28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Perumahan Negara

Kedudukan Kewangan Skim Pinjaman Perumahan

i. Kutipan Bayaran

Kutipan bayaran balik pada tahun 2008 adalah RM2,974,092.74. Manakala kutipan keseluruhan

bayaran balik pinjaman SPP yang telah diterima sehingga 31 Disember 2008 adalah sebanyak

RM36,406,417.67.

ii. Program Kesedaran Bayaran Balik

Program ini telah dilaksanakan sebanyak empat kali sepanjang tahun 2008 yang melibatkan negeri

Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta negeri-negeri di Selatan Semenanjung Malaysia.

Penambahan Saluran Pembayaran Balik Pinjaman

JPN sedang melaksanakan usaha penambahbaikan ke arah sistem pembayaran yang lebih praktikal untuk

kemudahan peminjam membuat bayaran. Selain daripada pembayaran di kaunter SPP atau semasa program

kesedaran bayaran balik yang diadakan secara berkala, beberapa saluran baru telahpun diperkenalkan bagi

memudahkan para peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman. Di antara saluran baru tersebut

adalah :

i. Kaunter Pejabat Pos di seluruh Malaysia.

ii. Pembayaran melalui internet banking iaitu :-

a. RHB Bank – www.rhb.com.my

b. CIMB clicks – www.cimbclicks.com.my

c. Posonline – www.posonline.com.my

Sistem Berkomputer SPP

Sejajar dengan perkembangan ICT, satu inisiatif telah diambil dalam melaksanakan semua urusan permohonan

serta bayaran secara berkomputer yang telah bermula pada bulan Jun 2008. Dengan adanya sistem

berkomputer ini, SPP akan dapat memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada semua peminjam.

PROGRAM 6 : PENGURUSAN PERUMAHAN SWASTA

Pemajuan perumahan adalah melibatkan tiga peringkat kelulusan utama iaitu kelulusan pembangunan tanah

oleh PBN, kebenaran merancang dan pelan bangunan oleh PBT serta kelulusan lesen pemaju perumahan

dan permit iklan & jualan oleh JPN.

i. Pelesenan Pemaju Swasta

Kelulusan lesen pemaju perumahan hanya dikeluarkan kepada pemaju perumahan yang berkelayakan

dan berkemampuan sahaja bagi menjamin kepentingan pembeli rumah.

Bilangan Pengeluaran Lesen dan Permit & Iklan Pemaju Perumahan

Pada tahun 2008, sebanyak 1,181 lesen telah dikeluarkan kepada pemaju perumahan. Jumlah ini

merangkumi sebanyak 816 (69.1%) lesen baru dan 365 (30.9%) lagi pembaharuan lesen. Tempoh sah

laku lesen baru adalah selama tiga tahun bagi landed property dan lima tahun bagi highrise property.

Selain itu, sebanyak 2,296 permit iklan & jualan telah dikeluarkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak

820 (35.8%) merupakan permit iklan & jualan baru manakala 1,476 (64.2%) adalah pembaharuan permit

iklan & jualan.

30 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!