01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Syarikat juga sedang mengkaji dengan

serious penggunaan kuasa nuklear

sebagai sumber penjanaan tenaga di

masa hadapan.

TNB juga komited untuk mempertingkatkan

kecekapan penggunaan tenaga

bagi mengelakkan pembaziran. Kita

akan terus menjalinkan hubungan

dengan pelanggan Syarikat dan

mendidik mereka tentang kepentingan

menggunakan elektrik secara berhemah

dan dengan cekap. Di peringkat industri,

kita sentiasa mendidik pelanggan

tentang kepentingan menggunakan

tenaga dengan bijak melalui pemakaian

sistem penggunaan tenaga cekap dalam

operasi masing-masing.

kemampanan sektor tenaga

Pada Jun 2008, Kerajaan telah

mengumum kan kenaikan harga gas bagi

sektor tenaga di Malaysia daripada

RM6.40 setiap mmBTU kepada RM14.31

setiap mmBTU. Sejajar dengan itu,

Kerajaan juga telah meluluskan pelarasan

semula tarif elektrik. Pelarasan semula

ini membolehkan TNB menyalurkan kos

tambahan tersebut kepada pelanggan

bagi menampung kenaikan harga gas,

dan buat masa yang sama membantu

mengurangkan sebahagian daripada

beban yang ditanggung Syarikat akibat

daripada kenaikan harga arang batu

yang meningkat sebanyak 170% sejak

tahun 2006. Walau bagaimanapun,

pelarasan tarif tersebut tidak mencerminkan

impak sepenuhnya kenaikan harga

arang batu kepada TNB.

Buat masa yang sama, TNB terus

dibebankan dengan ketidakseimbangan

dalam pengagihan kos yang terkandung

dalam terma Perjanjian Pembelian

Tenaga (PPA) di antara IPP dengan

TNB.

Walaupun TNB boleh meningkatkan

kecekapan operasi dengan menguruskan

komponen di bawah kawalan Syarikat,

namun faktor luaran masih berupaya

memberi kesan kepada kemampanan

TNB dan keupayaan Syarikat untuk

membekalkan bekalan elektrik yang

berdaya harap dan berpatutan harganya

kepada orang ramai.

Kita di TNB berpendapat kos tenaga

kepada pengguna perlulah sensitif

kepada kos sebenar menyediakan

bekalan. Di dalam pasaran harga bahan

api yang tidak menentu sekarang ini,

satu mekanisme pelarasan kos bahan

api secara automatik dalam struktur tarif

adalah penting untuk menjamin

kewujudan industri bekalan elektrik yang

mampan. Ini, dilihat dalam konteks

D a s a r Te n a g a N a s i o n a l y a n g

berlandaskan perspektif jangka panjang

dan rangka kawalselia yang menyokong

pengagihan kos membekalkan tenaga

kepada pengguna secara yang saksama,

akan dapat menjamin keupayaan sektor

tenaga untuk menghadapi cabaran di

masa hadapan.

Tadbir Urus Korporat

TNB komited dan tidak akan berkomp

r o m i d a l a m u s a h a n y a u n t u k

menegakkan prinsip integriti, ketelusan

dan kebertanggungjawaban serta dalam

melaksanakan amalan terbaik urus tadbir

k o r p o r a t . S e b a g a i p e r s e d i a a n

menghadapi cabaran dan tuntutan

persekitaran, TNB sentiasa mengkaji

semula dan berusaha memperkukuhkan

proses dan struktur dalaman Syarikat.

Pada TK2008, Jabatan Hal-Ehwal

Korporat, Perancangan dan Perolehan

telah ditubuhkan untuk menguruskan

garis arus aktiviti perniagaan teras dan

mempastikan fokus yang lebih meluas

diberikan terhadap isu strategik Syarikat.

L e m b a g a P e n g a r a h j u g a t e l a h

menyokong penubuhan Jawatankuasa

Eksekutif bagi Perolehan Bahan Api

untuk mempastikan proses membuat

keputusan mengenai perolehan bahan

api, khususnya arang batu, dilakukan

dengan tepat dan berkesan.

Tiga dokumen dasar yang strategik juga

dibentuk mengenai Usaha Niaga

Antarabangsa, Perhubungan Pelabur

dan Dasar Perbendaharaan. Sementara

itu, pada Ogos 2008, Sistem Pelaksanaan

“Whistle Blowing” secara bebas tol

telah dilancarkan untuk meningkatkan

kepercayaan dan integriti di kalangan

pekerja dan mempastikan integriti

Syarikat dan perkhidmatan yang

dibekalkan sentiasa dipelihara dan

dipertingkatkan.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!