28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Perumahan Negara

Pembayaran Melalui Perbankan Internet

Bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan, JPN dalam proses untuk menyediakan kemudahan

pembayaran melalui perbankan internet bagi pembayaran permohonan lesen serta permit iklan & jualan.

Sebanyak empat buah bank telah dikenal pasti untuk pelaksanaan kemudahan ini iaitu:-

i. RHB Bank ;

ii. CIMB Bank ;

iii. Maybank ; dan

iv. Bank Islam Malaysia Berhad.

Kemudahan pembayaran melalui portal bank-bank tersebut adalah bagi bayaran-bayaran fi Lesen

Pemaju Perumahan, Permit Iklan & Jualan, Pembaharuan Lesen Pemaju Perumahan, Pembaharuan

Permit Iklan & Jualan serta bayaran proses bagi keempat-empat permohonan tersebut.

Penambahbaikan Sistem Maklumat Perumahan Swasta (IDAMAN)

Sistem IDAMAN merupakan satu sistem dalaman KPKT yang digunakan untuk melaksanakan

pemprosesan permohonan-permohonan berkaitan pemajuan perumahan. Aplikasi e-memo merupakan

perhubungan elektronik di antara Bahagian Pelesenan Pemajuan Perumahan dengan Bahagian

Penguatkuasaan dalam memproses permohonan berkaitan pemajuan perumahan. Segala ulasan dan

komen daripada pihak yang terlibat dalam memproses permohonan berkaitan dengan lesen dan permit

iklan & jualan dapat dipercepatkan dan dipermudahkan dengan menggunakan aplikasi e-memo dalam

IDAMAN. Sistem IDAMAN akan diintegrasikan dengan Portal e-Home pada tahun 2009 bagi memastikan

penyampaian perkhidmatan yang lebih komprehensif.

Pelaksanaan e-SUBMISSION

JPN telah melaksanakan prosedur penghantaran maklumat permohonan yang berkaitan dengan lesen

dan permit iklan & jualan secara online melalui portal MyGov mulai bulan Julai 2007.

Dengan pelaksanaan prosedur ini, pemaju akan diberikan jawapan awal mengenai status

permohonan mereka sama ada diterima atau perlu dirujuk kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk

ulasan selanjutnya. Pelaksanaan e-SUBMISSION telah berjaya membantu JPN untuk mengemaskini

maklumat pemaju dalam Sistem IDAMAN dan memendekkan tempoh memproses permohonan lesen

dan permit iklan & jualan pemaju perumahan dari 14 hari bekerja kepada tujuh hari bekerja sahaja.

Antara kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan e-Submission ini adalah dapat mempercepatkan

pemprosesan permohonan lesen dan permit iklan & jualan, membantu dalam pengurusan rekod yang

lebih sistematik serta memudahkan pemaju membuat permohonan terutamanya bagi pemaju yang

beroperasi jauh dari kawasan Lembah Kelang.

ii. Pemantauan Projek Perumahan Swasta

Takrifan Projek lancar, Lewat dan Sakit

Projek perumahan lancar ditakrifkan sebagai sesuatu projek perumahan yang berjalan mengikut jadual

tempoh Surat Perjanjian Jual Beli (SPJB) pertama ditandatangani iaitu Jadual G (24 bulan) dan Jadual H

(36 bulan).

Laporan Tahunan 2008

33

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!