28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Perolehan Kelengkapan Kebombaan 2008

Bagi memastikan JBPM terus relevan dengan arus perkembangan dan kehendak semasa, maka dalam

RMK-9 Jabatan telah membuat perolehan kelengkapan kebombaan yang saksama bagi memastikan tugas

memadam kebakaran dan menyelamat serta lain-lain tugas yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan lebih

efisien. Antara kelengkapan utama yang telah dibeli adalah Light Fire/Rescue Tender (LFRT) sebanyak 200

unit, Fire Rescue Tender (FRT) sebanyak 109 unit dan 60 unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) yang

melibatkan kos sejumlah RM 432,033,333.00. Di samping itu juga, bagi memastikan khidmat pasukan Bomba

Sukarela dapat dijalankan dengan lebih baik, maka JBPM telah membuat perolehan sebanyak 100 unit

Volunteer Fire Response Vehicle (Proton Arena) yang melibatkan kos sebanyak RM9,700,000.00.

Pembinaan Balai Bomba Baru Bagi Tahun 2008

Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap

yang terbaik, JBPM sentiasa merancang pembinaan balai bomba baru pada setiap tahun berpandukan

kepada keperluan semasa. Pada tahun 2008 sejumlah enam buah balai bomba baru telah siap dibina dan

beroperasi iaitu tiga balai di Pulau Pinang dan tiga di Sarawak. JBPM juga telah melaksanakan sebanyak

lapan projek balai bomba baru di Pulau Pinang, Selangor, Johor, Perak, W.P. Kuala Lumpur dan Kelantan.

Kesemuanya dijangka siap pada 2009.

pelan strategik jbpm

Bagi memastikan perkhidmatan kebombaan yang dilaksanakan oleh JBPM terus unggul dan relevan dengan

perkembangan semasa serta memenuhi kehendak pelanggan, maka JBPM telah merangka satu pelan

strategik yang holistik merangkumi perencanaan jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang

berkaitan perkhidmatan kebombaan kepada negara hingga tahun 2020 dengan tujuan memenuhi matlamat

negara maju tahun 2020. Gerakan untuk merangka pelan strategik ini telah bermula awal tahun 2008 dan

ditetapkan akan disiapkan pada suku pertama tahun 2009.

104 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!