28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bahagian Dasar

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

Bahagian Dasar juga telah menjadi urus setia dan penyelaras dalam proses penyediaan dan pelaksanaan

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi semua Jabatan dan Bahagian dan dokumen KPI telah disiapkan

sepenuhnya pada Julai 2008.

PELAN STRATEGIK KPKT TAHUN 2008 – 2020 DAN KPI STRATEGIK PEGAWAI

PENGAWAL

Pelan Strategik KPKT (2008-2020) telah disediakan berasaskan kepada input yang diberikan oleh semua

Jabatan dan Bahagian KPKT. Bahagian Dasar juga menyelaraskan penyediaan KPI Strategik Pegawai

Pengawal untuk Perbendaharaan Malaysia.

DOKUMENTASI

Bagi tujuan penilaian Sistem Star Rating oleh MAMPU, Bahagian Dasar KPKT telah menyelaraskan tugas

mendokumenkan dasar, program dan kajian-kajian untuk Perkhidmatan Teras bagi enam Jabatan (JBPM,

JPBD, JLN, JKT, JPN dan JPSPN) dan satu Bahagian (Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak

Gadai).

DASAR KEBOMBAAN DAN PENYELAMATAN NEGARA

Sebagai usaha menentukan hala tuju aktiviti dan menyepadukan fungsi kebombaan dan penyelamatan

negara, Bahagian Dasar telah menerajui proses penggubalan Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara

bersama JBPM. Kertas konsep mengenai kajian tersebut telah disediakan. Kajian ini akan disiapkan pada

akhir tahun 2009.

KAJIAN PENGURUSAN PILI BOMBA

Bagi tujuan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan pemadaman api yang dijalankan

oleh JBPM, Bahagian Dasar telah mengumpul maklumat dan memulakan usaha mengkaji keberkesanan

strategi pengurusan pili bomba di kawasan-kawasan yang terpilih di seluruh negara. Kajian ini dijangka

dapat disiapkan pada tahun 2009.

KAJIAN SISTEM DAN PROSEDUR CAJ PERKHIDMATAN DAN BAYARAN

Usaha berterusan menambahbaik aspek sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan

KPKT dilaksanakan oleh Bahagian Dasar melalui kajian ke atas sistem dan prosedur pengutipan caj-caj

perkhidmatan dan bayaran oleh Jabatan dan Bahagian di bawah KPKT. Kajian ini dilaksanakan dari 2008

hingga 2009. Buat permulaan, kajian difokuskan kepada Jabatan dan Bahagian yang mengendalikan kutipan

dari orang awam iaitu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak

Gadai.

MS ISO 9001:2000

Sebagai bahagian yang baru, Bahagian Dasar telah menggubal visi, misi dan matlamat Bahagian Dasar

selaras dengan visi dan misi KPKT. Bahagian ini juga melaksanakan prosedur kerja berasaskan MS ISO

9001:2000 serta mengukur prestasi proses penyampaian perkhidmatan melalui kaedah KPI.

Laporan Tahunan 2008

125

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!