28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Menyedari akan pentingnya aspek penyampaian perkhidmatan kepada rakyat yang lebih mudah dan

mesra, Kementerian telah memberi penekanan supaya Jabatan dan Bahagian di bawah Kementerian

berusaha gigih bagi menentukan perkhidmatan yang disediakan memberi impak positif kepada

rakyat. Dengan memperkukuhkan integriti dan akauntabiliti di kalangan warga KPKT, lahirlah penjawat

awam yang berketerampilan dalam bidang tugas masing-masing. Namun begitu usaha-usaha untuk

memperkukuh integriti di kalangan warga kerja bukanlah mudah. Ianya memerlukan komitmen daripada

kesemua pihak untuk mewujudkan ketelusan dalam apa jua urusan harian kita. Oleh itu, KPKT memberi

penekanan kepada latihan dan kemahiran di kalangan warga KPKT bagi memastikan semua penjawat

menyertai pelbagai program, kursus dan seminar.

Demi memastikan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan mampan dan berkualiti, saya

berpendapat pelaksanaan dasar-dasar yang sedia ada di bawah KPKT hendaklah dipantau secara

berterusan. Program dan projek yang dilaksanakan di bawah dasar-dasar tersebut hendaklah relevan.

Dalam hal ini, saya suka menyentuh peranan dan tanggungjawab Kementerian bagi melindungi

kepentingan para pembeli rumah dalam sesuatu urusniaga hartanah. Di sepanjang tahun 2008, aktivitiaktiviti

pengkompaunan dan pendakwaan ke atas pemaju perumahan yang melanggar Akta Pemajuan

Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], penambahbaikan dalam kaedah pemantauan

projek pembangunan dan pengurusan mesra aduan perumahan telah dikuatkuasakan. Tindakan

ini telah dapat meningkatkan akauntabiliti warga KPKT dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada

Kerajaan.

Pembangunan negara perlu diseimbangkan antara pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial.

Oleh kerana itu saya berpendapat perlu ada pengukuhan dalam membina kerjasama dengan pelbagai

pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan dan sektor swasta bagi menjamin kelangsungan projek-projek

yang dilaksanakan diberikan kepada rakyat adalah yang terbaik. Kualiti hidup di kalangan rakyat

berpendapatan rendah dan miskin khususnya di bandar perlu diberi perhatian, dan jika tidak dibendung

akan mencacatkan ekonomi dan fizikal bandar. KPKT komited untuk menentukan kemudahankemudahan

dan perkhidmatan yang baik dan ‘reliable’ untuk penghuni-penghuni bandar dilaksanakan

dengan bijaksana. Sepanjang tahun 2008, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) telah

melakukan semakan dan integrasi sejumlah 41 garis panduan sedia ada menjadikannya kepada

21 garis panduan. Kemas kini yang dilaksanakan bagi menentukan imej bandar terus terpelihara,

permasalahan pembangunan dapat dikurangkan, meningkatkan kualiti persekitaran bandar dan

meningkatkan keberkesanan pengurusan guna tanah bandar. Jabatan Landskap Negara (JLN) turut

memainkan peranan bagi menentukan pembangunan landskap bandar dalam keadaan terpelihara.

Cabaran utama Kementerian pada masa depan adalah membangunkan modal insan yang berkualiti

sejajar dengan tuntutan semasa kepada aspek inovasi dan kreativiti dalam pembangunan. Kementerian

yakin hasrat melahirkan modal insan yang berkaliber akan dapat direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan pihak Kementerian berbangga

di atas sokongan semua pihak dalam membantu Kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan untuk merealisasikan Visi dan Misi kami ke arah kecemerlangan.

Sekian, terima kasih

Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Laporan Tahunan 2008

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!