28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

TTPR telah menyertai pameran Bumiputera Property Exhibition (BPEX) yang telah berlangsung di MidValley

Megamall pada 19 hingga 24 Februari 2008 dan 11 hingga 13 Julai 2008. Booth TTPR telah mendapat

sambutan hangat daripada para pengunjung yang memerlukan khidmat nasihat dan perundangan secara

terus dari pegawai bertugas. Dianggarkan lebih 300 orang pengunjung telah hadir ke booth pameran

TTPR.

Sekali lagi, penyertaan TTPR telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai melalui

Klang Valley Property Showcase 2008 dan Mega Property Showcase 2008. Sepanjang pameran tersebut

diadakan, dianggarkan lebih 500 orang pengunjung telah melawat booth pameran TTPR. Pengunjung

berpeluang untuk mengenali TTPR dengan lebih dekat serta mendapatkan khidmat nasihat dan perundangan

secara terus. Jadual 2 menunjukkan senarai pameran dan promosi yang disertai oleh TTPR Ibu Pejabat,

TTPR Zon Utara dan TTPR Zon Timur.

Orang awam bertanya untuk mendapat khidmat nasihat daripada pegawai TTPR

Sepanjang pameran yang disertai pada tahun 2008, TTPR telah berjaya menjual lebih 100 naskhah buku

Panduan Pembeli Rumah terbitan House Buyer’s Association (HBA) bagi tujuan memberi lebih input kepada

orang ramai berkaitan pembelian hartanah.

LAWATAN KERJA

Pada 18 haribulan September 2008, TTPR telah menerima Lawatan Kerja Delegasi Biro Pengaduan Awam,

Jabatan Perdana Menteri. Antara isu-isu penting yang dikupas melibatkan bidang kuasa dan peranan TTPR

serta pelbagai aduan yang di luar bidang kuasanya turut diterima oleh TTPR.

MS ISO 9001:2000

TTPR telah memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Mac 2008. Susulan kepada pensijilan ini, TTPR

telah mengadakan pemeriksaan audit dalam TTPR, diikuti dengan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

pada 4 November 2008. Pihak SIRIM telah mengadakan Surveilliance Audit terhadap TTPR pada 17

November 2008. Pemerhatian dan penemuan daripada wakil SIRIM tersebut mendapati TTPR masih

mematuhi standard pensijilan. Matlamat utama TTPR dalam mendapatkan pengiktirafan MS ISO 9001:2000

ini ialah untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti yang konsisten demi kepuasan pelanggan,

memandangkan TTPR ialah antara barisan hadapan KPKT dalam berhadapan dengan orang ramai setiap

hari.

40 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!