28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

PENCAPAIAN CORE TEAM

Bagi melancarkan cadangan Akta 672 dan Akta 673, Core Team (Pasukan Teras) telah diwujudkan. Core

Team ini bertanggungjawab membuat persediaan awal ke arah penubuhan JPSPN dan PPSPPA yang

melibatkan fungsi-fungsi berikut :-

i. Core Team Fizikal

Penyediaan ruang pejabat JPSPN dan PPSPPA.

ii.

iii.

iv.

Core Team Perundangan

Penyediaan draf peraturan di bawah Akta 672.

Core Team Perjawatan

Merangka dan memohon waran perjawatan serta pengisian jawatan bagi JPSPN dan PPSPPA.

Core Team Latihan

Merangka dan mengurus penyediaan latihan untuk pegawai dan kakitangan JPSPN serta PPSPPA.

v. Core Team Peruntukan

Menyediakan dan memohon cadangan peruntukan mengurus JPSPN dan PPSPPA.

vi.

Core Team Data

Pengumpulan maklumat mengenai kemudahan PSP.

Pada tahun 2008, Core Team ini telah berjaya membantu mengenalpasti 52 daripada 69 pejabat PPSPPA

dan mengurus kerja-kerja pengubahsuaian termasuk perolehan aset bagi lima daripada pejabat tersebut

(Ibu Pejabat PPSPPA di Bangunan Wisma UOA Pantai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan empat pejabat

negeri iaitu di Johor Bahru, Melaka, Seremban dan Alor Setar). Proses perolehan dan pembekalan awal 40

unit komputer bagi Ibu Pejabat PPSPPA juga telah diuruskan.

Di samping itu, Core Team ini juga telah menerima dan memproses lebih 50,000 permohonan bagi mengisi

351 perjawatan untuk Ibu Pejabat PPSPPA. Sebagai permulaan seramai 62 pegawai dan kakitangan telah

diambil pada 3 Mac 2008. Bagi melancarkan operasi Jabatan dan Perbadanan yang masih baru ini, beberapa

siri latihan telah dirancang. Ini termasuk enam kursus teknikal, lawatan tapak, serta penyertaan pegawai ke

tujuh seminar dan persidangan.

Core Team telah merancang keperluan awal dan pengagihan peruntukan kewangan tahun 2008 bagi

PPSPPA adalah sebanyak RM25 juta. Manakala dari segi perundangan, sebanyak tujuh draf akhir peraturan

telah disiapkan iaitu :-

i. Peraturan Pelesenan Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Ditetapkan ;

ii. Peraturan Pelesenan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal ;

iii. Peraturan Pengkompaunan Kesalahan ;

iv. Peraturan Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah ;

v. Peraturan Larangan Menyerak Sampah ;

vi. Peraturan Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Ditetapkan ; dan

vii. Peraturan Pelesenan Perkhidmatan Pengurusan Pembersihan Awam.

Laporan Tahunan 2008

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!