01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

C. Pelupusan Sisa Berjadual

Program Pengurusan Sisa Berjadual TNB

telah dilaksanakan selaras dengan

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa

Berjadual) Tahun 2005. Sisa berjadual

termasuklah semua sisa yang dihasilkan

dari semasa ke semasa telah dilupuskan

oleh kontraktor-kontraktor yang berdaftar

dengan Jabatan Alam Sekitar.

Semua sisa berjadual yang dikeluarkan

perlu dimaklumkan kepada Jabatan

Alam Sekitar dan akan disimpan buat

sementara di Stor Sisa Berjadual sebelum

dilupuskan. EMR bertanggungjawab

untuk merekod, memantau, dan menguruskan

semua sisa yang dikeluarkan

oleh unit masing-masing.

D. Program Kitar Semula

Program pengurangan dan kitar semula

sisa telah disenaraikan sebagai salah

satu inisiatif Pengurusan Alam Sekitar

(EMS) bagi setiap bahagian di dalam

TNB. Ketika ini, hampir kesemua stesen

janaelektrik telah mengamalkan program

EMS ini bagi mengurangkan sisa serta

pengunaan sumber tenaga. Malahan,

sesetengah stesen telah pun mengenalpasti

kawasan-kawasan strategik untuk

dijadikan kawasan kitar semula.

Sementara itu, program-program

kesedaran untuk warga kerja mengenai

EMS ini dilakukan menerusi perjumpaan

bulanan. Program-program kesedaran

yang berterusan telah dilaksanakan

menerusi perjumpaan bulanan para

pekerja.

i. Program Pemantauan Keadaan

(CMP): Program pemantauan ini

dilakukan secara berterusan oleh

Bahagian Penghantaran dalam

operasinya. Salah satu inisiatif

adalah penebusgunaan minyak alat

ubah terpakai di mana minyak itu

ditapis dengan menggunakan

teknologi terkini dan diguna

semula dalam operasi.

ii. Program Mengitar Semula Kabel-

Kabel Lama: Program mengitar

semula kabel-kabel lama

dilaksanakan menerusi Jawatankuasa

Pelupusan di semua wilayah.

Proses mengitar semula bagi kabelkabel

lama boleh dilaksanakan

sebaik sahaja kelulusan diberikan

oleh Jawatankuasa ini. Lazimnya,

Jawatankuasa ini akan melantik

syarikat kitar semula untuk

mengumpul barang-barang lusuh

ini untuk proses seterusnya.

E. Pengurusan Krisis

Pasukan Pengurusan Bencana Alam

diwakili oleh Pasukan Tindakan

Kecemasan yang merupakan komponen

utama bagi Sistem Pengurusan

Kecemerlangan Keselamatan (SEMS)

yang telah dilaksanakan di semua

bahagian dalaman TNB.

SEMS akan mengenalpasti semua

bentuk kecemasan yang mungkin

berlaku dalam aktiviti bisnes bahagian

dan seterusnya menyediakan Pelan

Tindakan Kecemasan sebagai langkah

pengawalan.

Setiap bahagian juga melaksanakan

latihan ERP tahunan yang melibatkan

semua warga kerja dan agensi-agensi

dan pihak berkuasa yang berkenaan.

F. Penggantian Halon

B a h a g i a n - b a h a g i a n P e n j a n a a n

Pembahagian telah mencapai bebas

Halon dalam semua operasinya

sementara program penggantian halon

masih berterusan dalam Bahagian

Penghantaran. Program menggantikan

gas halon merupakan antara fokus

u t a m a J a b a t a n P e n y e n g g a r a a n

R a n g k a i a n ( N M D ) , B a h a g i a n

Penghantaran. Penggantian gas halon

dengan gas baru yang diluluskan dalam

sistem pencegahan kebakaran dilakukan

secara berperingkat telah dilaksanakan

di bawah Pelan Bisnes untuk Tahun

2004-2008. Program ini dijangka siap

pada tahun kewangan akan datang.

G. Isu-Isu Semasa

i. Pemanasan Global: Cabaran bagi

industri elektrik bukan sahaja pada

bahan api fosil terhad tetapi juga

pada harga bahan api fosil yang

semakin meningkat. Penggunaan

bahan api fosil untuk penjanaan

elektrik juga banyak menyumbang

kepada pencemaran udara dan

gas-gas rumah tanaman. Penguatkuasaan

protokol antarabangsa

dan perundangan alam sekitar

kebangsaan menghendakkan TNB

meningkatkan inisiatif pengurusan

untuk mematuhi piawaian

pemancaran yang ketat. TNB

sedang menerokai teknologi terkini

untuk mengurangkan pencemaran

seperti karbon monoksida (CO),

karbon dioksida (CO2), nitrogen

oksida (NOx) dan sulfur dioksida

(SO2) dan memasang teknologi itu

dalam operasi loji janakuasa kami

yang terkini.

ii. Mekanisme Pembangunan Bersih

(CDM): Mekanisme Pembangunan

Bersih (CDM) merupakan satu

usaha global di bawah Kyoto

Protocol (K.P.) Artikel 12, untuk

mengurang dan menstabilkan

kepekatan gas-gas rumah hijau

(GHG) yang disuntik ke dalam

atmosfera kita. Malaysia sebagai

sebahagian daripada masyarakat

global mengiktiraf dan menyokong

objektif Konvensyen Rangka Kerja

mengenai Perubahan Iklim Bangsabangsa

Bersatu (UNFCCC) untuk

mencegah kepekatan gas

anthropogenik dalam atmosfera

yang melebihi tahap dan yang

membawa kesan mudarat kepada

kehidupan di bumi.

Malaysia telah menandatangani

UNFCCC pada 9 Jun 1993 dan

kemudiannya meratifikasikan

konvensyen itu pada 13 Julai 1994.

Pada 12 Mac 1999, Malaysia

menandatangani KP dan

meratifikasikan protokol itu pada

4 September 2002. Kyoto Protocol

sudah mula berkuatkuasa pada

16 Februari 2005 dan TNB

kemudiannya mengintegrasikan

potensi CDM ke dalam bisnes

syarikat. TNB telah mengenalpasti

projek-projek yang layak untuk

CDM dan sekarang sedang giat

menyusuli inisiatif ini.

iii. Pendidikan dan Kesedaran Alam

Sekitar: Setiap tahun TNB menerima

lawatan pelajar-pelajar sekolah dan

penuntut-penuntut universiti untuk

melihat operasinya khususnya lojiloji

janakuasa kami. Semasa

lawatan-lawatan itu TNB memberi

demonstrasi sistem pengurusan

alam sekitar serta aktiviti-aktiviti

alam sekitar yang dilaksanakan

oleh syarikat. TNB juga

menganjurkan kem remaja sebagai

komitmen kami mewujudkan

Negara Hijau untuk faedah

generasi-generasi masa depan.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

173

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!