01.06.2013 Views

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

laporan tahunan - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

[ Tenaga Nasional Berhad ] [ Laporan Tahunan 2008 ]

70

Dato’ izzaddin idris

Ketua Pegawai Kewangan/

Naib Presiden Kanan (Kumpulan Kewangan)

Kewangan

Bahagian Kewangan Kumpulan sebagai rakan kongsi kepada

bahagian-bahagian yang mengendalikan bisnes teras dan

subsidiari-subsidiari TNB menyediakan beberapa

perkhidmatan komprehensif bagi menyokong dan memastikan

operasi perniagaan berjalan dengan lancar. Ini merangkumi

fungsi-fungsi utama perakaunan dan kewangan serta

pengurusan risiko dan pembangunan bisnes, sejajar dengan

strategi bisnes keseluruhan dan meningkatkan nilai pihak

berkepentingan.

Pada tahun kajian, Bahagian ini telah memberi tumpuan

kepada beberapa inisiatif utama yang dikenalpasti tahun lalu

termasuklah:-

Menyemak dan merumus semula dasar-dasar utama

iaitu Dasar dan Strategi Pelaburan, Dasar Perhubungan

Pelabur dan Perbendaharaan serta beberapa dasar dan

prosedur kewangan am yang lain

Memperkukuhkan keupayaan sumber Pembangunan

Bisnes dari segi bilangan dan kemahiran

Memulakan proses pelaksanaan program Beli Balik

Saham

Memulakan proses menukar kewajipan hutang tertentu

kepada instrumen kewangan yang mematuhi syariah di

bawah Majlis Kerjasama Teluk (GCC)

Menyiasat dan menilai mekanisme dan aktiviti-aktiviti

perlindungan nilai arang batu untuk menyokong aktiviti

pengurusan bekalan arang baru oleh TNB Fuel Services

Sdn Bhd

Kami memberi

penekanan kepada

peranan sebagai “pakar

strategi bisnes” dengan

wawasan mencapai

“kecemerlangan

kewangan“ dengan

mengoptimumkan

proses-proses kewangan,

mengurus kos-kos

operasi, memacu

prestasi bisnes dan

menangani risiko.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!