28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT) telah memperkenalkan berbagai program

peningkatan kualiti dalam perkhidmatan KPKT. Program-program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap

kualiti dalam pemberian perkhidmatan kepada pelanggan. Antara program yang telah diperkenalkan ke

arah pencapaian matlamat ini termasuklah Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM), Peningkatan

Kualiti Perkhidmatan Kaunter, Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK), Pengurusan Kualiti Menyeluruh

(TQM) dan Piagam Pelanggan. Program-program yang telah diperkenalkan ini telah berjaya meningkatkan

keupayaan KPKT dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya. Pelaksanaan

program-program ini telah menyediakan asas bagi membentuk satu sistem pengurusan kualiti dalam KPKT.

1. MS ISO 9001:2000

Perkhidmatan Awam Malaysia telah melaksanakan standard antarabangsa MS ISO 9000:1994 sejak

tahun 1996 melalui pengeluaran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1996

bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam” dan Surat

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan

MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam” mulai tahun 2002.

Pada 3 Julai 2008, KPKT telah menerima persijilan MS ISO

9001:2000 daripada AJA EQS Certification Sdn. Bhd.

untuk 61 prosedur. KPKT merupakan kementerian pertama

yang telah memperoleh persijilan MS ISO 9001:2000

bagi keseluruhan proses kerja yang meliputi

kesemua 12 Bahagian/Unit di bawah KPKT

Pelaksanaan standard antarabangsa ini dalam Perkhidmatan Awam adalah berlandaskan kepada

hasrat Kerajaan untuk terus berusaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan agensi-agensinya

dalam membekalkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Pelaksanaan standard ini

adalah sebagai satu daya usaha kepada semua usaha peningkatan kualiti yang telah diperkenalkan

oleh Kerajaan sejak awal tahun 80an.

18 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!