28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Perumahan Negara

Program operasi mengandungi aktiviti utama seperti berikut :-

i. Skim Pinjaman Perumahan

ii. Pengurusan Perumahan Swasta

iii. Pengurusan Projek Perumahan Terbengkalai

PROGRAM 1 : PENGGUBALAN DASAR DAN PELAKSANAAN KAJIAN

Dasar Perumahan Negara

JPN telah menyediakan satu kertas cadangan berkenaan Dasar Perumahan Negara (DRN) yang bermatlamat

untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni dengan memastikan penyediaan perumahan

yang berkualiti bagi meningkatkan tahap ekonomi dan kemampanan kualiti hidup.

DRN digubal dengan tujuan untuk memastikan industri perumahan dapat menghadapi serta mengatasi

cabaran-cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh industri tersebut dan terus menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang. Di samping itu, DRN juga digubal bagi menangani

isu-isu perumahan ini secara menyeluruh. DRN akan dijadikan sebagai suatu asas bagi memandu, mengurus

dan menyelaraskan perancangan dan pembangunan industri perumahan agar lebih efisien dan sistematik.

Memorandum Jemaah Menteri mengenai DRN telah diangkat untuk kelulusan manakala pelancarannya

dijangka diadakan pada tahun 2009.

Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat

Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat disediakan bagi mengatasi aktiviti penyidaian

kain yang tidak tertatur di bangunan kediaman berbilang tingkat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

di Semenanjung Malaysia. Garis panduan ini telah diluluskan pelaksanaannya di dalam Mesyuarat Majlis

Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

pada 2 Disember 2008. Ia mula berkuat kuasa mulai 16 Januari 2009.

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT dalam

mengatasi masalah penyidaian kain di kediaman berbilang tingkat sedia ada yang dilihat telah mencacatkan

pandangan awam. Objektif garis panduan ini adalah untuk menjelaskan prinsip serta kaedah penyidaian di

kediaman berbilang tingkat dapat dilaksanakan secara efektif dan teratur di samping memastikan ianya tidak

mencacatkan pandangan awam.

Garis panduan ini merangkumi peranan dan tanggungjawab pihak-pihak terlibat yang terdiri daripada

penghuni, pihak pengurusan bangunan dan PBT serta aspek penggunaan peralatan bagi mengatasi masalah

penyidaian yang tidak teratur.

Kajian Impak Projek Perumahan Rakyat (PPR) Di Kawasan Lembah Kelang

Pelaksanaan PPR untuk disewa atau dimiliki oleh golongan sasaran adalah selaras dengan matlamat

Kerajaan untuk meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi negara dan penempatan semula setinggan

serta golongan berpendapatan rendah. Pelaksanaan program ini dipertanggungjawabkan kepada KPKT

melalui JPN dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Laporan Tahunan 2008

25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!