28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN TAHUN 2008

Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia 2008

Perhimpunan Tahunan JBPM berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya pada 17 Januari

2008. Dalam majlis itu, YAS Dato’ Hamzah bin Abu Bakar, Ketua Pengarah JBPM dalam ucapannya telah

menyentuh beberapa isu penting tentang kejayaan dan kecemerlangan Jabatan selain menyeru semua

warga Jabatan agar membaiki kelemahan yang timbul pada tahun sebelumnya. Kelengkapan serta peralatan

pemadaman dan penyelamatan Jabatan turut dipamerkan kepada pelanggan dan stakeholder.

Di samping itu, penyerahan jentera bomba yang terdiri daripada 70 unit jentera bomba ringan, 10 unit

pam berprestasi tinggi dan 60 unit motorsikal gerak cepat telah disempurnakan oleh YB Datuk Robert Lau

Hoi Chew, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Perolehan ini bertujuan meningkatkan

keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat.

Sambutan Hari Anggota Bomba 2008

JBPM telah mengadakan Sambutan Hari Anggota Bomba pada 5 Mei 2008 di Ibu Pejabat, JBPM Putrajaya.

Tema sambutan kali ini ialah “Profesionalisme Teras Kecemerlangan”. Sambutan yang diadakan saban tahun

bertujuan memperingati pengorbanan dan memberi penghormatan kepada semua anggota bomba dalam

menjalankan tugasan. Pelbagai program menjadi acara utama dalam sambutan ini, antaranya majlis bacaan

tahlil, yasin dan doa selamat, pameran kebombaan, Larian Bersama Bomba, Hari Mesra Pelanggan, program

gotong royong, program Derma Darah Kebangsaan.

Laporan Tahunan 2008

101

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!