28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Perumahan Negara

i. PPR Disewa

PPR Disewa Bersepadu mula diperkenalkan pada Disember 1998 berdasarkan kepada keputusan

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Manakala PPR Disewa Dasar Baru pula dilaksanakan

berdasarkan kepada keputusan Jemaah Menteri pada 27 Februari 2002. Pelaksanaan PPR Disewa ini

disasarkan di seluruh negara bagi tujuan menjana pertumbuhan ekonomi negara serta penempatan

semula setinggan khususnya di bandar-bandar utama. Kedua–dua program ini adalah bertujuan

untuk memenuhi hasrat Kerajaan agar semua keluarga di negara ini berpeluang untuk memiliki rumah

sendiri sama ada secara sewaan atau pembelian. Rumah PPR Disewa ini disewakan kepada

keluarga setinggan dan berpendapatan rendah pada kadar hanya RM124.00 sebulan.

Melalui program PPR Disewa ini, sebanyak 82 projek yang mengandungi 74,084 unit telah dirancang

untuk disiapkan. Sehingga tahun 2008, sebanyak 51 projek yang mengandungi 52,240 unit telah pun

siap dibina. Manakala 31 projek lagi yang mengandungi sebanyak 21,844 unit sedang dalam pelbagai

peringkat pembinaan dan dijangka siap secara berperingkat sebelum penghujung tahun 2010.

Kesemua projek PPR Disewa yang disiapkan telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri bagi urusan

pengisian rumah tersebut berdasarkan kepada bilangan setinggan serta golongan berpendapatan

rendah yang layak. Sehingga tahun 2008, sebanyak 40,703 unit rumah (79%) telah disewakan

kepada mereka yang layak. Manakala baki pengisian rumah-rumah PPR yang masih kosong sedang

diselaraskan oleh Kerajaan Negeri yang terlibat.

ii.

PPR Dimiliki

PPR Dimiliki juga dilaksanakan selaras dengan hasrat Kerajaan dalam membolehkan golongan yang

berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah PPR Dimiliki dijual pada

harga RM30,000.00 hingga RM 35,000.00 seunit. Sebanyak 26 projek yang mengandungi 3,552

unit telah dirancang untuk disiapkan. Daripada jumlah tersebut, sehingga tahun 2008 sebanyak 17

projek yang mengandungi 2,668 unit telah pun siap dibina. Manakala sembilan projek lagi yang

mengandungi sebanyak 884 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan dan dijangka siap

secara berperingkat sebelum penghujung tahun 2010.

Kesemua projek PPR Dimiliki yang dilaksanakan sehingga kini adalah terletak di Pahang. Rumahrumah

yang telah siap dibina diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi tujuan penjualan

kepada golongan berpendapatan rendah yang layak. Sehingga tahun 2008, sebanyak 2,481

unit rumah (93%) telah dijual. Manakala baki iaitu 187 unit rumah (7%) sedang dalam proses

penjualan.

PROGRAM 3 : PROGRAM PENGURUSAN SETINGGAN

JPN telah diberi tanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan pengurusan setinggan di negeri–negeri

seluruh negara serta bertindak sebagai pusat gerakan setinggan yang mempunyai linkage dengan semua

negeri dalam menangani pelbagai isu berkaitan setinggan. Selain itu, JPN turut merancang dan menyelaras

pelaksanaan dasar, strategi dan program penempatan setinggan serta mengumpul maklumat / data

setinggan yang tepat dan terperinci dari setiap negeri. Sehingga Disember 2008, sebanyak 69,303 keluarga

setinggan telah dipindahkan ke penempatan yang baru dan tersusun. Namun demikian, masih terdapat

67,462 keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan.

Laporan Tahunan 2008

27

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!