28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA

LATAR BELAKANG

Sistem Pengurusan Sisa Pepejal (PSP) telah diintegrasikan di peringkat nasional melalui penubuhan Jabatan

Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(Akta 672) yang diluluskan Parlimen pada 17 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Ogos 2007.

Akta 672 memberikan kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan tanggungjawab

mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. JPSPN sebagai focal point memainkan

peranan dalam penyediaan dasar, strategi dan perancangan PSP bersepadu di peringkat makro. Selain

bertanggungjawab menggubal peraturan-peraturan sebagaimana terkandung dalam Akta 672 serta

menetapkan standard, spesifikasi dan tataamalan, Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan

penswastaan penuh PSP, melulus dan memberi lesen perkhidmatan dan kemudahan PSP serta pembersihan

awam.

JPSPN berfungsi sebagai badan kawal selia (regulatory body) bagi memastikan penyampaian perkhidmatan

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dilaksanakan secara bersepadu, cekap dan kos efektif

dengan memelihara sumber-sumber alam, memulihara alam sekitar, menjamin kesihatan awam serta

meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia.

Sebelum penubuhan JPSPN, fungsi berkaitan PSP terletak di bawah Bahagian Kejuruteraan, Kesihatan dan

Persekitaran serta Bahagian Implementasi Projek, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT. Setelah Akta 672 dan

Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673) diluluskan, fungsi ini telah

dipindahkan kepada JPSPN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA),

manakala pegawai-pegawai yang terlibat telah diserapkan ke JPSPN. Sebahagian pegawai pula diberi

peluang untuk menyertai PPSPPA bagi melancarkan perjalanan operasi PPSPPA.

DASAR PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Dasar Pengurusan Sisa Pepejal disediakan bagi menentukan hala tuju PSP. Dasar ini bertujuan untuk

mewujudkan sistem PSP yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, mapan dan diterima masyarakat yang

mementingkan pemeliharaan alam sekitar serta pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin

kesihatan awam. Dasar ini juga mengutamakan pelaksanaan PSP berdasarkan (waste management

hierarchy) iaitu pengurangan sisa melalui konsep 3R (reduce, reuse dan recycle), rawatan perantaraan dan

pelupusan akhir.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN TAHUN 2008

Penyampaian perkhidmatan PSP merupakan agenda utama Jabatan bagi memastikan pernyataan Dasar

PSP berjaya dicapai. Penyediaan peraturan, pembangunan dan naik taraf kemudahan PSP serta penyebaran

maklumat berkaitan pelaksanaan Akta 672 dan kempen kesedaran merupakan aktiviti-aktiviti utama yang

dilaksanakan bagi memantapkan PSP.

56 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!