28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan teknologi

maklumat di KPKT. Objektif BTM adalah mempertingkatkan kecekapan jentera dan sistem pengurusan

Kementerian melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communications

Technology atau ICT). Selain itu, mewujudkan satu sistem pengumpulan maklumat bersepadu KPKT untuk

kemudahan rujukan pihak Kementerian dan faedah kepada orang ramai, di samping menyediakan pegawai/

kakitangan yang mahir dan celik teknologi maklumat.

BTM menjalankan peranan mengikut fungsi-fungsi seperti berikut :-

i. Mengenalpasti potensi kegunaan teknologi maklumat dan menggalakkan penerapan teknologi

maklumat terkini yang bersesuaian untuk KPKT ;

ii.

Membantu pihak pengurusan KPKT melaksanakan teknologi maklumat bersistematik dengan kos

yang berpatutan ;

iii. Membangun dan melaksanakan sistem-sistem berkomputer untuk KPKT ;

iv. Merancang dan mengurus projek-projek pengkomputeran yang diluluskan oleh pengurusan ;

v. Mewujud dan menggalakkan penggunaan piawaian teknologi maklumat di KPKT ; Membantu pihak

pengurusan KPKT melaksanakan dasar, peraturan dan piawaian berhubung dengan teknologi

maklumat yang ditetapkan oleh Kerajaan ; dan

vi.

Berusaha untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat di KPKT melalui

kursus dan bengkel teknologi maklumat.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN TAHUN 2008

JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)

Empat sesi mesyuarat JPICT telah diadakan. Sebanyak 23 kertas permohonan ICT telah diproses dan

daripada jumlah tersebut 20 kertas permohonan telah diluluskan.

ANUGERAH LAMAN WEB DAN PORTAL KERAJAAN TERBAIK 2007

Pada 2008, KPKT telah menjalani Penilaian Web dan Portal Agensi Kerajaan bagi tahun 2007 oleh Multimedia

Development Corporation (MDeC). Keputusannya, KPKT telah berjaya mendapat tempat pertama daripada

1,133 laman web agensi dan diiktiraf berstatus 5 Bintang dengan markah 83%.

184 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!