurnakan pembangunan.

Kos pembangunan dipermodalkan dianggap sebagai aset tak ketara dan dilunaskan daripada peringkat di mana aset

berkenaan tersedia ada untuk digunakan atas asas lurus berdasarkan tempoh hayat faedahnya.

(k) permodalan faedah

Faedah ke atas pinjaman luar berkaitan dengan projek jangka panjang yang sedang dilaksanakan dipermodalkan

sehingga aset berkenaan tersedia ada untuk digunakan.

(l) pelaburan

Pelaburan dalam subsidiari dan syarikat bersekutu yang dipegang untuk jangka panjang dinyatakan dengan kos,

ditolak peruntukan bagi sebarang pengurangan nilainya. Pengurangan dalam nilai sesuatu pelaburan dianggap

sebagai perbelanjaan dalam tahun kewangan di mana pengurangan nilai telah dikenal pasti.

Pelaburan dalam pelaburan bukan semasa yang lain ditunjukkan pada kos dan satu peruntukan bagi penurunan nilai

adalah dibuat, di mana pada pandangan para Pengarah, terdapat penurunan selain yang bersifat sementara dalam

nilai pelaburan berkenaan. Di mana terdapat satu penurunan selain yang bersifat sementara dalam nilai sesuatu

pelaburan, penurunan sedemikian dianggap sebagai perbelanjaan dalam tahun kewangan.

Apabila sesuatu pelaburan dilupuskan, perbezaan antara hasil bersih pelupusan dan jumlah dibawa dicajkan atau

dikreditkan ke dalam penyata pendapatan, memandangkan kes sedemikian adalah mungkin.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!