28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

DAN PEMBERSIHAN AWAM

LATAR BELAKANG

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) adalah hasil daripada evolusi

Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari.

Perbadanan ini ditubuhkan melalui Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

2007 (Akta 673) dan mula beroperasi pada 1 Jun 2008. Ia merupakan sebuah badan berkanun di bawah

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ia mempunyai kuasa untuk mentadbir dan menguatkuasakan

undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta perkara-perkara yang berkaitan

dengannya.

Perbadanan ini merupakan organisasi yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir dan

menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Akta 672 telah

memberikan kuasa untuk Kerajaan Persekutuan mengambilalih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan

awam daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan

Putrajaya dan Labuan.

Pelaksanaan Akta 672 dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan

pembersihan awam akan mencetuskan satu perubahan besar dalam modus operandi pengurusan sisa

pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Selepas Akta 672 dikuatkuasakan, semua kerja-kerja pengurusan

sisa pepejal dan pembersihan awam akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Perbadanan. Perubahan ini

melibatkan pengambilalihan dengan serta merta tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembersihan

awam daripada semua PBT. Ini adalah kerana PBT tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk

mengendalikan kerja-kerja kutipan dan pelupusan sampah serta perkhidmatan pembersihan awam seperti

membersihkan jalan, tempat awam, tandas awam dan longkang.

Perbadanan menjalankan peranan mengikut fungsi-fungsi berikut :-

i. Mengesyorkan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan

pembersihan awam kepada JPSPN ;

ii.

iii.

iv.

Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai

program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ;

Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa di sumber secara sistematik di samping

menekankan ciri-ciri pembangunan yang mapan meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial ;

Memproses permohonan baru, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal

perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga pengesyoran kepada JPSPN ;

v. Mengawalselia prestasi syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal

dan pembersihan awam ;

vi.

vii.

Mengenalpasti teknologi yang mesra alam, yang selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan

berhubung dengan pembangunan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ;

dan

Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan

awam.

64 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!