28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Hari Kualiti

Hari Kualiti 2008 JBPM telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Kuala Kubu

Bharu, Selangor pada 21 November 2008. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan KMK dan

penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang untuk acara pertandingan-pertandingan kualiti yang

dianjurkan oleh JBPM.

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

Kumpulan Infiniti dari JBPM Negeri Johor telah berjaya memenangi Anugerah Ketua Setiausaha Negara 2008

bagi Kategori Teknikal di Konvensyen KMK Perkhidmatan Awam Kebangsaan Ke-25 di Kuching, Sarawak

yang berlangsung pada 18 hingga 19 November 2008. Projek inovasi yang dipertandingkan ialah WRETOR

iaitu Wasps Remote Control Terminator yang merupakan satu teknologi baru bagi menangani masalah

kelewatan Operasi Khidmat Khas Memusnah Sarang Tebuan. Selain itu, fasilitator Kumpulan Infiniti iaitu

TPgB Masnan bin Ali telah dipilih sebagai Fasilitator Terbaik.

Pada majlis yang sama Kumpulan PKQ dari JBPM Negeri Pahang telah menerima Anugerah Ketua Pengarah

MAMPU. Projek yang dipertandingkan adalah Kesukaran Membuka Injap Pili Bomba Yang Kehilangan

Spindle Semasa Operasi. Projek ini bertujuan memudahkan pengambilan sumber air dari pili bomba yang

tiada spindle dan injap dalam.

Pertandingan Kawad Kecekapan Operasi Kebombaan Peringkat Kebangsaan

2008

Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10 yang disertai hampir 800 anggota dan

pegawai daripada semua negeri telah diadakan pada dari 14 hingga 18 Julai 2008 di Akademi Bomba dan

Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu. Sebanyak tujuh acara dipertandingkan iaitu kawad kaki,

kawad operasi menyelamat menurunkan mangsa, kawad operasi hantaran jauh berhalangan, kawad operasi

menyelamat di air, kawad operasi penyelamatan kemalangan jalan raya, fire fighters’ challenge dan sindiket

perancangan/strategi taktik operasi (table top).

Acara tahunan ini merupakan salah satu agenda utama JBPM untuk menambah dan meningkatkan lagi

kecekapan anggota dalam kerja-kerja operasi, meningkatkan mutu kerja dan disiplin anggota selaras

dengan Dasar Kualiti JBPM, mempereratkan lagi semangat seerat serasa sehati dalam kalangan anggota

dan dapat membentuk budaya kerja berdaya saing serta mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi

cabaran. Sempena dengan pertandingan ini dan sebagai pengisian kepada jati diri dan rohani semua pihak

yang terlibat, program Forum Perdana Ehwal Islam turut diadakan di Auditorium Akademi dengan kelolaan

bersama YADIM dan Terengganu FM. Majlis penutupan pertandingan ini telah disempurnakan oleh YAS

Dato’ Hamzah bin Abu Bakar, Ketua Pengarah JBPM pada 18 Julai 2008.

102 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!