28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH

LATAR BELAKANG

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2002 selaras dengan pindaan

terhadap seksyen 16, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan beroperasi

sepenuhnya pada 1 Januari 2003. Kelulusan penubuhan TTPR telah memantapkan dan mengemaskan lagi

jentera pentadbiran dan pengurusan KPKT seiring dengan bebanan tugas dan tanggungjawab yang perlu

dimainkan oleh KPKT dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

TTPR berperanan sebagai satu saluran alternatif untuk mendengar dan mengadili pertikaian yang selalu

timbul di antara pembeli rumah dan pemaju perumahan dengan cara yang lebih murah, mudah dan cepat.

Bidang kuasa TTPR adalah tertakluk kepada Akta 118 dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan

(Kawalan dan Pelesenan) 1989 di mana perjanjian jual beli yang ditandatangani antara pembeli rumah dan

pemaju perumahan yang dikawal oleh Jadual G, Jadual H, Jadual I dan Jadual J Akta 118.

TTPR boleh mendengar dan mengadili apa-apa tuntutan pembeli rumah tertakluk kepada bidang kuasanya

di bawah Akta 118 dengan syarat tuntutan difailkan di TTPR tidak lewat 12 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil

Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion dan Compliance) atau tidak lewat 12 bulan dari

tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) seperti yang dinyatakan di dalam Jadual G,

Jadual H, Jadual I dan Jadual J Akta 118.

Secara amnya TTPR mengendalikan dua jenis tuntutan iaitu Tuntutan Bukan Teknikal (contoh: ganti rugi

lewat serah milikan kosong dan gantirugi lewat serah kemudahan bersama) dan Tuntutan Teknikal (contoh:

ganti rugi kecacatan mutu kerja dan ganti rugi kerana pembinaan tidak mengikut spesifikasi). Selain itu,

TTPR turut menyediakan khidmat nasihat berbentuk umum dan perundangan kepada orang ramai yang

mempunyai persoalan tentang masalah hartanah mereka. Program Hari Bersama Pelanggan turut diadakan

secara berkala untuk membolehkan orang ramai mendapat nasihat terus dari pegawai TTPR berkenaan.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN TAHUN 2008

PEMBUKAAN CAWANGAN ZON

Selepas pembukaan cawangan TTPR yang pertama di Zon Utara (Pulau Pinang), TTPR telah berjaya

membuka dua lagi cawangan iaitu di Zon Selatan (Johor Bahru) pada Februari 2008 dan di Zon Timur (Kuala

Terengganu) pada Mac 2008. Setiap bulan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TTPR akan hadir untuk sesi

pendengaran kes mengikut kekerapan kes yang didaftarkan di cawangan zon. Sehingga Disember 2008,

526 kes telah didaftarkan di Zon Utara. Sebanyak 525 kes telah selesai dan selebihnya adalah kes baru dan

tertangguh. Zon Utara TTPR telah berfungsi sepenuhnya dengan kekuatan lapan anggota dan telah berjaya

menjalankan tujuh pameran di Seberang Prai, Langkawi, Kangar, Ipoh dan Taiping.

PENDAFTARAN DAN PENYELESAIAN KES-KES

Sejak mula ditubuhkan, kadar penyelesaian tuntutan di TTPR adalah amat memuaskan berdasarkan statistik

tahunan yang dikeluarkan. Statistik tersebut tidak termasuk kes-kes tuntutan yang telah diselesaikan di luar

mahkamah. Statistik TTPR adalah seperti di Jadual 1.

38 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!