28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA

Latar Belakang

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba Sukarela Negeri

Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan di bawah

Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan

terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan di bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

Pada tahun 1946 iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan Malayan Union Fire Services (MUS) telah

dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada Kerajaankerajaan

Negeri di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri

masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan ini, sebuah Lembaga Perkhidmatan Bomba ditubuhkan

di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah Jabatan di peringkat Persekutuan dan penyatuan

Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1 Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan

perkhidmatan Bomba Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh

perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1 Januari 1977. Pada 15 Mei 1981,

perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan. Pada 8 Januari 1977, Jemaah Menteri telah

bersetuju dengan perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan

Penyelamat, Malaysia (JBPM). Pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya

telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera JBPM di Genting Highlands.

JBPM mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran,

menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam

kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

JBPM menjalankan peranan mengikut fungsi-fungsi berikut :-

i. memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran ;

ii. melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran ;

iii. menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawalseliaan yang sempurna ;

iv.

menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran ; dan

v. melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apaapa

bencana.

100 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!